Thursday, January 13, 2011

kumpulan zero defect-sejarah kmk di luar jepun

Kumpulan Kawalan Mutu Kerja (KMK) bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1940. Pada tahun 1962, ia telah diperkenalkan oleh Dr.Edward Deming dan Dr.Juran di Jepun. Dr.ishikawa iaitu bapa KMK modem telah mengkaji dan mengubahsuaikannya. Pada 14 March 1983, KMK diperkenalkan secara rasmi di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia oleh YB Datuk Abdullah Ahmad Badawi , menteri di Jabatan Perdana Menteri pada masa ketika itu. Dengan dorongan kerajaan, Institute Quality Control Malaysia (IQCM) dan Hewlett Packard telah mempromosi KMK dalam sector swasta di Malaysia. Manakala dalam sektor kerajaan, NPC dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) bertanggungjawab mempromosikan KMK. Konvensyen KMK Kebangsaan Pertama telah diadakan di Malaysia pada Ogos 1985. Pada akhirnya, KMK telah digantikan dengan Kumpulan Inovasi dan kreatif (KIK) pada 1 November 2009. Konsep KIK di Malaysia adalah seperti berikut:

1.      Untuk memuaskan kehendak dan kemahuan pelanggan.

2.      Peningkatan kualiti berterusan.

3.      Pemglibatan secara menyeluruh.

4.      Transformasi budaya kerja.

5.      Merangkumi semua aspek organisasi.

Perkataan inovasi dalam KIK merupakan kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahanbaikan. Hasil cetusan idea yang kreatif dan inovatif dalam man-mana aspek kerja yang dapt meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur , kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi. Manakala kreativiti bermaksud kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujudkan dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Keupayaan yang berfikir ini dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik.keupayaan berfikir terdiri daripada dua jenis iaitu keupayaan berfikir secara kritikal dan keupayaan berfikir secara pratikal. Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian. Manakala keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi.

Taksiran kumpulan dalam KIK ialah mempunyai matlamat yang sama, keanggotaan dan saiz, perhubungan yang harmoni sesame ahli, masa untuk mesyuarat dan tindakbalas sesame anggota. Manakala untuk taksiran inovatif dan kreatif, ia perlu memenuhi keperluan, penambahbaikan atau idea baru, memenuhi kehendak kerja dan pelanggan, meningkatkan kualaiti, kecekapan dan seterusnya produktiviti dan sesuai digunakan. Apakah itu KIK? Taksiran KIK ialah Pasukan Kecil pekerja (4-10orang) daripada tempat kerja yang sama dan bersilang fungsi. Mereka akan mengadakan mesyuarat secara berjadual di mana bertujuan mengenal pasti, memilih, menganalisis masalah yang berkaitan dengan kerja. Fungsi KIK adalah mengemukakan idea baru atau cadangan penyelesaian masalah kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan. Di saming itu, mereka akan melaksanakan kegiatan KIK secara sukarela dan melaksanakan projek yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan.

Falsafah KIK terdiri daripada beberapa jenis seperti berikut:

1.      Pengurusan berasaskan penyertaan (paticipative)

2.      Member peluang kepada pekerja untuk membantu organisasi dalam menyelesaikan masalah pekerja.

3.      Satu sistem nilai yang diasaskan kepada kepercayaan bahawa orang yang terdekat dengan kerja biasanya orang yang paling layak mengenal dan menyelesaikan masalah.

4.      Satu strategi jangka panjang untuk tujuan meningkatkan produktiviti dan kualiti.

Matlamat KIK adalah seperti berikut:

1.      Membolehkan pekerja menyelesaikan masalah di tempat kerja,

2.      Memupuk perhubungan eart pekerja dengan pengurusan,

3.      Memupuk perhubungan erat antara pekerja,

4.      Memupuk semangat kerjasama di semua peringkat,

5.      Kemajuan diri dan ahli kumpulan,

6.      Meningkatkan komunikasi,

7.      Sikap ingin memajukan,

8.      Meningkatkan komunikasi,

9.      Etika kerja yang positif,

10.  Motivasi dan kepuasan pekerja, dan

11.  Kesedaran dan bertanggungjawab untuk kemajuan diri, kumpulan dan syarikat.

Kawalan mutu kerja di Malaysia dilaksanakan dengan menyemak kerja atau proses yang dilakukan  agar mematuhi spesifikasi. Proses maklum balas adalah penting supaya tindakan boleh diambil untuk memperbaiki proses yang bermasalah. Ia merupaka satu proses pencegahan kesilapan kualiti. Sistem KIK di Malaysia mempunyai hierarki seperti rajah berikut

Setiap bahagian akan mempunyai fungsi masing-masing supaya sistem KIK dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan. Fungsi bagi Jawatankuasa Pemandu adalah

1.      Membenarkan KIK bermesyuarat

2.      Memberikan keutamaan kepada mesyuarat KIk

3.      Menyediakan kemudahan tempat bermesyuarat dan peralatan

4.      Menyemak laporan bulanan aktiviti KIK

5.      Membenarkan ahli KIK menghadiri konvensyen KIK dan persidangan berkaitan

6.      Sokong KIK melalui media organisasi, ucapan, papan kenyataan

7.      Mewartakan kepada pekerja bahawa aktivit KIK sebahagian daripada matlamat organisasi

8.      Menghadiri mesyuarat jawatankuasa pemandu induk KIK

9.      Meluluskan belanjawan

10.  Perjumpaan dengan ketua-ketua kumpulan

11.  Menghargai autonomi kumpulan

12.  Mengiktiraf persembahan pengurusan sebagai cadangan yang telah dipersetujui serta merta.

13.  Tindak balas yang cepat kepada cadangan KIK.

Fungsi penyelaras jabatan hanya bertanggungjawab memberi maklum balas aktiviti KIK kepada jawatankuasa Pemandu.

Seterusnya fungsi bagi fasilitator adalah sebagai

1.      Nadi bertindak KIK

2.      Mampu dan faham konsep KIK

3.      Perantara kumpulan KIK dan pengurusan

4.      Menyimpan rekod aktivit KIK

5.      Menyediakan laporan KIK

6.      Melatih ketua KIK

7.      Mengaudit , mengawas dan meyelaras aktiviti KIK

8.      Menjadi perunding dan penyelidik KIK

9.      Penunjuk ajar, jurulatih dan perunding KIK

Fungsi bagi ketua kumpulan adalah

1.      Ketua mestilah dilantik oleh ahli mengikut giliran

2.      Faham konsep KIk

3.      Merancang agenda mesyuarat

4.      Member motivasi kepada ahli.

5.      Menentukan topic perbincangan berkaitan kerja.

6.      Mengagihkan tugas kepada ahli.

7.      Edar minit mesyuarat

8.      Membuat persediaan untuk persembahan pengurusan

9.      Menyediakan laporan kepada fasilitator.

10.  Menyimpan rekod kehadiran mesyuarat.

Ahli KIK atau pekerja berfungsi untuk

1.      Menghadiri mesyurat

2.      Mempelajari teknik penyelesaisn masalah melalui penggunaan statistic

3.      Mempelajari teknik asas KIK, PDCA, alat-alat KIK dan lain-lain

4.      Menyertai perbincangan kumpulan

5.      Menghargai sumbangan ahli

6.      Menjalankan tugas yang berikan oleh ketua

7.      Menyebarkan idea KIK kepada bukan ahli.

 

No comments:

Post a Comment