Sunday, January 16, 2011

Kumpulan TQM - Perkembangan TQM di India

Perkembangan TQM di India

Total Quality Management (TQM) merupakan suatu gaya pengurusan yang bersifat penyertaan (participative) yang menekankan kepada komitmen pekerja-pekerja terhadap kepuasan pelanggan. TQM merupakan sistem pengurusan yang menyepadukan pihak pengurusan dengan pekerja-pekerja untuk mencipta dan melaksanakan penambahbaikan berterusan yang akhirnya akan menghasilkan barang-barangan dan perkhidmatan berkualiti tinggi yang melebihi apa yang diharapkan oleh pelanggan-pelanggan. Ia didasarkan pada andaian bahawa 90 peratus daripada masalah adalah hasil daripada proses, dan bukannya pekerja. TQM berfalsafah berkualiti tinggi dalam semua aspek operasi syarikat, dengan usaha untuk memastikan semua proses dilakukan dengan tepat dan betul pada kali pertama neserta dengan cacat dan sisa dapat dibanteraskan daripada operasi atau lebih dikenali sebagai zero-defect.

Kumpulan kami akan membincangkan topik ini dengan menggunakan negara India sebagai contoh. India, sebuah negara di Asia Selatan yang merupakan negara ketujuh terbesar berdasarkan kawasan geografi dan juga negara kedua terpadat penduduknya dengan lebih daripada 1.2 bilion orang. Selama lebih daripada empat dekad selepas kemerdekaan, syarikat-syarikat di India menikmati pasaran terlindung tanpa persaingan. Beberapa buah syarikat di India bahkan mampu memonopoli pasaran kerana pelanggan mempunyai pilihan terhad dan sesetengahnya langsung tidak mempunyai pilihan,. Akibatnya, syarikat-syarikat di India rasa mencapai kepuasan dan sebarang perubahan ataupun penambahbaikan ke atas  produk mereka juga tidak dijalankan.

Namun begitu, pada akhir tahun 1980an, penerimaan dasar liberalisasi ekonomi oleh kerajaan India telah memberikan syarikat-syarikat di India suatu cabaran yang  baru. Dasar baru ini telah mengakibatkan kemasukan organisasi-organisasi asing yang bertaraf antarabangsa memasuki pasaran India dan mengancamkan pengeluar-pengeluar dan pembekal-pembekal domestik dengan menggunakan kualiti sebagai senjata. Keadaan ini telah memaksa pengurusan syarikat domestik untuk mencari alat  dan teknik-teknik yang akan membantu mereka untuk mempertahankan dan meningkatkan strategi dan kedudukan mereka di pasaran. Salah satu polisi atau falsafah yang telah menarik perhatian industri dan
komuniti perniagaan ialah TQM.
ListenRead phonetically

 

Dictionary - View detailed dictionary

Inisiatif TQM pertama kali ditetapkan oleh Confederation of Indian Industries (CII) pada awal tahun 1980, dengan usaha perintis untuk menyebarkan kesedaran industri India terhadap kualiti. Quality circles didirikan pada tahun 1982. Pada tahun 1986, CII, kemudiannya dikenali sebagai Confederation of Engineering Industries (CEI) mempelawa Profesor Ishikawa ke India untuk memberi ucapan berkenaan dengan kualiti kepada pengurusan syarikat. Kemudian pada tahun 1987, sebuah bahagian TQM telah diasaskan oleh CEI. Bahagian ini diasaskan atas sumbangan 21 buah syarikat yang bersetuju untuk menyokong dengan menyatukan  sumber-sumber mereka dan berjanji untuk memulakan perjalanan TQM dalam operasi syarikat mereka. Ketua eksekutif syarikat-syarikat ini membentukkan Jawatankuasa Nasional Kualiti (National Committee on Quality), dan bulan kualiti dinyatakan sebagai acara tahunan. CEI juga melancarkan berita (newsletter) ke atas kualiti.

Pada tahun 1987 dan 1988, CEI  menjemput professor di Juran Institute ke India untuk menjalankan bengkel-bengkel latihan atas TQM dan pelaksanaannya. Pada tahun yang berikutnya, India telah menghantar sepasukan penyelidik untuk menghadiri Seminar Deming di London. Selain itu, pasukan kajian yang dibentuk oleh CEI telah dibawa ke Jepun dan Amerika Syarikat untuk mengkaji amalan-amalan kualiti. Pada bulan Februari 1991, sebuah syarikat India, dengan bantuan CEI telah berjaya memperolehi sijil ISO 9000 di India. Sejak tahun 1993, CEI melancarkan The Quality Summit setiap tahun. Ia telah memberikan satu peluang kepada para peniaga, pengurus-pengurus yang bertahap tinggi bagi syarikat-syarikat yang merupakan ahli ataupun bukan ahli CEI untuk belajar, menyumbang dengan berkongsi pengalaman dan mendengar nasihat daripada pakar-pakar. National Productivity Council (NPC) telah menubuhkan Bahagian TQM dan Benchmarking di New Delhi, dengan menawarkan perkhidmatan pelaksanaan TQM yang meliputi program latihan modular dan perkhidmatan perundingan.

Pada tahun 1996, Kerajaan India mengumumkan pembentukan Dewan Kualiti India, (QCI) – Quality Council of India dengan Jabatan Perindustrian menyumbangkan setengah modal Rs. 1.5 crores dan baki atas modal tersebut akan disumbangkan oleh sektor korporat. Pembentukan sebuah lembaga nasional untuk sijil kualiti merupakan sebahagian daripada perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), di mana negara-negara yang merupakan ahli WTO tidak akan membeli atau menjual produk-produk yang tidak mempunyai sijil pada dua tahun kemudiannya. Di samping itu, sektor korporat turut teringin atas pembentukan sebuah lembaga kualiti yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa kerana proses pemerolehan sijil daripada lembaga asing didapati amat mahal. Pembentukan lembaga ini juga dapat membantu India dari segi penjimatan pertukaran mata wang asing. QCI diamanahkan untuk menjalankan pemantauan dan pentadbiran ke atas Kempen Kualiti Nasional (National Quality Campaign) dan juga mengawasi keberkesanan fungsi National Information and Enquiry Services.

Perkembangan TQM di India dapat dibuktikan dengan Rane Brake Linings (RBL) yang merupakan suatu divisyen oleh Kumpulan Rane memperolehi anugerah Deming Prizes. RBL merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan komponen-komponen automotif. Pada tahun 2001, atas pimpinan Profesor Tsuda, RBL telah dianugerahkan Deming Prize oleh Japan Union of Scientists and Engineers (JUSE). RBL menekankan kepada Policy Deployment and Daily Routine Management (DRM) dengan mengubahsuaikan proses-proses pengurusannya kepada Sistem Pembangunan Produk Baru, Kualiti Pengeluaran, Kualiti Pengeluar dan Kualiti Pelanggan demi mencapai pelaksanaan TQM. Hasilnya, pelaksanaan TQM ini telah membawa pelbagai manfaat nyata dan tidak nyata kepada RBL.

Walaupun TQM telah lama disebar dan diperkenalkan di India, hanya terdapat sebilangan kecil syarikat-syarikat India berjaya dalam pelaksanaan TQM. Keadaan ini tidak boleh dinafikan, berlaku atas sebab pengurusan kualiti masih merupakan perkembangan yang baru bagi sesetengah syarikat-syarikat India. Kebanyakan mereka hanya menitikberatkan standard-standard ISO 9000 berbanding dengan menitikberatkan kaedah TQM. Hal ini demikian kerana kepentingan dan keperluan ISO 9000 dalam pengeksportan di pasaran penembusan (market penetration). 

No comments:

Post a Comment