Sunday, January 23, 2011

Kumplan Nice-Philip B. Crosby

 Kumplan Nice-Philip B. Crosby

Pada pendapat kami, tokoh yang paling hebat ialah Philip B. Crosby. Hal ini disebabkan beliau telah memperkenalkan prinsip 'doing it right the first time' atau dikenali sebagai lakukan dengan betul pada kali pertama. Prinsip ini pertama kali digunakan di syarikat Western Electric pada pertengahan tahun 1930an.

Philip B. Crosby (Wheeling, June 18, 1926 - Winter Park, August 18, 2001) dilahirkan pada 18 Jun 1926 di Wheeling, West Virginia. Ibubapanya adalah Mary dan Dr. Edward K. Crosby. Bapa beliau merupakan seorang doktor. Beliau mempunyai seorang abang iaitu David Crosby. Beliau mendapatkan pengajian di sebuah sekolah di Wheeling dan juga Triadelphia High School pada tahun 1944. Beliau telah menganggotai pasukan tentera laut sebagai seorang paramedik.

Pada tahun 1946, beliau melanjutkan pelajaran di Ohio College of Podiatric Medicine di Cleveland. Selepas tamat pengajian, beliau kembali ke Wheeling dan mengikut jejak bapanya dalam bidang kedoktoran. Tetapi beliau akhirnya merasakan bahawa bidang kedoktoran bukan merupakan bidang yang beliau ingin ceburi. Semasa konflik negara dengan negara Korea, beliau dipanggil untuk membantu sebagai seorang paramedik tentera laut.

Pada tahun 1952, beliau bekerja di Crosley Corporation sebagai seorang juruteknik. Kemudian beliau diminta untuk menyertai "American Society for Quality Control" di mana konsep beliau terhadap kualiti telah bermula dibentuk. Pada tahun 1955, beliau berpindah ke South Bend, Indiana dan bekerja di Bendix Corporation juga sebagai seorang juruteknik. Bendix Corporation dan tentera laut Amerika Syarikat telah bekerjasama untuk menguji peluru berpandu TALOS. Sebagai seorang jurutera kualiti, beliau perlulah mengkaji kecacatan yang ditemui oleh para penguji.

Pada tahun 1957, beliau ditawarkan untuk bekerja di syarikat Martin Marietta di Orlando, Florida sebagai seorang jurutera kualiti. Dalam masa lapan tahun di Martin Marietta, beliau telah memperkenalkan konsep "Zero Defects" dan beliau mula menulis artikel untuk pelbagai jurnal serta memberikan ceramah. Selepas terlibat dalam bidang pengawalan dan kualiti selama beberapa tahun dan mengkaji falsafah kualiti yang dibawa oleh Deming dan Juran, Crosby merasa kecewa dengan wujudnya kesilapan dalam sesuatu proses penghasilan produk secara berterusan. Crosby kemudiannya mula menumpukan perhatiannya kepada usaha-usaha pencegahan. Beliau menolak teori-teori statistik yang mengatakan bahawa kesilapan sentiasa berlaku. Beliau berpendapat bahawa sebenarnya adalah lebih murah jika kita dapat mencegah kesilapan daripada berlaku dengan cara melakukan sesuatu dengan betul pada kali pertama. Pendapat beliau sebenarnya dipengaruhi oleh jenis kerja yang dilakukan di Martin Marietta yang memerlukan ketepatan dalam menghasilkan teknologi ketenteraan yang canggih dan kompleks.

Pada tahun 1965, International Telephone and Telegraph (ITT) telah mengupah beliau sebagai timbalan pengerusi yang bertanggungjawab dalam kualiti syarikat. Dalam masa 14 tahun bekerja di ITT, beliau telah banyak bekerjasama dengan syarikat terbesar di dunia dalam industri dan perkhidmatan di mana beliau menggunakan falsafah pengurusan beliau dan mendapatinya berjaya.

Beliau mendefinisikan empat perkara yang penting dalam pengurusan kualiti iaitu:

1.      Kualiti adalah keakuran kepada keperluan.

2.      Pencegahan dalam kualiti adalah lebih baik daripada pemeriksaan kualiti.

3.      Kesilapan sifar merupakan standard prestasi yang perlu dicapai.

4.      Kualiti diukur dengan tahap keakuran.

Selain itu, beliau juga mencadangkan 14 langkah ke arah penambahbaikan kualiti iaitu:

1.      Komitmen pengurusan terhadap kualiti di mana semua pihak memahami konsep kualiti.

2.      Menubuhkan pasukan penambahbaikan kualiti dengan menghantar seorang wakil daripada satu jabatan di syarikat.

3.      Sukatan terhadap proses untuk mengenalpasti isu-isu kualiti yang mungkin timbul.

4.      Mengira kos kualiti.

5.      Meningkatkan kesedaran kualiti para pekerja.

6.      Mengambil tindakan pemulihan sekiranya berlaku isu kualiti.

7.      Perancangan ke arah kesilapan sifar

8.      Bimbingan pihak atasan untuk anggota kerja dalam menambahbaikan kualiti.

9.      Mengadakan hari kesilapan sifar.

10.  Menggalakkan para pekerja dalam penetapan sasaran terhadap tahap kualiti yang ingin dicapai.

11.  Menggalakkan para pekerja berkomunikasi dengan pihak atasan terhadap halangan yang ditemui.

12.  Penghargaan kepada pekerja yang mencapai sasaran kualiti yang ditetapkan.

13.  Menubuhkan majlis-majlis kualiti.

14.  Melaksanakan secara berterusan kerana pengurusan kualiti tidah pernah berakhir.

Pada tahun 1979, selepas bekerja di ITT, Crosby telah menubuhkan syarikat pakar perunding dalam pengurusan iaitu Philip Crosby Associates Inc. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan program pendidikan dalam pengurusan kualiti di Winter Park, Florida dan juga di lapan lokasi yang berbeza. Pada tahun yang sama, beliau juga menerbitkan buku perniagaan pertamanya iaitu "Quality Is Free". Buku tersebut menjadi popular pada masa tersebut disebabkan dengan krisis kualiti yang berlaku di Amerika Utara. Dalam masa tahun 1970an hingga tahun 1980an, pengeluar di Amerika Utara telah kehilangan syer pasaran kepada produk keluaran Jepun disebabkan dengan kualiti yang terjamin daripada produk keluaran Jepun.

Syarikat beliau telah menjana hasil pendapatan sebanyak $80 million dan mempunyai sebanyak 300 orang pekerja di seluruh dunia dalam masa 10 tahun. Syarikat tersebut telah mengajar cara-cara pengurusan dalam bagaimana untuk membentuk satu budaya pencegahan di mana melakukan sesuatu yang betul pada kali pertama. Antara syarikat- syarikat yang mendapatkan bantuan dalam pengurusan kualiti daripada syarikat beliau adalah seperti General Motors, Chrysler, Motorola, Xerox, hospital dan beratus-ratus syarikat di seluruh dunia.

Pada tahun 1991, beliau menubuhkan sebuah syarikat Career IV Inc. Syarikat tersebut memberikan ceramah dan seminar yang bertujuan membantu para eksekutif pada masa tersebut.

Philip B.Crosby meninggal dunia pada 18 Ogos 2001.

 

 

No comments:

Post a Comment