Monday, March 7, 2011

Kumpulan Zero Defects - sijil ISO 9002:2008 Ministry Of International Trade and Industry (MITI)

Ministry Of International Trade and Industry (MITI):

            MITI merupakan sebuah organisasi untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan dan antara negara pedagang yang paling berdaya saing di peringkat global menjelang tahun 2020. Objektif penubuhan MITI adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan dan antara negara pedagang yang paling berdaya saing di peringkat global menjelang tahun 2020.Antara misi bagi organisasi tersebut adalah untuk mempromosi dan mengatur strategi daya saing global Malaysia di arena perdagangan antarabangsa dengan mengeluarkan barangan dan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.Tambahan pula, untuk memacu aktiviti-aktiviti pembangunan industri ke arah peningkatan pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi mencapai status negara maju menjelang 2020. Dengan usaha tersebut, MITI telah pelaksanaan MS ISO 9001: 2008 MITI. MITI telah dipersijilkan

MS ISO 9001: 2008 pada 11 September 2009, dimana sebanyak 25 prosedur telah diperkenalpasti yang melibatkan seperti berikut : prosedur utama (12), prosedur wajib(7), prosedur sokongan (6) .

 

 

            Daripada sijil di atas ,boleh dilihat terdapat SIRIM QAS international Sdn bhd yang mengesahkan kepada MITI bahawa mendapatkan sijil ISO tersebut. Sijil tersebut terdapat nama organisasi dan alamatnya supaya disahkan kepada organisasi yang betul dan alamat yang berkenaan. Dengan itu, sijil tersebut perlu menyenarai ISO 9001:2008 dimana adalah untuk sistem pengurusan kualiti.Hal ini kerana terdapat pelbagai sijil kualiti dengan ISO berlainan. Selain itu, sijil tersebut perlu menyernarai skop pensijilan secara ringkasnya supaya bagi pengguna mengetahui skop pensijilan yang berkaitan. Dalam sijil tersebut adalah proses pengurusan perlaksanaan aktiviti perdagangan antarabangsa dan pembangunan industry termasuk perkhidmatan sokongan berkaitan. Tambahan pula, sijil ISO perlu menyenaraikan tarikh dikeluarkan ,tempoh sah dan no pensijilan. Hal ini kerana supaya mengetahui sama ada organisasi masih berhak mendapatkan sijil ISO dan no pensijilan supaya memudahkan SIRIM mengemaskini bagi sijil-sijil ISO. Akhirnya, tandatangan diperlukan sekurang-kurang terlibat dua pihak iaitu pengarah urusan dan pengerusi SIRIM QAS International Sdn. Bhd.Hal ini demikian pengesahan dapat dilakukan dengan pengarah urusan dan sijil ISO dapat dikuatkuasakan.

            Skop pelaksanaan sistem pengurusan kualiti kementerian perdagangan antarabangsa dan industri perlu dipatuhi oleh warga kerja MITI. Sistem kualiti ini disediakan sebagai memenuhi keperluan standard ISO 9001 : 2008. Standard ini mengambil kira perkhidmatan yang diberikan oleh organisasi ini. Skop persijilan MITI merangkumi proses utama seperti yang berikut :

a) Proses Pengurusan Pelaksanaan Aktiviti Perdagangan Antarabangsa; dan

b) Proses Pengurusan Pelaksanaan Aktiviti Pembangunan Industri

 

Pelaksanaan proses-proses utama disokong oleh proses pengurusan dan proses sokongan. Manual kualiti ini mengandungi dokumen yang merangkumi struktur organisasi, mengenal pasti tanggungjawab pengurusan dan rujukan ke atas proses serta prosedur organisasi disokong dengan dokumen dan rekod yang berkaitan.

Seksyen empat ( 4 ) hingga lapan ( 8 ) manual ini, telah disusun menurut tajuk dan pecahan tajuk yang mewakili klausa dalam standard ISO 9001 : 2008. Setiap pecahan seksyen dimulakan dengan muka surat baru yang secara ringkas menerangkan bagaimana klausa tersebut dikendalikan. Prosedur dan arahan kerja akan dirujuk bagi mendapatkan maklumat terperinci jika perlu.



Sumber : http://www.miti.gov.my

 

Nama Ahli Kumpulan Zero Defects

1. Lee Chin Foo         A122133

2, Too Seng Choon    A122681

3. Khor Shu Wen       A122798

4. Teo Pi Fang          A125859

5. Vivian Soon Li Hui A125921

 

No comments:

Post a Comment