Saturday, January 8, 2011

Kumpulan TQM - Pengalaman Baik Dalam Pembelian Laptop Dell


Pengalaman Baik Dalam Pembelian Laptop Dell

 

Ahli kumpulan kami mempunyai pengalaman membeli dan mengguna komputer laptop berjenama Dell. Perkhidmatan dan alat-alat komputer yang berkualiti diberikan oleh Dell telah memberi pengalaman yang terbaik kepada kami. Syarikat Dell ditubuhkan pada tahun 1984 di Austin, Texas, dengan menjual sistem komputer langsung kepada pelanggan. Dell juga memberikan penyelesaian pengkomputeran yang paling berkesan untuk memenuhi keperluan pelanggan. Kami bersetuju sekali Dell telah memberi perkhidmatan terbaik tidak kira pada sebelum, semasa atau selepas pembelian yang dibuat oleh pelanggan.

 

Pada tahun lepas, saya dan rakan-rakan ingin membeli laptop baru sebagai penggantian kepada laptop yang usang. Maka, sebelum membuat pembelian laptop baru untuk kegunaan sendiri, saya dan rakan-rakan melayari laman web yang disediakan oleh penjual laptop. Kami mula mengenalpasti spesifikasi yang diingini dan mendapatkan maklumat-maklumat tentang promosi laptop. Setelah melayari pelbagi laman web, didapati laman web Dell bagi pendedahan maklumat-maklumat tentang spesifikasi laptop adalah jelas dan mudah difahami. Selain itu, harga yang ditawarkan adalah munasabah jika berbanding dengan harga pasaran.

 

Setelah menentukan beberapa model yang ingin beli dan disebabkan wujudnya ketidakpastian terhadap pembelian serta kekurangan pengalaman dalam pembelian secara talian maka kami membuat keputusan untuk meminta nasihat daripada pihak Dell melalui perbualan secara talian (live chat) dengan pegawai Dell. Pada permulaannya, kami dikehendaki mengisi nama dan alamat email. Selepas itu, kami disambungkan dengan pegawai X dan kami mula berbual tentang keperluan dan permintaan kami dalam pembelian laptop.

 

Sepanjang perbualan, beliau menjawab semua soalan-soalan kami dengan sabar dan teliti. Beliau juga memberikan beberapa cadangan kepada kami tentang model laptop yang sesuai kepada kami. Selain itu, beliau juga mengajar kami tentang langkah-langkah dan perhatian-perhatian untuk menggunakan talian semasa membuat pembelian. Kami dapat merasai kehormatan kami sebagai pelanggan kepada Dell. Pelanggan adalah diutamakan tidak mengira pelanggan itu akan membuat pembelian atau tidak. Segala permintaan akan cuba dipenuhi dan khidmat nasihat yang profesinal diberikan.

 

Selepas membuat keputusan membuat pembelian, kami pun mengikut langkah-langkah yang diajar oleh pegawai X untuk membuat pesanan. Apabila siap membuat pesanan, maka kami pun menunggu ketibaan laptop baru daripada pihak Dell. Seperti yang dijamin oleh Dell, laptop kami telah dikirim dan hantar kepada saya dalam lingkungan 7 hari. Kami diminta untuk memeriksa segala komponen laptop sebelum menandatangani nota penerimaan.

 

Dell boleh dikatakan terkenal dari segi servis selepas jualan. Sebaik sahaja kami membeli laptop Dell, kami dapat menikmati perkhidmatan-perkhidmatan selepas pembelian yang bertaraf antarabangsa. Pertama sekali, apabila kami menghadapi masalah terhadap laptop Dell dan menelefon ke pusat perkhidmatan Dell, juruteknik secara serta-mertanya (on the spot) memjalankan pemeriksaan dan memperbaiki masalah tersebut. Untuk pengetahuan semua, Dell mempunyai teknologi canggih yang dapat membantunya mengawalselia produk-produk yang dijual kepada pengguna-penggunanya untuk tujuan pembaikan.

 

Sebaliknya, jika juruteknik tersebut tidak dapat mengatasi masalah tersebut, Dell akan menghantar juruteknik datang ke rumah untuk menjalankan pembaikan ke atas laptop. Jikalau laptop tersebut perlu dihantar ke pusat Dell untuk menjalankan pembaikan, pembungkusan dan panduan untuk mengirim laptop akan dihantar kepada pengguna dengan jaminan bahawa laptop akan dihantar balik dalam 10 hingga 12 hari berniaga selepas dikirim. Seperkara lagi, laptop dan komponen-komponennya boleh ditukarganti dengan yang baru jika ia mengalami kerosakan yang bukan kesalahan pengguna. Pusat Dell akan menyiasat sebab berlakunya kerosakan tersebut dan jika didapati kerosakan itu berpunca daripada Dell, Dell akan menggantikan pengguna laptop dan komponen-komponen yang baru.       

 

Kami amat berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberi dan kualiti terhadap alat-alat IT yang ditawarkan oleh Dell. Tetapi, kami berharap Dell boleh membuat peningkatan selanjutnya. Dell sentiasa dikenali bagi tempahan dalam talian dan secara langsung tetapi kami sebagai pelanggan kadang-kadang mahu melihat dan menyentuh produk tersebut. Oleh itu, kami berharap Dell akan mengadakan banyak program runcit pada masa akan datang supaya membolehkan dan menyenangkan pelanggan melihat, menyentuh, dan membuat tempahan produk Dell secara terus serta melancarkan produk dan perkhidmatan baharu bagi menyediakan kepada pelanggannya.

 

Kesimpulannya, kami percaya bahawa Dell merupakan satu pilihan yang baik dan akan memperkenalkan produk Dell kepada rakan-rakan kerana produk dan perkhidmatannya yang berkualiti dan berjamin layak dibeli oleh semuanya.


Nama Ahli Kumpulan TQM dan No. Matrik:

 

Liow Siaw Yien       A116436

Ng Suet Yin            A116812

Koo Fang Di           A117008

Yong Ching Ling      A117071

Teoh Poh Yek         A117275


No comments:

Post a Comment