Saturday, January 15, 2011

Kumpulan ISO- Sejarah KMK dijepun

Sejarah KMK di Jepun


Ahli saintis bernama W. Edwards Deming telah mengguna dan membangunkan idea yang telah dipelopori oleh Shewart di Jepun. Dengan penubuhan Kumpulan Perhubungan Awam (CCS) yang diterajui oleh Deming merupakan detik permulaan cetusan kualiti di Jepun. Ajaran Deming menjadi teras kepada falsafah kualiti Jepun. Hasil ajaran Deming telah menarik minat jurutera Jepun iaitu Koaru Ishikawa, seorang Profesor di Universiti Tokyo dan telah menubuhkan Kesatuan Saintis dan Jurutera Jepun (JUSE). JUSE telah ditubuhkan pada 1946 selepas perang dunia ke-2 atas galakan pihak kerajaan Jepun untuk membantu Jepun untuk bangkit dari peperangan. Orang paling berpengaruh dalam sejarah JUSE adalah pengasasnya Ichiro Ishikawa dan anaknya Koaru Ishikawa. Kaoru telah mengetuai JUSE semasa zaman kejayaannya dan mengetuai Jepun untuk menghayati ajaran Deming dan Juran.  Matlamat utama kesatuan ini ialah untuk membangunkan semula ekonomi Jepun dan menghapuskan sisa dengan meningkatkan kualiti. Pada 1949, JUSE mula untuk menganjurkan seminar pengawalan kualiti secara statiskal. Pada 1950, JUSE menjemput Dr W. Edwards Deming untuk berkongsi tentang penggunaan pengawalan kualiti secara statiskal. Jemputan ini telah membawa kepada syarahan 8 hari yang diterima baik oleh jurutera dan saintis Jepun. Ini membawa kepada Revolusi Kualiti Jepun di mana JUSE menjadi teladan.


Nota kepada syarahan Dr Deming, prinsip asas kepada pengawalan kualiti secara statiskal telah diterjemahkan dan diterbit di Jepun. Walaupun JUSE menawarkan royalty kepada Dr Deming, beliau menolak. JUSE, diinspirasi oleh budi Dr Deming, telah memulakan Hadiah Deming pada 1951 menggunakan royalti yang sama. Hadiah itu yang berupa sebuah pingat gangsa yang menyerupai Dr Deming akan dianugerahkan kepada mereka yang berjasa terhadap bidang pengawalan kualiti. Hadiah ini terbahagi kepada 2 iaitu bagi mereka yang telah membawa sumbangan besar kepada teori dan aplikasi pengawalan kualiti dan juga firma yang memperoleh hasil cemerlang dalam aplikasi kawalan kualiti. Hadiah Deming pertama telah dianugerahkan kepada Koji Kobayashi pada 1952. Dalam 1 dekad, JUSE telah melatih hamper 20,000 jurutera menggunakan pengawalan kualiti secara statiskal.


Hari ini, Jepun memberi penilaian yang tinggi kepada syarikat yang memenangi Hadiah Deming iaitu hampir 10 syarikat setahun. Kerja Deming telah memberi impak yang besar kepada industri seperti radio dan bahagian gantian, transistor, kamera, binokular dan mesin jahit. Pada 1960, Deming telah diiktiraf  bagi sumbangan beliau terhadap pengindustrian semula Jepun apabila Perdana Menteri menganugerahkan beliau Second Order of Sacred Treasure.


Seorang lagi tokoh kualiti yang menyumbang kepada budaya dan perkembangan JUSE adalah Joseph Juran dari Amerika Selatan juga memberi syarahan pada 1954 dan 1960. Syarahan beliau adalah lebih berfokus kepada pengurusan kualiti dan cara menghasilkan strategi perniagaan yang berkualiti. Beliau menegaskan kepada kepentingan pemikiran sistem yang bermula dengan rekaan produk, operasi peralatan yang sesuai dan maklum balas proses yang tepat. Idea beliau menyokong kuat pegangan rukun JUSE dalam penambahbaikan berterusan dan kumpulan kawalan mutu kerja.(KMK). KMK ditubuhkan pada 1962 di Jepun hasil daripada pemikiran Kaoru Ishikawa. KMK merupakan satu kumpulan pekerja yang secara suka rela dilatih untuk mengenal pasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah berkaitan kerja di bawah pengawasan penyelia mereka. Setelah itu, mereka mempersembahkan penyelesaian mereka kepada pengurusan untuk meningkatkan prestasi organisasi dan memotivasi serta memperkayakan pekerja. KMK merupakan satu pendekatan kepada Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) yang menggalakkan para pekerja untuk membentuk kumpulan untuk mempersembahkan proses perubahan kepada pengurusan untuk diaplikasikan. Ini menyokong konsep Deming ke-14 iaitu "Kualiti adalah tanggungjawab semua". Koaru Ishikawa mempelopori Revolusi Kualiti Jepun yang memberi prestij yang JUSE nikmati hari ini. Ishikawa meninggalkan fokus dalam JUSE untuk melatih semua mengguna alat TQM terutamanya KMK. Pada peringkat awal, KMK ditubuhkan di Syarikat Wireless dan Telegraf Nippon tetapi telah memperluas ke 35 syarikat lain dalam tahun pertama. Semasa 1978, didapati terdapat lebih daripada satu juta KMK yang melibatkan lebih kurand 10 juta pekerja Jepun. Terdapat beberapa alatan KMK iaitu:


a) Diagram tulang ikan Ishikawa

- Menunjukkan hierarki punca-punca yang menyebabkan masalah tersebut

b) Carta Pareto

- Menganalisis punca-punca yang berbeza melalui kekerapan untuk jelaskan punca utama

c) Proses pemetaan

Alatan mengumpul data seperti kertas semakan dan alatan grafik seperti histogram, gambar rajah frekuensi dan carta pai.


Juran dengan ini telah membawa kepada peralihan dari kawalan kualiti secara statiskal kepada kawalan kualiti menyeluruh(TQC) di Jepun.  Ini termasuk aktiviti syarikat luas dan kawalan kualiti(QC) dalam pendidikan, KMK dan pengauditan serta promosi prinsip pengurusan kualiti, Menjelang tahun 1968, Kaoru Ishikawa, tokoh TQC di Jepun telah merangka elemen-elemen pengurusan TQC iaitu:

Ø  Kualiti lebih penting daripada untung jangka pendek

Ø  Pelanggan adalah lebih penting berbanding penggeluar

Ø  Pelanggan adalah proses berikutnya dengan tiada halangan-halangan organisasi

Ø  Keputusan adalah berdasarkan fakta dan data

Ø  Pengurusan adalah menyertai dan menghormati semua pekerja

Ø  Pengurusan adalah didorong oleh jawatankuasa-jawatankuasa bersilang fungsian meliputi perancangan keluaran, rekaan produk, perancangan keluaran, perkilangan, pembelian, penjualan dan pengedaran


Sehingga 1991, JUSE mempunyai lebih daripada 331,000 KMK yang didaftar dengan 2.5 juta peserta dalam akvititinya. Pada masa sekarang, JUSE terus menganjurkan lebih daripada 200 kursus setahun, termasuklah 5 kursus pengurusan eksekutif, 10 kursus pengurusan dan satu barisan program latihan teknikal yang lengkap. Konsep KMK terus menjadi popular sehingga kini dengan 426,000 KMK berdaftar di Jepun. Kumpulan-kumpulan ini ada yang kecil dan ada yang besar telah pun merebak ke semua industri Jepun dan memainkan peranan penting dalam budaya Jepun. KMK ini membantu industri Jepun berkembang maju dan sering menentukan kerja dan konteks sosial orang Jepun. Ini merupakan sumbangan terbesar JUSE dan Ishikawa kepada Jepun.


Kini, JUSE menawarkan berbagai seminar, kursus latihan dan simposium tentang topik berkaitan kualiti. Seminar-seminar yang ada termasuklah:


Ø  Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)

Ø  Kejuruteraan boleh percaya

Ø  Kaedah kawalan kualiti

Ø  Reka bentuk eksperimen

Ø  Analisis pelbagai variasi

Ø  Pengurangan kos

Ø  Kumpulan Kawalan Mutu Kerja

Ø  Perubatan

Ø  Penyelidikan dan Pembangunan

Ø  Liabitliti produk

Ø  Keselamatan produk

Ø  Sistem Pengurusan ISO

Ø  Perisian


Selain itu, JUSE telah menaja dan menaja bersama banyak konvension dan organisasi lain yang menggalakkan kesedaran kualiti dan teknik pengurusan kualiti. JUSE menyokong Persidangan Antarabangsa untuk Kualiti, Pengesahan Kualiti Sejagat serta Kongres Sedunia untuk Kualiti Perisian. Bagaimanapun, JUSE adalah paling terkenal dengan Hadiah Deming yang terbuka kepada semua orang dan syarikat tidak kira sama ada Jepun atau di luar Jepun dalam 3 kategori iaitu:

·         Hadiah Deming untuk Individu

·         Hadiah Aplikasi Deming

·         Anugerah Kawalan Kualiti untuk Unit Operasi Perniagaan

JUSE juga menawarkan dan menaja bersama anugerah lain seperti Pingat Kualiti Jepun, Hadiah Deming untuk pencapaian cemerlang dan Anugerah Nikkei QC Kesusasteraan bagi penulisan cemerlang dalam bidang Pengurusan Kualiti Menyeluruh(TQM).


Dari perspektif kerajaan Jepun, dengan pelancaran Gerakan Budaya Kerja Cemerlang pada tahun 1989, Kerajaan menitikberatkan peranan yang dimainkan oleh pihak pengurusan dan juga kakitangan dalam usaha-usaha ke arah meningkatkan kualiti dalam jabatan- jabatan atau pejabat-pejabat Kerajaan. Bagi tujuan ini, Kerajaan adalah menggalakkan penubuhan Pasukan-pasukan Kerja di peringkat pegawai atau KMK yang dianggotai oleh kakitangan di Kumpulan Penyemakan dan Pelaksanaan untuk menyelesaikan masalah-masalah di tempat kerja.


Sumbangan kedua-dua pihak pengurusan dan juga KMK ke arah penyelesaian masalah dan seterusnya peningkatan produktiviti dan kualiti organisasi adalah penting dalam usaha Kerajaan untuk mewujudkan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (Total Quality Management) di sektor awam.



Kumpulan ISO


Nama Kumpulan: ISO
Ahli-ahli:
Khoo Pei Lu            A122180
Tan Ying Jie             A122648
Kuan Shee Vern      A126709
Lim Ket Onn            A126851




No comments:

Post a Comment