Saturday, January 15, 2011

Kumpulan Violet - Idea Perkembangan Frederick Dalam Peningkatan Kualiti

Idea Frederick Taylor tentang Peningkatan Kualiti

 

Kualiti adalah keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat sesuatu produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang dinyatakan atau yang tersirat. Peningkatan Kualiti pula bermaksud  penambahan reputasi  atau dikaitkan dengan piawai yang boleh diterima umum, memenuhi dan menepati selera pengguna atau pelanggan  pada keadaan yang dikatakan  lebih berkualiti, tahap terbaik yang boleh dicapai, menepati spesifikasi iaitu konsep yang relatif  mengikut masa dan keadaan peningkatan di sepanjang masa.

 

Setakat ini orang yang paling berpengaruh dan memberi kesan kepada amal anpengurusan adalah Frederick Taylor. Taylor menformalkan prinsip-prinsip pengurusan saintifik untuk menggantikan peraturan praktikal yang lama. Beliau juga mengembangkan teori organisasi dimana dia memansuhkan autokrasi peribadi diamalkan dalam perniagaan keluarga Quaker dari Cadbury dan Clark.

 

Taylor bukan sebagai pencetus idea tetapi dia adalah seorang pragmatis yang berkemampuan untuk mensintesis karya orang lain dan mempromosikan mereka secara berkesan kepada audiens dan pengurus industri yang berusaha untuk mencari cara-cara baru bagi menmpertingkatkan prestasi.

 

Semasa Taylor bekerja, dia mendapati bahawa pengurusnya mempunyai pemahaman yang kurang tentang kegiatan kilangnya. Biasanya seorang mandor akan diberikan tanggungjawab sepenuhnya untuk menghasilkan barang yang diminta oleh penjualnya. Dalam keadaan tersebut, pekerja bekerja dengan menggunakan apa-apa alat yang mereka boleh dapat dan mengadopsi kaedah yang sesuai dengan gaya mereka sendiri.

 

Pada 1881 Taylor telah menerbitkan sebuah makalah yang bertajuk menukar pemotongan logam ke dalam ilmu. Kemudian dia menukar perhatiannya kepada penyodokan batu arang. Dia melakukan eksperimen dengan menggunakan penyodok yang reka bentuknya berbeza dan digunakan bersama dengan bahan yang berbeza. Akhirnya, dia mampu mereka bentuk penyodok yang membolehkan pekerjanya untuk menyodok sepanjang hari. Dengan itu, dia dapat mengurangkan jumlah pekerja yang menyekop di Betlehem Steel Works daripada 500 orang kepada 140 orang. Kajian ini telah memberi sumbangan terhadap analisis berkaitan reka bentuk  kerja dan menimbulkan isu ini sebagai satu kaedah pembelajaran.

 

Diikuti pada tahun 1895, beliau menerbitkan sebuah makalah berkaitan tentang skim insentif. Kemudian, pada 1909, beliau menerbitkan buku yang paling terkenal iaitu Prinsip Pengurusan Saintifik.

 

Salah satu ciri-ciri pekerjaan Taylor adalah penggunaan konsep "stop-watch" sebagai asas pemerhatian. Kaedah saintifik ini dapat diterapkan untuk semua masalah dan dilaksanakan oleh pelbagai peringkat sama ada pengurus ataupun pekerja. Dalam kata-katanya sendiri beliau menjelaskan bahawa:

 

"The old fashioned dictator does not exist under Scientific Management. The man at the head of the business under scientific management is governed by rules and laws which have been developed through hundreds of experiments just as much as the workman is, and the standard developed are equitable."

 

Idea beliau berjaya meningkatkan produktiviti barangan. Beliau membahagikan proses pengeluaran kepada beberapa bahagian mengikut fungsi dan dikendalikan oleh buruh yang mengkhusus dalam tugas-tugas tertentu.

 

Frederick Taylor telah memperkenalkan teori pengurusan saintifik pada awal abad 20-an. Pengurusan saintifik diperkenalkan untuk menyusun operasi perkilangan dalam mencapai kualiti produk. Pengurusan ini berorentasikan hasil dan pemilihan pekerja secara terbaik diperlukan untuk mencipta keluaran yang optimum.

 

Terdapat empat tujuan  pengurusan saintifik adalah seperti berikut:

Ø  Pembangunan ilmu sains untuk setiap elemen kerja manusia untuk menggantikan peraturan kaedah lama.

Ø  PPemilihan pekerja serta memberi latihan & pembangunan kepada pekerja dan bukannya menbiarkan mereka memilih tugas-tugas mereka sendiri dan melatih sendiri

Ø  Pembangunan semangat kerjasama antara pekerja dan pihak pengurusan untuk memastikan pekerjaan dapat dilakukan mengikut prosedur saintifik.

Ø  Pembahagian kerja antara pekerja dan pihak pengurusan dengan adil dan bukannya seperti kaedah lama dimana sebahagian besar tanggungjawab terletak pada pekerja. Falsafah ini memberi tumpuan kepada susunan organisasi mengikut hierarki, sistem peraturan abstrak dan hubungan impersonal antara pekerja.

 

Pengurusan saintifik muncul hasil keperluan untuk mempertingkatkan lagi kecekapan dan daya pengeluaran melalui penggunaan sumber manusia dan fizikal. Frederick Taylor, seorang jurutera mekanik dan pakar runding, telah membuat perhatian ke atas fungsi dan pergerakan setiap pekerja yang menjalankan tugas dan kemudiannya membuat analisis dan mereka bentuk semula tugas itu dengan efisien.

 

Melalui konsep pengurusan yang diperkenalkan oleh Frederick Taylor, pekerja yang tidak memenuhi piawaian dan sasaran yang ditetapkan akan disingkirkan dari sistem kitaran kerja setelah berada di bawah pengawalan dalam jangka masa tertentu. Frederick Taylor turut memperkenalkan sistem waktu rehat berjadual bagi membantu mengurangkan kepenatan bekerja.

 

Frederick Taylor mengeluarkan prinsip pengurusan saintifik seperti berikut:

  1. Penentuan pergerakan: Membina kaedah saintifik dengan menentukan pergerakan dan perjalanan kerja yang dijalankan supaya lebih efisien. Dengan penentuan ini, kerja dapat disiapkan dengan lebih cepat dan dengan peratusan atau kadar yang lebih tinggi.
  2. Pengkhususan kerja: Frederick Taylor telah memikirkan tentang pentingnya seorang pakar di setiap bahagian. Misalnya, seorang mandur (sebagai ketua) dikehendaki bertanggungjawab di dalam bahagian pembaikan mesin, seorang di bahagian perjalanan mesin, seorang di bahagian pemeriksaan dan lain-lain. Dengan cara yang demikian, pekerja dapat memahirkan diri dalam bidang yang khusus.
  3. Perancangan dan penjadualan yang rapi: Perancangan dan penjadualan aktiviti organisasi perlu untuk memastikan penggunaan sumber manusia dan bahan pada tempat dan masa yang sesuai.
  4. Pemilihan dan pengambilan kakitangan yang rapi: Frederick Taylor percaya bahawa pemilihan dan pengambilan kakitangan perlu dibuat dengan teliti untuk menjamin kakitangan yang diambil itu dapat menjalankan tugas seperti yang dikehendaki. Di dalam proses pengambilan ini, ujian tertentu hendaklah diadakan untuk menguji kebolehan dan keupayaan seseorang itu. Proses pemilihan yang teliti beserta dengan program latihan tertentu dapat menjamin prestasi yang tinggi di dalam menjalankan tugas.
  5. Insentif upah: Program upah yang diadakan bertujuan membayar upah mengikut jenis kerja yang dibuat. Ini bermakna program upah itu menyediakan kadar upah mengikut jenis kerja. Bonus melalui skim perangsang juga diberikan kepada pekerja yang dapat menyiapkan kerja lebih awal dari jangka masa yang ditetapkan.

Walaupun prinsip-prinsip pengurusan saintifik meningkatkan produktiviti dan memberi kesan yang besar terhadap industri. Namun demikian ia juga menyebabkan kebosanan kerja. Dimensi kerja utama seperti variasi keahlian, identiti tugas, kepentingan tugas, autonomi, dan maklum balas semuanya hilang dari perspektif pengurusan saintifik.

 

Tidak boleh dinafikan bahawa cara kerja baru ini telah diterima pakai oleh ramai pekerja. Namun demikian banyak dari idea-ideanya dikaitkan dengan amalan yang buruk seperti pengurangan kadar upah oleh pengurus yang tidak bermoral. Pada tahun 1911 dan 1912  idea Taylor dipertikaikan oleh sebuah jawatankuasa khas dari US House of Representatives. Akhirnya diputuskan bahawa undang-undang telah melarang penggunaan konsep "stop-watches" oleh pegawai negeri.

 

Pandangan Taylor tentang motivasi pekerja telah memberi pengaruh besar sepanjang abad hingga ke hari ini. Kepercayaan Taylor bahawa manusia adalah rasional dan akan membuat pilihan ekonomi berdasarkan tahap ganjaran kewangan telah membawa kepada perancangan sistem bayaran dimana jenis usaha yang diberi adalah berkait rapat dengan kadar ganjaran yang ditawarkan. Oleh itu, terdapat kritikan yang kuat terhadap teori Taylor yang dianggap melayan manusia seperti mesin dan menganggap bahawa para pekerja dipenuhi oleh wang saja.

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment