Sunday, January 23, 2011

Group Quality Assurance - Falsafah Tokoh-tokoh Kualiti - Armand Feigenbaum


Group Quality Assurance:
Ahli Kumpulan:
A116555 CHONG GUAN CHOI
A116835 KHOR CHEE HAU
A117123 ANG CHOON TENG
A117399 HOO SIAU WEI
A117418 ONG GUANG YONG


Falsafah Tokoh-Tokoh Kualiti – Armand Feigenbaum

Dalam sejarah perkembangan kualiti sejak dari masa dahulu hingga masa kini telah wujud beberapa orang tokoh kualiti yang penting iaitu seperti Edwards Deming, Kaoru Ishikawa, Joseph Juran, Philips Crosby dan Armand Feigenbaum. Tokoh-tokoh tersebut telah memberi sumbangan dan pengaruh yang penting dalam perkembangan dan pembangunan kualiti di peringkat dunia sehingga masa kini. Perbincangan kami akan difokuskan kepada sumbangan yang telah diberi oleh tokoh Armand Feigenbaum dalam pembangunan kualiti.


Tokoh Armand Feigenbaum dilahirkan pada tahun 1920 dan beliau berasal dari negara Amerika Syarikat. Beliau telah menperolehi ijazah sarjanamuda dari Union College di Schenectady, New York dan seterusnya, beliau telah melanjutkan pelajarannya dalam master's degree dan kemudian, mendapat Ph.D. di Massachusetts Institute of Technology. Begitu juga, Feigenbaum merupakan seorang peniaga dan beliau pandai dalam urusan kawalan kualiti. Dalam tempoh tahun 1958 hingga tahun 1968, beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Operasi Pengeluaran (Director of Manufacturing Operations) di Syarikat General Electric dan beliau juga dikenali sebagai seorang pakar kualiti utama di syarikat tersebut. Menurut pandangan beliau, pencapaian kualiti adalah hasil dari "total orchestration of all inputs" dan kualiti bukanlah hanya beberapa peralatan atau teknik sahaja tetapi ia adalah merangkumi semua aspek dalamnya. Dengan mengintegrasikan perancangan, perlaksanaan dan penilaian proses, beliau dapat berjaya mencapai tahap kualiti yang lebih tinggi. Pada masa itu, beliau sedar bahawa aspek-aspek lain dalam syarikat tersebut juga turut berubah menjadi semakin baik apabila dia berjaya membaiki satu proses dalam Syarikat General Electric.


Sumbangan beliau tidak hanya terhad dalam Syarikat General Electric sahaja kerana sebenarnya beliau juga menjadi Presiden di American Society for Quality (ASQ) dalam lingkungan tahun 1961 hingga tahun 1963. Dalam tempoh masa tersebut, beliau menulis dan menerbitkan beberapa buah buku di mana salah sebuah buku yang telah diterbitkan olehnya dikenali sebagai "Total Quality Control". Mengikut Feigenbaum, "Total Quality Control" merupakan suatu sistem yang efektif di mana ia mengintegrasikan pembangunan kualiti, penyelenggaraan kualiti dan usaha-usaha dalam penambahbaikan kualiti daripada kumpulan-kumpulan yang berlainan di dalam sesebuah organisasi untuk memastikan dan membolehkan pengeluaran pemasaran, pembuatan dan perkhidmatan organisasi tersebut mencapai tahap yang paling ekonomikal supaya dapat memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan pada masa yang sama. Dia juga mempersoalkan penggunaan teknik persampelan dan pemeriksaan untuk menjamin kualiti.


Selain itu, Feigenbaum merupakan pengasas kepada pengarah "International Academy for Quality". Beliau menjadi penerima pertama yang mendapat anugerah "ASQ's Lancaster Award", di mana anugerah ini ditubuhkan bertujuan untuk mengiktiraf kepimpinan istimewa dalam perkembangan dan pembangunan kualiti di peringkat antarabangsa. Anugerah tersebut telah mengiktirafkan sumbangan beliau yang luar biasa dalam bidang ini demi mencapai kerjasama antarabangsa dalam kawalan kualiti melalui usaha pembangunan, pengetahuan dan pengalaman yang dimilikinya ke seluruh dunia, serta juga untuk mengiktiraf  kepimpinan beliau dalam "International Academy for Quality".


Dalam pengiktirafan sumbangan Feigenbaum sebagai "pencipta dan pelaksana dalam asas kawalan kualiti moden", beliau telah dianugerahi ASQ's Edwards Medal pada tahun 1965. Pada masa yang sama, beliau juga menerima anugerah National Security Industrial Association Award of Merit atas kepimpinan beliau dalam mempertahankan negaranya. Anugerah-anugerah yang diperolehi telah menjadi pengiktirafan yang terbaik bagi sumbangan beliau yang dicurahkan. Seterusnya, beliau pernah menjadi ahli kepada Advisory Group of the United State Army, pengerusi kepada Army Material Command, dan pakar runding kepada Industrial College of the Armed Forces.


Pada tahun 1968, Armand Feigenbaum telah mengasaskan Syarikat General System yang berada di Pittsfield, Massachusset, di mana Syarikat General System merupakan sebuah firma kejuruteraan yang mereka dan memasang sistem operasian bagi syarikat-syarikat di Amerika Syarikat, Europah dan Latin Amerika. Beliau telah menyumbangkan masa dan semangatnya yang banyak di luar negara dalam pengabungan dengan kerja tersebut. Akhirnya, beliau berjaya menjadi pemandu dalam bidang kawalan kualiti dan pengurusan kualiti di peringkat pandangan antarabangsa. Feigenbaum mengkatakan bahawa " The belief that quality travels under an exclusive foreign passport is a myth."


Berdasarkan kepada pandangan Feigenbaum bahawa mana-mana syarikat yang mengamalkan kualiti menyeluruh (Total Quality Management) sebenarnya akan menetapkan kualiti standard antarabangsa dalam industri masing-masing. Sumbangan beliau terhadap gerakan kualiti iaitu beliau berjaya mengalihkan perhatian para pemimpin korporat kepada keperluan menggunakan pendekatan "cost of conformance" dalam melaksanakan program kualiti. Feigenbaum diiktiraf sebagai seorang pengubah dalam bidang  pengurusan kos kualiti (Quality Costs Management). Beliau merupakan pemula yang mengambarkan sifat-sifat kos kualiti sebagai kos pencegahan, kos penilaian, kos gagalan/ kerosakan dalaman dan luaran. Kos pencegahan termasuk kos-kos dalam perancangan kualiti dan kos-kos lain yang berkaitan dengan pencegahan "non-comformance" dan kerosakan. Kos penilaian pula merujuk kepada kos yang dikenakan dalam menilaikan kualiti produk. Kos gagalan/ kerosakan dalaman adalah kos-kos yang dilibatkan atas sebab material dan produk yang rosak dan "non-comformance" yang tidak memenuhi spesifikasi kualiti organisasi. Manakala, kos gagalan luaran pula kos-kos yang dilibatkan  disebabkan oleh produk yang rosak apabila sampai kepada pelanggan, misalnya kos aduan dan kos kehilangan pasaran.


Begitu juga, Feigenbaum dikenali dengan konsep beliau, iaitu "Hidden Plant". Mengikut konsep tersebut, setiap kilang akan menghadapi pembaziran dalam sebahagian kapasiti pengeluarannya. Dengan itu, beliau telah menilai bahawa 40% daripada kapasiti dalam sesebuah kilang akan dibazirkan. Faktor-faktor yang memberi kesan kepada kualiti dapat dibahagikan kepada dua, iaitu faktor teknologi dan faktor manusia. Tetapi, Feigenbaum berpendapat bahawa faktor manusia dianggap lebih penting di antara kedua-dua faktor tersebut.


Mengikut analisa Feigenbaum, manusia biasanya digerakkan oleh pembaikan sistem yang ada. Dalam hal ini kejayaan dalam membaiki sesuatu aspek sengaja dihebahkan kerana Feigenbaum cuba membina persekitaran di mana anggota kerja dapat belajar dari pengalaman mereka sendiri. Ideanya telah membawa kepada pembentukan cross-funtional teamwork dan persekitaran kerja yang terbuka. Beliau percaya bahawa pelanggannya sebenarnya yang mendefinisikan kualiti dan bukanlah yang didefinisikan oleh organisasi tersebut. Walaubagaimanapun, pendapat beliau tidak dipersetujui oleh Deming yang berpendapat bahawa organisasi yang cuba memahami keperluan dapat meramalkan keperluan pelanggan pada masa depan.


Dalam pengawalan kualiti, terdapat empat langkah utama yang perlu ditepati. Langkah pertama adalah dengan menetapkan piawaian kualiti, dan kenudiannya perlu menilai perlaksanaan dan prestasi berdasarkan piawaian tersebut. Langkah ketiga adalah bertindak apabila prestasi lebih baik daripada piawaian dan seterusnya, membuat perancangan untuk membaiki piawaian tersebut. Pengawalan kualiti meliputi semua peringkat proses pengeluaran industri, di mana ia bermula dengan spesifikasi dan jualan kepada pelanggan, melalui rekabentuk, pembuatan dan sehingga proses penghantaran dan khidmat diberi selepas jualan.


Pelbagai pencapaian Feigenbaum dan anugerah-anugerah yang diberi kepada beliau telah menunjukkan dan mengiktirafkan sumbangan beliau yang diberi dalam pembangunan dan perkembangan kualiti sepanjang masa ini. Tambahan pula, pengetahuan dan pengalaman beliau yang berkenaan dengan kualiti telah banyak mempengaruhi pengurusan dan pengoperasian organisasi-organisasi dalam pasaran yang sengit di dunia dari masa dahulu hingga sekarang.

 

1 comment: