Kumpulan Hakuna Matata
Ahli Kumpulan:
1. Tan Soh Teng A116507
2. Tee Ming Ying A116577
3. Tan Suet Voon A116604
4. Chuah Ho Meng A116974
5. Oh Mun Lee A117087
Pengalaman buruk ini berlaku sewaktu kami bekerja di Firma A ini. Firma A merupakan satu firma bersaiz sederhana yang sedang berkembang. Sehingga 30 September 2009, Firma A mempunyai 100 firma di 110 negara serta mempunyai 46,035 kakitangan profesional dan 1,138 pejabat di seluruh dunia. Jumlah pendapatan bagi semua Firma A bagi tahun berakhir 30 September 2009 adalah US$ 5,026 juta, meletakkannya antara 10 buah firma terbesar dalam industrinya di peringkat antarabangsa. Komen-komen yang akan diberikan di bawah tidaklah dialami oleh kami sendiri, sebaliknya merupakan pemerhatian kami terhadap persekitaran kerja dalam firma tersebut. Menurut konteks kualiti dalam Islam, kualiti bermaksud perubahan positif ke arah kesejahteraan. Pada pendapat kami, firma A tidak mengamalkan konsep ini. Hal ini kerana, sesetengah pihak atasan didapati memberi tekanan kepada subordinatnya untuk menyiapkan kerja tanpa mengira masa. Subordinat terpaksa menyiapkan kerja walaupun terpaksa berada di pejabat sehingga lewat malam sehingga menjejaskan kesihatan. Oleh itu, kami berpendapat ini adalah budaya kerja yang tidak baik. Tambahan pula bekerja sehingga lewat malam sebenarnya mengurangkan produktiviti kerja seseorang. Di samping itu, ganjaran yang diberikan adalah tidak konsisten dengan jumlah beban kerja yang ditanggung oleh subordinat-subordinatnya. Walaupun subordinat bekerja sehingga lewat malan, pengurus firma tidak memberi ganjaran sampingan seperti cuti tambahan kepada subordinatnya. Dengan suasana pekerjaan ini, kami mendapati firma mengalami masalah pusing ganti pekerja yang sangat tinggi. Ini merupakan satu ancaman besar kepada firma ini kerana subordinat yang berpengalaman dan berkelayakan telah meletak jawatan dan menerima tawaran yang lebih baik dari pasaran. Firma juga menghadapi persaingan yang tinggi daripada firma lain dari bidang professional yang sama. Selain itu, kami berpendapat gaya kepimpinannya adalah lebih cenderung kepada autokratik di mana pihak atasan akan memberi arahan kepada subordinat dan subordinat biasanya mempunyai kuasa yang minimum untuk memberi pandangan atas arahan yang diberikan. Gaya kepimpinan ini akan menyekat peningkatan kualiti kerja dalam firma. Gaya ini juga meningkatkan beban kerja para subordinat. Walaupun semua kerja dijalankan secara berkumpulan, tetapi setiap individu akan diberikan tugasan yang berlainan. Ada sesetengah senior lebih mementingkan diri sendiri, mereka akan mengagihkan tugasan yang susah kepada subordinat yang baru tanpa memberi tunjuk ajar kepadanya. Ini hanya akan memberi tekanan kerja kepada subordinat baru dan subordinat tersebut akan cuba menyiapkan kerja tanpa mencapai objektif yang telah ditetapkan. Subordinat baru tersebut meminta dokumen sokongan daripada pengurus klien dengan cara yang tidak bersopan. Cara kerja ini hanya akan mengurangkan kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh firma. Maka pelanggan akan membandingkan mutu perkhidmatan yang diterima dengan apa yang diharapkan. Akhirnya, pelanggan akan mencari firma lain yang dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan memenuhi kehendaknya. Kesimpulannya, kami berharap Firma A dapat meningkatkan kebajikan perkerjanya agar setiap subordinat dapat bekerja dengan penuh motivasi dan seterusnya meningkatkan kualiti kerja. Apabila pekerja merasakan kebajikan mereka terjaga, maka kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan turut meningkat. Firma harus menyedari bahawa pelanggan merupakan penilai dan penentu kepada perkhidmatan yang diterima. Firma juga perlu mengambil berat tentang persepsi kepuasan pelanggan terhadap keberkesanan sistem pengurusan firma. Oleh itu, kami berharap agar kebajikan pekerja bergerak seiring dengan kualiti dan perkembangan firma pada masa akan datang. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment