Thursday, March 10, 2011

Kumpulan Q5 - Sijil SIRIM ISO

ISO 9000

            Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9000 menjadi agenda penting kepada organisasi di Malaysia untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan. Sektor Swasta terutama sekali perkilangan telah menjadikan ISO 9000 sebagai agenda penting untuk persediaan bertanding di peringkat global. Banyak syarikat pembuatan di negara ini telah dianugerahkan pensijilan ISO 9000 oleh pihak SIRIM dan badan-badan bertauliah swasta. ISO 9000 telah dijalankan satu aktiviti utama dalam usaha syarikat untuk menambahbaikan kualiti barang dan perkhidmatan syarikat.

            Kumpulan kami telah menyertakan contoh Sijil ISO 9000 : 2001 bagi Global Factor Sdn. Bhd. yang digunakan sebagai rujukan kajian kami terhadap ISO 9000. Dengan meneliti sijil tersebut, kami dapati ia adalah dilengkapi dengan nama dan alamat pihak penerima sijil, standard yang dipatuhi dalam siri standard Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9000, skop sijil, tarikh sijil original, tarikh diterbitkan, tarikh luput, no. pensijilan, logo SIRIM, cop merah SIRIM dan juga pengesahan dengan tandatangan pihak atasan SIRIM.

            Penerima sijil ISO 9000 berkenaan merupakan sebuah syarikat pengilang bumiputera yang mengeluarkan barangan alatulis berjenama KEDIDI yang merangkumi marker (refillable), ballpen, fail dan sebagainya. Objektif syarikat ini adalah untuk menjadi pengeluar pelbagai produk alatulis yang bermutu tinggi untuk pasaran Tempatan dan Antarabangsa. Produk mereka telah melepasi segala ujian dengan keputusan yang memuaskan dan telah disahkan oleh pihak SIRIM menepati kehendak standard. Justeru, syarikat ini dianugerahkan pengiktirafan Sijil ISO-9000 : 2001 pada bulan Mac 2009.No. Pensijilan ISO-9001: 2001AR 4816. Skop sijil adalah pengeluaran pen marker yang boleh ditukarganti. Tempoh sah sijil ISO ini adalah dari 27 Februari 2009 sehingga 14 November 2010.

Diserta di bawah merupakan butiran syarikat tersebut yang kami dapat daripada laman web:

 

            Dangan teknologi yang ada, syarikat tersebut memberi jaminan bahawa kualiti dakwat marker KEDIDI keluaran mereka adalah tidak kering selama 6 jam tanpa penutup. Dengan penyelidikan yang dijalankan, ia telah terbukti dan turut disahkan oleh SIRIM. Selain itu, dengan dakwat isian semula whiteboard jenis botol, marker whiteboard dan permanent keluaran syarikat tersebut boleh ditukarganti dengan mudah. Pengguna juga adalah lebih jimat kerana ia adalah lebih bertahan lama dan boleh digunakan berulangkali.

            Global Factor Sdn. Bhd. telah berjaya mendapat kontrak kerajaan dalam membekalkan marker pen semenjak tahun 1996 sehingga tahun 2004. Manakala bagi pemasaran terbuka tempatan dilakukan melalui anak syarikat GFSB, D'pro Stationeries Sdn Bhd. Di samping jualan secara langsung, syarikat tersebut turut memasarkan produk mereka ke hypermarket dan melalui rangkaian pembekal/pengedar alatulis seluruh Malaysia. Kebanyakan pelanggannya adalah daripada hospital dan pusat pengajian.


Rujukan:

http://www.kdd.com.my/index.php



Kumpulan Q5:
Leow Chow Joo
Kio Yee Peng
Chai Kar Yi
Khaw Weng Chung

Lee Kean Kean


No comments:

Post a Comment