Saturday, January 8, 2011

Kumpulan Zero Defects - Pengalaman Buruk Perkhidmatan Salon Rambut yang Mengecewakan

Pengalaman Buruk Perkhidmatan Salon Rambut yang Mengecewakan
Pengalaman ini berlaku pada tahun lepas, iaitu Jan 2010. Saya bercadang untuk mengunting dan mewarnakan rambut saya untuk menyambut Tahun Baru Cina yang bakal datang pada bulan hadapan. Memandangkan semester yang baru telahpun mula dan saya mungkin tidak berpeluang untuk balik ke rumah sebelum cuti semester, maka saya telah mencuba salon rambut ini yang berletakan di Kajang. Salon rambut ini kelihatan agak mewah jika disbanding dengan salon lain di sekitar Kajang.

Seminggu sebelumnya, saya telahpun membuat appointment dengan salon rambut tersebut untuk menempah perkhidmatan pendandan senior yang bernama Andrian (bukan nama sebenar). Pada hari tersebut, saya telah sampai tepat pada masa appointment, iaitu pukul 10 pagi dengan pakaian yang kasual. Salon rambut tersebut penuh dengan pelanggan pada waktu itu. Mungkin disebabkan oleh pakaian yang kasual, ini menyebabkan saya tidak disambut dengan mesra oleh pekerja salon rambut. Saya diberitahu bahawa pendandan senior, Adrian sedang dalam kesibukan dan saya terpaksa menunggunya di sebelah sudut salon. Saya berasa tidak puas hati kerana terpaksa menunggu sedangkan saya telah membuat appointment seminggu sebelumnya.

Setelah selama satu jam penungguan, akhirnya sampailah giliran saya. Selepas perbincangan dengan Adrian, perkhidmatan penguntingan rambut telah dimulakan. Mungkin disebabkan pelanggan yang banyak, saya merasa bahawa Adrian tidak mengunting rambut saya dengan teliti kerana beliau sibuk melayan pelanggan yang lain sementara memberi perkhidmatan kepada saya. Kemesraan dan keikhlasan Adrian dalam perkhidmatan ini kurang memuaskan.

Perkhidmatan mewarnai rambut merupakan perkhidmatan yang paling dikecewakan. Sepanjang perkhidmatan ini, saya cuma dilayani oleh pendandan junior sementara Adrian sibuk melayani pelanggan yang lain. Mungkin disebabkan pendandan junior yang tidak cukup pengalaman, kesemua akar rambut saya telah menjadi putih kekuningan sedangkan warna rambut yang diinginkan oleh saya ialah merah gelap. Saya berasa amat geram setelah melihat kesan pewarnaan ini. Pada masa inilah Adrian datang semula kepada saya dengan memberi penjelasan bahawa saya duduk di bawah pendingin hawa di mana anginnya mungkin terlalu kuat sehingga kesan pewarnaan mengalami perubahan. Saya tidak dapat menerima penjelasan ini kerana ia merupakan alasan yang tidak munasabah sedangkan salon rambut ini merupakan salon yang agak besar di sekitar Kajang. Adrian dan pendandan yang lain cuba menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan pelanggan yang lain dengan berjanji bahawa akan mewarna semula rambut saya dengan segera. Dengan itu, saya dilayani oleh pendandan junior yang berlainan untuk perkhidmatan pewarnaan semula.

Saya hanya meninggalkan salon rambut ini pada pukul 6 petang kerana masa menunggu yang panjang dan perkhidmatan yang lambat serta mengecewakan. Walaupun perkhidmatan yang amat mengecewakan ini telah berlaku, saya tidak diberi apa-apa diskaun semasa membuat pembayaran. Saya juga berasa tidak memuaskan kerana saya terpaksa membayar harga perkhidmatan pendandan senior sedangkan kebanyakan perkhidmatan saya dilakukan oleh pendandan junior sahaja.

Setelah pengalaman ini, saya bersumpah bahawa saya tidak akan mengunjungi salon rambut ini semula. Perkhidmatan salon rambut ini tidak mencapai kualiti yang dijangkakan walaupun ia kelihatan mewah. Masa menunggu yang lama walaupun telah membuat appointment, layanan yang tidak mesra, perkhidmatan gunting rambut yang tidak teliti, perkhidmatan pewarnaan rambut yang amat mengecewakan adalah amat tidak memuaskan sedangkan ia menerima bayaran perkhidmatan yang tinggi. Pelanggan yang ramai dalam salon mungkin disebabkan oleh pendandan lelaki yang muda dan kacak. Sekiranya perkhidmatan mereka tidak dipertingkatkan, saya rasa bahawa salon ini susah untuk survive dalam jangka panjang.

Nama Ahli Kumpulan :
LEE CHIN FOO                    A122133
TOO SENG CHOON            A122681
KHOR SHU WEN                 A122798
TEO PI FANG                       A125859
VIVIAN SOON LI HUI        A125921

No comments:

Post a Comment