Sunday, March 13, 2011

kumpulan ElSya - PERSIJILAN MS ISO 9002:1994

ARKIB NEGARA MALAYSIA (PUSAT ARKIB DAN PENYELIDIKAN NEGARA)


MS ISO 9002:1994


PENGENALAN:

VISI ARKIB NEGARA MALAYSIA

Menjadi Pusat Arkib dan Penyelidikan Negara yang unggul.


MISI JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

Memastikan rekod negara yang bernilai kekal dipelihara, menyediakan perkhidmatan rujukan dan kemudahan penyelidikan  yang terbaik serta memasyarakatkan bahan arkib dan sejarah.

 

OBJEKTIF  JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

Meningkatkan kecekapan pengurusan rekod kerajaan melalui khidmat nasihat dan penguatkuasaan Akta Arkib Negara 2003.

Meningkatkan kesedaran penjawat awam untuk memelihara rekod kerajaan yang bernilai sebagai memori institusi.

Memperolehi koleksi bahan arkib dari sumber tidak rasmi melalui hadiah, sumbangan, derma, pembelian dan sebagainya.

Memelihara bahan arkib sebagai warisan negara mengikut piawaian yang telah ditetapkan.  

Menggalakkan penggunaan bahan arkib sebagai sumber rujukan dan penyelidikan melalui kemudahan capaian.

Mempertingkatkan kesedaran dan penghayatan sejarah negara melalui penggunaan bahan arkib.

Memperluaskan penyebaran dan penggunaan bahan arkib melalui penggunaan teknologi terkini, pameran, penerbitan dan sebagainya.

Meningkatkan jumlah pelawat ke Arkib Negara dan Memorial melalui program dan aktiviti yang terancang.

 

 

 

PENCAPAIAN:


ANM telah mula melaksanakan program Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO melalui persijilan MS ISO 9002:1994 yang diperolehinya pada 14 Disember 2000.


Bagi memastikan pelaksanaan SPK dilaksanakan secara berkesan, kerajaan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 2/2002 untuk memberi penerangan dan garis panduan bagi membantu agensi melaksanakan SPK MS ISO bagi versi 2000. ANM telah mengambil inisiatif dalam melaksanakan  SPK MS ISO 9001:2000 dengan mendapatkan persijilan pada tahun 2004 dan persijilan semula pada Disember 2007. Skop persijilan bagi kedua-dua versi SPK MS ISO ANM adalah Perolehan dan Pemeliharaan Fail-Fail Rasmi Kerajaan. Skop ini meliputi proses utama dalam pengurusan rekod dan arkib.


Oleh kerana skop yang dilaksanakan dalam kedua-dua versi SPK MS ISO hanya melibatkan satu jenis bahan sahaja, ANM telah bersetuju untuk memperluaskan skop yang sedia ada kepada skop baru iaitu Pengurusan Rekod dan Pentadbiran Arkib Awam. Dalam skop baru ini, ia akan melibatkan pertambahan prosedur proses yang baru dan merangkumi keseluruhan jenis rekod awam dan arkib awam yang diterima dan disimpan di ANM.


Selaras dengan pemakaian ISO 9001:2008 di peringkat antarabangsa pada 13 November 2008, ANM juga telah mengambil inisiatif melaksanakan pemakaian versi ini. Versi 2008 yang diperkenalkan tidak melibatkan banyak perubahan kepada standard yang sedia ada dan hanya membuat penambahan kepada proses 'outsourcing'; latihan bagi meningkatkan kecekepan; persekitaran kerja termasuk fizikal dan alam sekitar; dan pengukuran proses berfokus kepada keberkesanan.

Pelaksanaan kepada pemakaian versi dan skop baru ini dijangka dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2009 di mana ia akan melibatkan 19 seksyen dan 35 Prosedur Kualiti yang terdiri daripada Manual Kualiti, Prosedur Wajib, Prosedur Operasi dan Prosedur Sokongan.

 

Dipetik dari : http://www.arkib.gov.my/home


AHLI KUMPULAN:

ELENA ROZELLA JARID A133873

FATIN SYAHIRAH HASAN RIJAL A133952


No comments:

Post a Comment