Monday, February 14, 2011

Q5 Perubahan Anugerah Kualiti Perdana Menteri

Perubahan Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM)

Anugerah Kualiti Perdana Menteri yang diperkenalkan pada 9 November 1990 adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada organisasi-organisasi sektor awam, sektor sosio-ekonomi dan sektor swasta yang telah berjaya mencapai tahap pengurusan kualiti yang cemerlang daripada berbagai-bagai jurusan. Pemberian Anugerah ini merupakan asas yang penting dalam mewujudkan suasana yang dapat menyemarakkan budaya kerja cemerlang yang berteraskan kualiti. Semenjak tahun 1990 apabila Anugerah ini diperkenalkan, sebanyak 123 pencalonan telah diterima daripada sektor awam, 83 pencalonan daripada sektor sosio-ekonomi dan 102 pencalonan daripada sektor swasta. Semuanya ini membuktikan bahawa pelaksanaan Anugerah Kualiti Perdana Menteri telah berjaya meningkatkan kesedaran tentang kualiti di kalangan anggota- anggota Perkhidmatan Awam. Yang amat menggalakkan ialah kemunculan semakin banyak organisasi-organisasi baru atau yang cemerlang dalam pengurusan kualiti. Hasilnya telah dapat dilihat dari segi peningkatan kecekapan dan produktiviti di samping menjimatkan kos operasi.

Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2010 menggantikan Anugerah Kualiti Perdana Menteri yang telah diperkenalkan sejak 1990. Pencapaian prestasi cemerlang oleh agensi sektor awam diberi pengiktirafan melalui Program Anugerah Kualiti Sektor Awam (AKSA) yang telah diamalkan sehingga 2009. Program AKSA yang merangkumi Anugerah Kualiti Perdana Menteri serta anugerah-anugerah bagi tujuh bidang pengurusan khusus telah digantikan dengan struktur pengiktirafan baru bagi sektor awam berdasarkan keputusan Mesyuarat Panel Pemantauan Penyampaian Perkhidmatan (Panel 3P) Bilangan 4 Tahun 2010 pada 14 Julai 2010. Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) diperkenalkan mulai 2010 sebagai anugerah sektor awam yang terunggul dan berprestij bagi mengiktiraf penghasilan inovasi yang benar-benar signifikan dan berimpak tinggi. Pewujudan AIPM juga akan membolehkan Kerajaan memberi pengiktirafan kepada inovasi yang menyeluruh atau menyumbang kepada penghasilan ekonomi negara berpendapatan tinggi.

Selaras dengan agenda transformasi negara yang berpaksikan inovasi dan kreativiti, struktur baru tersebut merangkumi dua peringkat pengiktirafan seperti berikut: Peringkat pertama  - Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) sebagai anugerah terunggul dan berprestij bagi mengiktiraf penghasilan inovasi yang signifikan dan berimpak tinggi; dan

Peringkat kedua - Anugerah Inovasi bagi mengiktiraf penghasilan inovasi bagi empat bidang pengurusan iaitu kategori Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Pengurusan Kewangan, Pengurusan Pentadbiran Daerah dan Tanah, dan Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan. 



LEOW CHOW JOO
KHAW WENG CHUNG
CHAI KAR YI
KIO YEE PENG
LEE KEAN KEAN

No comments:

Post a Comment