Thursday, January 20, 2011

Kumpulan Zero Defects - Tokoh terhebat (Kaoru Ishikawa)

Pada pendapat kumpulan kami, Kaoru Ishikawa adalah tokoh yang terhebat antara tokoh-tokoh kualiti yang telah dibincangkan. Beliau merupakan seorang professor di Jepun universiti dan orang pertama yang memulakan kumpulan kualti (QC) di Jepun pada tahun 1962. Beliau mentakrifkan kualiti sebagai memenuhi kehendak pelanggan, dimana beliau mengetahui kepentingan kualiti bagi kehendak pelanggan. Jika kualiti tidak diutamakan seperti kehendak pelanggan, maka kualiti dihasilkan akan kehilangan maknanya yang sebenar. Beliau juga bertanggungjawab memujuk pihak pengurusan atasan di Jepun untuk memberi autonomi kepada kumpulan kualiti untuk menyelesaikan masalah, tindakan tersebut telah membangunkan ekonomi Jepun. Hal ini kerana pada masa tersebut, ekonomi Jepun mengalami kemelesetan disebabkan berlakunya Perang Dunia Kedua.

            Selain itu, beliau sentiasa didedikasikan untuk melayani masyarakat daripada melayani dirinya sendiri. Hal ini menyebabkan kumpulan kita berasa sumbangan beliau sangat dihargai. Dengan itu, beliau juga merupakan pakar pertama yang memberikan tumpuan kepada pelanggan dalaman dan pelanggan luaran. Dengan takrifan beliau adalah memenuhi kehendak pelanggan, dimana beliau mengkategorikan jenis pelanggan sebagai dalaman dan luaran. Tindakan tersebut supaya lebih senang dianalisis bagi pelanggan masing-masing dan mudah lebih ditumpukan supaya kepuasan pelanggan dapat dicapai kepuasan yang maksimum.

            Di samping itu, di antara usaha beliau untuk meningkatkan kualiti adalah Persidangan tahunan kawalan kualiti untuk Top pengurusan dan beberapa buku tentang pengendalian mutu. Beliau juga terlibat dalam kegiatan antarabangsa. Antaranya, buku-buku yang ditulis oleh beliau sangat dikagumi oleh kumpulan kita. Hal ini kerana falsafah beliau boleh diringkaskan seperti berikut :

  1. Kualiti bermula dan diakhiri dengan pendidikan.
  2. Langkah pertama dalam kualiti adalah untuk mengetahui keperluan-keperluan pelanggan.
  3.  Keadaan ideal kawalan kualiti adalah ketika pemeriksaan kualiti tidak lagi diperlukan.
  4.  Lepaskan akar penyebab, bukan gejala.
  5. Kawalan kualiti adalah tanggung jawab semua pekerja dan semua bahagian.
  6.  Jangan bingung dengan objektif.
  7. Kualiti diutamakan dan menetapkan pemandangan anda pada tujuan jangka panjang.
  8. Pemasaran adalah pintu masuk dan keluar dari kualiti.
  9. Pengurusan atasan tidak harus menunjukkan marah apabila fakta-fakta disajikan untuk bawahan.
  10. Nine puluh lima peratus masalah dalam syarikat dapat diselesaikan oleh "seven tools of quality".
  11. Data tanpa penyebaran maklumat merupakan data yang palsu.

 

Mengikut falsafah beliau, kumpulan kita  lebih jelas makna kualiti dan kualiti tidak hanya bermaksud kualiti produk sahaja, tetapi juga terlibat selepas jualan, pengurusan kualiti, kaliti organisasi dan pembentukan manusia.

Salah satu kejayaan beliau adalah memperkenalkan gambarajah Sebab –Akibat (Rajah Tulang –ikan ) bagi membolehkan penggunanya melihat semua sebab yang mungkin bagi sesuatu kejadian (akibat ) dan seterusnya membolehkan penyelesaian dibuat.

 

Rajah Tulang–ikan diklasifikasikan kepada faktor berbeza yang boleh mempengaruhi keputusan akhir dalam kumpulan-kumpulan seperti :

                    i.            Orang : orang-orang yang terlibat dalam proses

                  ii.            Kaedah : Bagaimana proses dilakukan dan syarat-syarat khusus untuk melakukannya, seperti polisi, prosedur, peraturan, peraturan-peraturan dan undang-undang

                iii.             Mesin: Setiap peralatan, komputer, alat dll yang diperlukan untuk menyelesaikan pekerjaan.

                iv.            Material: Bahan material,  pen, kertas, dll digunakan untuk menghasilkan produk akhir

                  v.            Pengukuran: Data yang dihasilkan daripada proses yang digunakan untuk menilai kualiti

                vi.              Persekitaran : Keadaan, seperti tempat, masa, suhu, dan budaya di mana proses beroperasi

 

Diagram tersebut telah menjelaskan sebab, akibat dan cara penyelesaian. Ini bukan sahaja dapat memudahkan bagi pengguna melihat secara keseluruhannya. Hal ini demikian, diagram yang diperkenalkan oleh beliau telah membantu banyak bagi generasi yang seterusnya .

            Secara ringkasnya, sumbangan beliau begitu banyak dalam perkembangan kualiti di peringkat dunia. Dengan diagram Tulang-ikan yang diperkenalkan, kumpulan kita berpendapat bahawa diagram tersebut adalah sangat banyak membantu pengguna dimana kepuasan pelanggan dapat dimenuhi, dengan itu kualiti dapat dicapai dengan sepenuhnya .


Tutorial 3 - Kumpulan Zero Defects

  1. Lee Chin Foo              A122133
  2. Too Seng Choon         A122681
  3. Khor Shu Wen            A122798
  4. Teo Pi Fang                A125859
  5. Vivian Soon Li Hui       A125921


No comments:

Post a Comment