Wednesday, March 2, 2011

Kumpulan ISO-Carta aliran bagi Aktiviti Pencucian baju di Pressto Asia Sdn Bhd

Carta aliran bagi Aktiviti Pencucian baju di Pressto Asia Sdn Bhd

Pressto Asia Sdn Bhd merupakan syarikat dobi dan cucian kering yang terbesar di dunia dengan mempunyai lebih 500 buah kedai yang beroperasi di lebih 20 buah negara pada hari ini. Kedai dobi ini memasuki pasaran Malaysia secara besar-besaran sejak tahun 2006 dan telah mempunyai sembilan cawangan di Malaysia. Syarikat Pressto Asia menawarkan pelbagai perkhidmatan iaitu Cucian Basah, Cucian Kering, Gosokan, Alternatif Pembaikan dan Pembungkusan.


            Carta alir bagi Pressto Asia Sdn Bhd telah ditunjuk di atas. Sebelum mula bekerja, pekerja akan diberikan briefing tentang cara meningkatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan dimana meningkatkan kepuasan pelanggan. Pada awalnya, pekerja akan melayani dan bertanya khabar kepada pelanggannya dengan mesra dan mengisikan butiran pelanggan dalam Pos System. Pekerja akan mengesah dan memeriksa sama ada maklumat yang diberi oleh pelanggan adalah sama dengan rekod yang telah direkod dalam Pos System atau tidak. Sekiranya mendapati maklumat yang dberi adalah tidak betul bagi pelanggan lama ataupun tidak lengkap bagi pelanggan baru, maka pekerja akan mendapat maklumat lanjutan daripada pelanggan dan membuat pengesahan maklumat tersebut semula. Setelah mengesahkan maklumat tersebut, pekerja akan mengemaskinikan maklumat tersebut dalam Pos System dan boleh menjalankan proses seterusnya.

Sekiranya pengesahan dan pemeriksaan maklumat pelanggan adalah betul, maka pekerja boleh menjalankan proses pengelasan. Pekerja mengasingkan pakaian tersebut kepada beberapa kumpulan seperti baju kemeja, baju T, seluar atau lain-lain serta memisahkan warna pakaian sebelum mencuci. Pekerja juga akan memisahkan pakaian mengikut warna pakaian iaitu warna gelap seperti hitam dan warna muda seperti putih, warna meda muda dan warna merah. Selepas itu, pekerja akan membasuh pakaian mengikut warna pakaian yang telah dikelaskan. Warna yang sama seperti warna gelap akan dicuci bersama. Pekerja akan menentukan pakaian yang telah dikelaskan itu kepada 2 jenis cucian iaitu wet wash atau dry clean. Wet wash merupakan pembasuhan dengan menggunakan air manakala dry clean merupakan pembasuhan dengan mengunakan bahan kimia.

               Selepas pengkelasan baju mengikut kumpulan, pekerja akan mengeluarkan kumpulan pakaian yang mahal dan tidak boleh menjalankan Wet wash untuk menjalankan proses Spotting atau Pre-brushing. Sebelum spotting, pekerja akan memastikan pakaian tersebut tidak mangalami color run. Pekerja dilatih untuk mengesan dan mengeluarkan kotoran dengan berhati-hati supaya tidak merosakkan fiber pakaian. Selepas membuat spotting, pekerja akan mencuci pakaian tersebut selama 1 jam.

Selepas itu, proses pembasuhan akan dijalankan. Pekerja akan membasuh pakaian mengikut warna pakaian yang telah dikelaskan. Warna yang sama seperti warna gelap akan dicuci bersama. Setelah pakaian telah dibasuh, pekerja akan menggantung pakaian yang telah bersih untuk dikeringkan dan digosok. Sebelum menggosok, pekerja akan memeriksa kotoran telah dibersihkan atau tidak. Sekiranya kotoran tersebut masih berada di pakaian, pekerja akan mencuci semula pakaian tersebut dengan menggunakan tangannya.

        

        Selepas itu, pakaian akan digantung dengan baik untuk proses pemeriksaan kualiti. Biasanya, pengurus kedai tersebut akan menjalankan pengawalan kualiti. Tujuan pengawalan kualiti adalah memastikan pakaian yang dihantar balik mematuhi kualiti yang baik dan standard. Sekiranya terdapat kualiti yang tidak lulus, pakaian tersebut akan digosok semula dan seterusnya memeriksa semula sama ada ia mematuhi kualiti atau tidak.

Setelah pemeriksaan kualiti tersebut adalah dalam keadaan yang lulus, maka pekerja akan mula membungkus pakaian tersebut. Pressto Asia Sdn Bhd mempunyai mesin untuk membuat pembungkusan. Mesin ini boleh membantu pekerja menjimatkan masa dan tenaga serta ia boleh meningkatkan imej syarikat bahawa perkhidmatannya adalah dalam keadaan yang cekap dan berkesan.

       Setelah semua pakaian telah siap dibungkus, pekerja akan memulangkan pakaian kepada pelanggan. Pekerja boleh memulangkan pakaian pelanggan melalui perkhidmatan penghantaran ke rumah pelanggan ataupun menelefon pelanggan untuk memungut pakaian mereka. Pekerja akan mengira bilangan pakaian sebelum mengembalikannya kepada pelanggan bagi memastikan bilangan pakaian sama dengan kuantiti yang dihantar oleh pelanggan sebelum ini. Tujuan tindakan ini adalah membolehkan syarikat mempunyai prestasi dan imej yang baik bahawa perkhidmatan yang ditawarkan adalah berkualiti.

No comments:

Post a Comment