Wednesday, January 26, 2011

Fw: KEPIMPINAN MELALUI TELADAN


 
AtEeN~


----- Forwarded Message ----
From: Fatin Syahirah <reramafanz@yahoo.com>
To: ayahlong_azm.kualiti@blogger.com
Cc: pensyarah2313@gmail.com
Sent: Wednesday, 26 January 2011 22:30:06
Subject: KEPIMPINAN MELALUI TELADAN


Kepimpinan Melalui Teladan

Pada 19 Mac 1983, konsep Kepimpinan Melalui Teladan diperkenalkan. Tujuan kempen ini adalah untuk menanam dan memupuk sifat-sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi, dihayati dan diamalkan oleh segenap lapisan rakyat Malaysia. Matlamat kempen ini pula adalah untuk meningkatkan produktiviti dan mengamalkan perkhidmatan yang bersih, cekap dan amanah. Kepimpinan Melalui Teladan adalah satu dasar yang bertujuan mengubah sikap untuk mencapai dan memperkukuhkan nilai-nilai bagi mempertingkatkan etika kerja dan daya pengeluaran negara. Ia selaras, seimbang den berdamping dengan dasar-dasar lain seperti Dasar Pandang Ke Timur, Bersih, Cekap dan Amanah dan penerapan nilai-nilai islam dalam pentadbiran.


Wujudnya konsep khalifah dalam Tamadun Islam sudah cukup menggambarkan betapa pentingnya aspek kepimpinan dalam tamadun manusia. Kepemimpinan adalah suatu seni. Untuk itu pemimpin perlu mengenal watak orang-orang yang dipimpinnya. Dari situlah dia dapat memainkan seni kepemimpinan dengan mengadakan pendekatan-pendekatan tertentu secara individu dan secara kelompok, mengetahui bahawa sikap manusia itu berpunca daripada kepentingan diri. Maka apabila pemimpin pandai memainkan seninya, menyentuh kepentingan orang-orang yang dipimpinnya, dia akan mendapat reaksi yang baik. Sebagai contoh yang paling ideal, Nabi Muhammad SAW mempunyai strategi dan pendekatan yang tersendiri dalam memimpin kerajaan Islam suatu masa dahulu. Sabda  Rasulullah s.a.w  "Setiap dari kamu  adalah pemimpin  dan setiap  pemimpin  akan  ditanya mengenai  kepimpinannya". Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. adalah dengan melakukan sesuatu lebih baik daripada orang lain. Baginda menyuruh orang lain sembahyang lima kali sehari, sedangkan dia sendiri berbuat lebih daripada itu. Baginda menyuruh orang lain berpuasa sebulan dalam setahun, sedangkan dia saban hari berpuasa. Ini adalah contoh-contoh teladan yang sangat baik yang sepatutnya diamalkan oleh semua orang.


Dalam komuniti keluarga salah satu amalan terbaik dalam mendidik anak anak ialah untuk memimpin mereka menerusi teladan dan penglibatan mereka bersama dengan ibubapa.Teladan adalah sangat penting bagi semua pemimpin, samada pemimpin negara atau pemimpin keluarga kerana ini menjadi ikutan kepada anak anak dan lain lain ahli keluarga ataupun rakyat jelata bagi mengikuti pemimpin negara.Oleh itu salah satu ciri terpenting bagi pemimpin ialah akhlak yang baik, peribadi yang baik, kelakuan yang baik, percakapan atau pertuturan yang lunak dan juga mempunyai prinsip atau etika dalam kehidupan serta mempunyai sifat sifat kasih sayang dan juga seorang yang pemaaf.


Anak anak  biasanya akan melihat atau mengikut jejak langkah ibubapa mereka dalam banyak perkara samada cara mereka berkelakuan ataupun percakapan mereka, budi bahasa mereka dan juga dari segi amalan dan budaya mereka.Kalau ibubapa tidak sembahyang misalnya tentulah sukar untuk kita hendak mengajar atau menyuruh anak anak kita bersembahyang.Jika ibubapa misalnya seorang pemabuk atau suka main judi, macam mana kita hendak mencegah anak anak kita daripada kemungkaran tersebut.Seorang bapa yang tidak berpuasa sukar untuk menyuruh anaknya berpuasa.Oleh itu sebagai seorang ibubapa, kita mesti lihat atau nilai diri sendirisamada kita kurang mencukupi sifat atau ciri-ciri akhlak yang baik.Cuba perbaikki diri sendiri dahulu sebelum kita dapat memupuk nilai nilai yang baik, akhlak yang baik dan tabiat yang baik terhadap anak anak.Saya dapati setakat menyuruh anak sahaja untuk membuat sesuatu, tidak mencukupi.Apa yang penting ialah untuk melibatkan mereka dalam apa sahaja aktiviti yang mana kita fikirkan sesuai untuk anak anak.


Pemimpin yang baik, bukan semata-mata orang yang boleh buat kerja banyak. Bukan yang boleh bekerja pantas. Tetapi, orang yang mampu merancang dan mengatur gerak kerja dan mampu menggerakkan orang bawahan untuk komitmen dalam kerja yang diberikan. Pemimpin bukan orang yang perlu buat semua kerja, tapi orang yang perlu mengagihkan kerja dan sama-sama berganding bahu melkukan kerja-kerja tersebut.


Sifat Positif sebagai teladan

ü  Kesederhanaan dalam tindakan dan tuturkata

ü  Wawasan dan strategi yang jelas

ü  Berakhlak tinggi

ü  Bersih hati, fikiran dan tindak tanduk

ü  Sentiasa memperbaiki diri dan membangunkan diri sendiri

ü  Berhemah tinggi berwibawa dan tegas dalam melaksanakan tugas


"If you want a quality, act as if you already had it."


Nama kumpulan: 

ElSya


Ahli kumpulan :

Elena Rozella Jarid

Fatin Syahirah Hasan Rijal



1 comment:

  1. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan

    Bermain Poker Online di www , SmsQQ ,

    com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player -

    Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika

    Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan

    Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara

    lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun -

    AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi

    Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com


    bosku minat daftar langsung aja bosku^^

    ReplyDelete