Wednesday, March 2, 2011

Kumpulan Q5 - Carta Aliran PPUKM












Proses ini dimulakan dengan pesakit jatuh sakit dan kemudiannya meminta rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).  Rawatan boleh diperolehi melalui temu janji (appointment) dengan pihak poliklinik ataupun 'walk-in' pada masa pengoperasian klinik. Pesakit yang telah melakukan temu janji harus hadir pada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan sebarang penyakit sampingan.  Tindakan seterusnya adalah pendaftaran. Pendaftaran boleh dilakukan kepada tiga  jabatan yang berbeza, antaranya ialah Klinik Am Rawatan Primer, Klinik Khas dan Jabatan Kecemasan. Jabatan Kecemasan adalah beroperasi 24 jam tanpa rehat.

Pilihan boleh dibuat sama ada menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia ataupun menerima rawatan di klinik yang lain. Jika pesakit membuat keputusan untuk tidak menerima rawatan di PPUKM maka pesakit boleh menerima rawatan di Pusat Perubatan Primer ataupun menerima rawatan di klinik yang berdekatan. Sebaliknya, jika pesakit memilih untuk menerima rawatan di PPUKM maka terdapat dua proses yang perlu dilalui.

Jika pesakit merupakan pesakit lama, maka fail maklumat pesakit boleh diperolehi dari Unit Rekod Perubatan ataupun dari lokasi yang berkenaan. Fail maklumat pesakit disimpan mengikut abjad nama pesakit maka hanya merujuk kepada abjad nama pesakit dan fail pesakit adalah mudah untuk dicapai. Setelah fail pesakit diperolehi, pendaftaran komputer dilakukan.  

Sebaliknya, jika pesakit merupakan pesakit baru, pesakit dikehendaki mengisi borang maklumat pesakit. Pesakit dikehendaki membawa kad pengenalan untuk membuat pendaftaran dan mengisi borang maklumat pesakit. Maklumat yang diperlukan semasa pendaftaran dan pengisisan borang maklumat pesakit termasuk nama, alamat, nombor telefon, nama keluarga terdekat dan sebagainya. Setelah pesakit telah siap mengisi borang maklumat, pembantu klinik akan membuka fail rekod perubatan pesakit baru.

Fail rekod perubatan dibuka bersertakan  kad temu janji. Kad temu janji digunakan untuk membuat temu janji dengan pihak pusat perubatan (PPUKM) dan memudahkan pesakit membuat rawatan susulan dengan pihak pusat perubatan (PPUKM).  Setelah fail rekod perubatan dibuka berserta dengan kad temu janji, pihak perubatan akan melakukan pendaftaran komputer. Semua data yang berkaitan pesakit akan dimasukkan dalam pengkalan data pesakit dan memudahkan pencarian maklumat pesakit.

Pendaftaran dilakukan dengan  rekod pendaftaran dan juga daftar farmasi.  Setelah pendaftaran komputer dilakukan, pesakit akan diberi nombor giliran dan menunggu giliran di tempat menunggu untuk menerima rawatan. Nombor giliran diberi untuk mengelakkan kekeliruan dan juga bertujuan untuk mengelakkan pesakit yang lain mengambil kesempatan untuk memotong barisan.

Apabila sampai giliran pesakit, pesakit akan menerima pemeriksaan doktor. Doktor di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) merupakan pakar yang professional rawatan yang sesuai akan diberikan berdasarkan penyakit yang dihadapi oleh pesakit.  Rawatan akan diberikan berdasarkan tahap kesakitan pesakit yang dihidapi. Jika pesakit mengalami penyakit yang kronik ataupun penyakit yang serius akan diberikan rawatan terlebih dahulu berbanding dengan pesakit yang menghidapi penyakit yang kurang serius. 

Setelah doktor melakukan pemeriksaan, preskripsi ubat akan diberikan kepada pesakit. Pihak pusat perubatan akan memberikan ubat kepada pesakit berdasarkan preskripsi ubat yang diberikan. Selain pesakit yang akan diberikan preskripsi ubat, doktor yang bertanggungjawab juga akan menasihat pesakit rujuk kepada klinik pakar atau unit sokongan lain seperti Unit Fisioterapi di PPUKM ataupun hospital tertiary lain tetapi ia juga harus berdasarkan permintaan pesakit. Temu janji akan diberikan jika pesakit memerlukan rawatan susulan di PPUKM.

Proses pendaftaran pesakit poliklinik warga PPUKM berakhir dengan pengambilan ubat.


2 comments:

  1. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan

    Bermain Poker Online di www , SmsQQ ,

    com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player -

    Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika

    Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan

    Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara

    lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun -

    AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi

    Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com


    bosku minat daftar langsung aja bosku^^

    ReplyDelete
  2. Mascot Lodge Casino & Hotel in Ridgefield, Washington - Mapyro
    Find 여주 출장안마 reviews and information for 김포 출장마사지 Mascot 충청남도 출장샵 Lodge Casino & Hotel in 군산 출장마사지 Ridgefield, Washington, including current 광양 출장샵 room rates, online booking and online

    ReplyDelete