Tuesday, January 25, 2011

KUMPULAN Q5 - SIRIM dan DSM

SIRIM (Standards and Industrial Research Institute of Malaysia)

Pada tahun 1966, selari dengan usaha mempercepatkan pembangunan industri Malaysia, Menteri Perdagangan dan Industri telah menubuhkan Lembaga Standard Malaysia (SIM). Pada tahun 1974, SIM digabungkan dengan National Institute for Scientific and Industrial Research (NISIR) untuk membentuk Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM). Kesan daripada keputusan ini SIRIM ditubuhkan sebagai sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar oleh SIRIM (Incorporation) Act, 1975 yang berkuat kuasa mulai 15 September 1975.  Dengan penggabungan ini, SIRIM dilengkapi lebih baik untuk memperluaskan skop operasinya selaras dengan kemajuan sector perindustrian yang pesat di Malaysia.

Selari dengan persekitaran yang sentiasa berubah – ubah pindaan dibuat terhadap SIRIM (Incorporation) Act yang berkuatkuasa mulai 24 Julai 1993. Pindaan ini membolehkan SIRIM untuk melakukan operasi komersial melalui pembentukan usahasama atau anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya. SIRIM yang sebelumnya dianggotai oleh 24 ahli Dewan kini digantikan dengan 13 ahli yang mana enam daripadanya adalah daripada sektor awam dan tujuh daripada sektor swasta. Struktur lembaga pengarah SIRIM yang baru membolehkan akauntabiliti dan keefisyenan yang lebih baik disamping memperkukuhkan lagi hubungan SIRIM dengan sektor perindustrian. Pada 1 September 1996, SIRIM diperbadankan dan kemudiannya dikenali sebagai SIRIM Berhad. SIRIM Berhad ditubuhkan selaras dengan peruntukan dalam Akta Syarikat 1965 dan diamanahkan dengan semua hak dan kewajipan SIRIM.

SIRIM Berhad adalah sebuah badan milikan kerajaan di bawah kawalan Kementerian Kewangan. Dengan pengalaman dan kemahiran yang lebih daripada empat puluh tahun sebagai pusat pembangunan dan penyelidikan teknologi, SIRIM merupakan badan jaguh kualiti di negara kita. Objektif utama SIRIM adalah untuk mencari dan mengembangkan teknologi baru bagi membantu perniagaan - perniagaan di Malaysia untuk bersaing dengan sengit melalui kualiti dan inovasi.

SIRIM diiktiraf sebagai organisasi global yang melakukan penyelidikan dan pembangunan standard di seluruh dunia. SIRIM bukan sahaja merupakan salah satu daripada sembilan ahli pengasas Global Research Alliance (GRA) tetapi juga pernah bekerjasama dengan organisasi – organisasi teknologi terkemuka daripada sembilan negara di empat benua yang berlainan. SIRIM komited untuk mengembangkan rangkaian pengetahuan global untuk industri dan sektor industri untuk meningkatkan daya saing mereka. Selain itu, SIRIM juga merupakan sekretariat World Association of Industrial and Technological Organisations (WAITRO), iaitu sebuah persatuan bebas yang terdiri daripada organisasi penyelidikan industri yang ditubuhkan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dengan keahlian seramai 160 ahli di 80 negara.

Sebagai badan pembangunan standard negara, SIRIM memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan standard antarabangsa. Fungsi SIRIM adalah untuk menyelaraskan penyertaan negara kita dalam aktiviti penetapan standard antarabangsa. Sehingga kini, Malaysia merupakan ahli di dalam lebih dari lapan puluh Jawatankuasa Teknikal ISO. SIRIM juga bertindak sebagai agen pemeriksaan di negara Malaysia untuk lebih daripada 20 lembaga pensijilan asing yang berkaitan dengan penilaian kesesuaian untuk barang – barang eksport Malaysia.

 

DSM (Department of Standard Malaysia)

Pada 28 Ogos 1996, Department of Standard Malaysia atau DSM ditubuhkan iaitu sebuah badan standard dan akreditasi negara yang ditubuhkan kesan daripada pemerbadanan SIRIM bagi memainkan peranan sebagai badan yang mengawal standard dan akreditasi negara. Objektif DSM adalah untuk mempromosi standard negara, mengurus akreditasi negara mengikut amalan antarabangsa, mengekalkan kredibiliti, integriti dan kecekapan sistem standard dan akreditasi negara serta menjaga kepentingan Malaysia di peringkat negara dan antarabangsa dalam bidang standard dan akreditasi.

Jabatan Standard Malaysia bertanggungjawab untuk memproses kesemua aplikasi untuk tujuan akreditasi dan menyerahkannya kepada Ketua Pengarah untuk diluluskan dan mengeluarkan sijil – sijil akreditasi. Ketua Pengarah DSM melapor terus kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi melalui Setiausaha Agung Kementerian. Ketua Pengarah DSM dibantu oleh Pengarah Akreditasi dalam pengurusan aktiviti akreditasi seharian.

DSM lazimnya adalah terbuka kepada masyarakat umum dan mana – mana pemohon tidak kira sama ada badan tempatan atau syarikat asing boleh membuat permohonan di DSM dengan syarat mereka memenuhi syarat-syarat akreditasi yang telah ditetapkan dan diterbitkan oleh DSM. Perkhidmatan akreditasi DSM adalah adil dan tidak diskriminasi terhadap mana – mana pihak. Syarat - syarat, dasar dan prosedur akreditasi yang terlibat adalah sama dan seragam untuk semua badan pemohon tidak kira jenis badan bersekutu atau jenis pemilikan seperti organisasi swasta atau organisasi milik kerajaan.

 Umumnya, DSM akan melakukan ujian terperinci terhadap prosedur pemohon yang didokumenkan untuk memastikan bahawa ia memenuhi kriteria dan syarat-syarat yang diterbitkan. DSM juga akan mendapatkan juru penilai kualiti yang bertauliah untuk melakukan penilaian di tempat pemohon.  Keputusan pemberian akreditasi adalah berdasarkan kepada laporan penilaian yang dinilai oleh suatu Panel Penilaian atau dikenali sebagai Review Evaluation Panel. Keputusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah adalah bersandarkan kepada keputusan akreditasi yang dibuat oleh  Panel Penilaian. Kebebasan sistem akreditasi DSM adalah terjamin di setiap  peringkat, iaitu, peringkat strategik dan polisi, peringkat keputusan dan akhir sekali peringkat penilaian.

 

Ahli Kumpulan:

Lee Kean Kean

Khaw Weng Chung

Leow Chow Joo

Kio Yee Peng

Chai Kar Yi



URL: http://www.sirim.my/, http://www.standardsmalaysia.gov.my/accreditation.php

2 comments:

  1. SST pulak, apa tu??
    http://www.sst.com.my/

    ReplyDelete
  2. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www , SmsQQ , com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www , SmsQQ , com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com


    bosku minat daftar langsung aja bosku^^

    ReplyDelete