Saturday, January 22, 2011

Kumpulan ISO- Tokoh terhebat (Joseph M. Juran)

Kumpulan ISO- Tokoh terhebat (Joseph M. Juran)

1.0  Sejarah Hidup

 

Joseph Juran dilahirkan pada 1904 di Romania. Beliau berpindah ke Amerika selepas 5 tahun. Pada tahun 1924, beliau memperolehi Ijazah Kejuruteraan Elektrik dan PhD. Pada tahun 1981, Juran dianugerahkan oleh negara Jepun dengan pingat "The Second Medal" seperti yang diperolehi oleh Deming pada tahun 1960. Juran seterusnya memberi sumbangan kepada Jepun dengan memiliki lebih maklumat berkenaan dengan kualiti berbanding dengan negara yang lain. Beliau juga mengeluarkan satu siri videotapes yang berjudui, "Juran on Quality" melalui Juran Institute di Wilton, Amerika Syarikat. Pada tahun 1954, Beliau telah mengarang sebuah buku klasik yang berjudul "Quality Control Handbook" . Buku tersebut masih digunakan sebagi rujukan utama yang standard oleh pengurus-pengurus kualiti pada masa kini. Pada awal tahun 1928, Juran juga menulis sebuah risalah "Statistical Methods Applied to Manufacturing Problems". Selepas peperangan, beliau telah terkenal sebagai ahli teori bagi bidang statistik dan kejuruteraan perindustrian. Selain itu, Juran telah dipelawa oleh Kesatuan Jurutera dan Saintis Jepun (JUSE) untuk memberi pengajaran dan ceramah kepada mereka tentang tanggungjawab pihak pengurusan dalam meningkatkan kualiti. Daripada pencapaian dan sumbangan yang telah dibuat, Juran mendapat suatu pujian yang besar daripada tokoh kualiti, Deming dengan katanya, " His masterful teaching gave Japanese management new insight into management's responsibility for improvement of quality and produktivity".

 

Jepun sering dikenalikan sebagai negara yang berkualiti tinggi dan maju di seluruh dunia. Rupa-rupanya pada awal-awal tahun, mereka telah dilatih secara ektensif dalam kaedah statistik. Mereka memahami peranan pengurusan amat penting dalam kualiti. Oleh itu, orang Jepun mementingkan kualiti dalam produk malahan kehidupan mereka.


2.0  Mengapa Joseph Juran dipilih sebagai tokoh yang paling hebat

 

Joseph M.Juran banyak memberi sumbangan dalam bidang pengurusan kualiti dalam kerja lebih daripada 70 tahun secara aktif dan tidak pernah berputus asa.  Buku beliau, " The Quality Control Handbook"  telah memberi panduan yang amat berguna kepada masyarakat terutamanya pihak pengurusan kualiti sebagai rujukan klasik kepada standard kualiti.

 

 Beliau boleh dikatakan sebagai tokoh kepada orang Jepun pada masa kini disebabkan beliau telah merevolusikan falsafah dalam pengurusan kualiti dan dengan usahanya telah membantu ekonomi Jepun menjadi pemimpin industri pada masa kini.  Di samping itu, Dr. Juran merupakan tokoh yang pertama menggabungkan aspek manusia dalam pengurusan kualiti yang dirujuk sebagai Total Quality Management di mana manusia merupakan aspek yang paling penting untuk menentukan standard kualiti.

 

Dr Juran telah mengutarakan 10 langkah untuk dijadikan panduan kepada pengurus kualiti supaya mencapai matlamat. Langkah- langkah ini adalah ditujukan ke arah pembaikan kualiti. Oleh itu, pencapaian kualiti bukan sahaja suatu benda yang abstrak dan susah untuk mencapai.

 

Joseph M.Juran dipilih sebagai tokoh yang hebat atas sumbangan yang telah dibuat kepada masyarakat dan beliau amat dikagumi dalam masyarakat sekarang terutamanya dalam pengurusan kualiti. Kualiti merupakan suatu pengukuran prestasi bagi setiap organisasi. Dengan memahami falsafah Juran, kami percayai bahawa manusia adalah lahir dengan kecenderungan untuk bekerja secara inovatif dan kreatif.

 

 

3.0  Falsafah Juran

Kualiti merujuk kepada ciri sesuatu produk di mana ia dapat memenuhi kehendak pengguna dan kepuasan pengguna. Kualiti juga boleh dikatakan sebagai sesuatu yang bebas daripada kekurangan atau kesilapan.

Menurut Juran, beliau percaya bahawa sesebuah organisasi dapat mengendalikan langkah ke arah kualiti. Ini dapat dibuktikan dalam Trilogi Juran. Dalam trilogi Juran, ia telah mengenalpasti 3 aspek yang perlu diarahkan kepada pencapaian kualiti dalam sesebuah organisasi. Antaranya ialah perancangan kewangan menjadi perancangan kualiti, pengawalan kewangan menjadi kawalan kualiti serta pembaikan kewangan menjadi pembaikan kualiti.

I. Perancangan

Menurut Juran, sebelum melaksanakan perancangan, pengurus perlulah mengetahui jurang kualiti yang akan wujud dan cuba mengurangkan jurang tersebut. Jurang kualiti terdiri daripada :

·         Jurang kefahaman (understanding gap) – merujuk kepada kepekaan atau ketidakpekaan terhadap keperluan pelanggan,

·         Jurang rekabentuk (design gap) – merujuk kepada kegagalan menghasilkan produk yang memenuhi permintaan pelanggan,

·         Jurang proses – merujuk kepada produk yang dihasilkan tidak sepadan dengan apa yang telah direkabentuk, dan

·         Jurang operasi dimana is merujuk kepada proses operasi dan kawalan akan menghasilkan kekurangan.

            Setelah memahami jurang-jurang yang mungkin akan berlaku, pengurus organisasi boleh mula melakukan perancangan. Terdapat beberapa langkah ke arah perancangan iaitu :

a)      Melaksanakan projek

-          Pengurus perlu mengenalpasti apakah projek yang hendak dilaksanakan dan seterusnya pengurus haruslah menetapkan matlamat kualiti dengan jelas serta memilih kumpulan kualiti bagi melaksanakan langkah seterusnya.

b)   Mengenalpasti pelanggan

-     Terdapat dua jenis pelanggan dalam sesebuah organisasi iaitu pelanggan luaran dimana ia boleh didapati dari luar organisasi dan pelanggan dalaman dimana ia boleh didapati dalam organisasi.

c)    Menemui keperluan pelanggan

-   Pengurus boleh menemui keperluan pelanggan dengan cara mengumpul maklumat berkaitan dengan keperluan pelanggan, menganalisis dan memberi keutamaan kepada keperluan pelanggan serta mengenalpasti unit pengukuran dan sensors bagi setiap keperluan pelanggan.

d)    Membangunkan produk

  -   Setelah memahami keperluan pelanggan dengan sepenuhnya, pengurus boleh mula mereka bentuk produk yang mana ia dapat memenuhi keperluan pelanggan dengan optimum.

e)    Membangunkan proses

-       Ia merujuk kepada satu set aktiviti yang membantu pekerja operasi mencapai matlamat kualiti produk. Antaranya ialah mengkaji semula matlamat produk, mengenalpasti keadaan operasi, mengumpul maklumat terhadap alternatif proses, memilih ciri-ciri proses dan matlamat dan sebagainya.

 f)   Membangunkan kawalan operasi

-     Pengurus boleh menjalankan kawalan terhadap operasi supaya produk atau perkhidmatan yang ditawarkan adalah bebas daripada kesilapan dengan cara mengenalpasti kaedah kawalan yang hendak dijalankan, melaksanakan pengauditan, melaksanakan pelan kawalan sendiri (self-control) dan penyemakan sendiri (self-inspection) dan sebagainya.

 

II. Kawalan

Kawalan kualiti adalah satu proses pengurusan umum bagi memastikan operasi berjalan lancar dan mengelakkan perubahan yang akan merugikan organisasi. Terdapat 4 jenis kawalan kualiti yang boleh dilakukan oleh pengurus, iaitu :

a) Kawalan Setup

-  Tujuan kawalan ini adalah membolehkan pengurus membuat keputusan sama ada hendak memulakan proses tersebut atau tidak. Proses kawalan ini termasuklah countdown dimana ia menyenaraikan semua langkah yang harus dilakukan supaya proses adalah dalam keadaan sedia , penilaian dimana ia membolehkan pengurus menilai sama ada ia mencapai matlamat organisasi, pengesahan dimana ia membolehkan pengurus mengesah sama ada kriteria telah dicapai atau tidak.

b) Kawalan Running

-  Kawalan jenis ini boleh dilakukan semasa operasi sedang dijalankan. Tujuan kawalan ini adalah membolehkan pengurus membuat keputusan sama ada proses harus diteruskan atau dihentikan.

c) Kawalan Produk

-   Kawalan jenis ini dilakukan setelah sebahagian produk telah dihasilkan. Tujuan kawalan ini adalah membolehkan pengurus menentukan sama ada produk tersebut sepadan dengan standard kualiti  produk yang telah ditetapkan pada awalnya.

 

d) Kawalan kemudahan

-    Pengurus boleh menjalankan kawalan ini ke atas semua peralatan yang digunakan oleh organisasi mereka. Tindakan ini dapat memastikan semua peralatan adalah dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan.

 

 

                 Dalam gambar rajah ini, ia dapat menunjukkan pada awalnya, ia wujudnya pembaziran yang tidak boleh dielakkan. Oleh itu, pengurus haruslah menjalankan kawalan dan pembaikan bagi membaiki keadaan ini. Setelah menjalankan pembaikan, ia dapat mewujudkan prestasi baru iaitu di bahagian zon baru kawalan kualiti.

 

Secara kesimpulannya, Dr Juran sangat hebat kerana beliau adalah profesional dalam bidang kualiti di seluruh dunia. Selain itu, beliau juga merupakan orang yang pertama yang cuba mengira kos kualiti bagi setiap produk yang dihasilkan atau perkhidmatan yang diberikan. Bagi menjayakan kualiti dalam organisasi, beliau menekankan 3 perkara penting iaitu: komitmen dan tindakan dari pengurusan atasan, latihan dalam pengurusan kualiti menyeluruh serta pembaikan kualiti pada kadar berterusan.


Nama Kumpulan: ISO
Ahli-ahli:
Khoo Pei Lu             A122180
Tan Ying Jie             A122648
Kuan Shee Vern       A126709
Lim Ket Onn            A126851

 

No comments:

Post a Comment