Saturday, January 8, 2011

Kumpulan Quality Assurance - Pengalaman yang baik semasa menyambut Hari Natal di sebuah restoran

Pengalaman yang baik semasa menyambut Hari Natal di sebuah restoran

 

Saya berasa: "pengalaman baik membawa kenangan indah yang amat dihargai dalam kehidupan". Terdapat satu peristiwa indah yang membawa pengalaman yang baik dialami oleh saya dan beberapa kawan iaitu berada di sebuah restoran makanan barat pada Hari Natal tahun lepas. Pengalaman yang baik tersebut adalah disebabkan oleh faktor layanan pekerja yang mesra, suasana restoran yang selesa, hiasan dalaman restoran yang unik dan cantik, makanan yang sedap dan  perkhidmatan yang menyeluruh baik.

 

Peristiwa dimulakan dengan sambutan dan layanan mesra pekerja-pekerja restoran tersebut dengan mengucapkan selamat datang dan berserta dengan senyuman yang manis kepada kami semasa melangkah masuk restoran tersebut. Pekerja-pekerja di restoran memakai uniform dan bertopi berwarna merah yang comel untuk menyambut perayaan Hari Natal. Tambahan pula, hiasan dalaman asal restoran yang unik bercampur dengan hiasan-hiasan Hari Natal seperti pokok krismas hijau, riben merah, patung malaikat putih dan loceng mainan emas yang cantik memeriahkan suasana perayaan Hari Natal dalam restoran.

 

 Sebaik sahaja kami berada di tempat duduk, pelayan restoran menghidangkan air kosong dahulunya dan lalu memberi menu makanan dan minuman yang rekabentuk menarik sekali kepada kami. Membuka menu makanan tersebut, mendapati setiap hidangan makanan disertakan dengan gambar dicetak di atas menu dan deskripsi makanan bagi sesetengah hidangan juga dicatat dalam menu tersebut. Dengan ini, kami dapat mengetahui lebih terperinci tentang ramuan untuk hidangan dan ia memudahkan kami untuk memilih makanan disukai. Sambil kami membuat pertimbangan untuk pesanan makanan, pelayan restoran juga memperkenalkan menu khas bagi sambutan Hari Natal kepada kami dengan mesra dan akhirnya membuat catatan pesanan makanan dengan teliti.

 

Sementara kami menunggu hidangan makanan, kami mengambil kesempatan untuk mengambil gambar di dalam restoran tersebut sebagai kenangan. Ini adalah disebabkan oleh hiasan dalaman restoran tersebut dihiaskan mengikut beberapa tema dan rekabentuk yang cantik dan amat unik. Salah satu tema hiasan yang menarik adalah terdapat bahagian yang menggunakan meja dan kerusi putih yang comel dan terdapat bahagian yang menggunakan meja besar dan kerusi kayu yang berwarna coklat. Melihat tema hiasan tersebut, gambaran sebuah lukisan cantik terjelma di mata hadapan kami. Semasa kami mengambil gambar di restoran, pekerja restoran amat berbuka hati dan menawarkan diri bagi membantu kami mengambil gambar kumpulan tanpa sebarang perasaan yang melarang kami daripada mengambil gambar di dalam restoran. Di samping itu, mereka juga sukarela meminjam topi berwarna merah bagi kami untuk menangkap gambar. Suasana riah dan gembira mendorong kami berasa seronok kerana puas hati dapat mengambil banyak gambar yang cantik di dalam restoran tersebut. 

 

Makanan kami dihidangkan selepas lima belas minit kami memesan makanan tersebut dan semua makanan yang dipesan telah dihidangkan pada masa yang sama. Perkhidmatan tersebut amat memuaskan hati kami kerana kami dapat menikmati makanan dengan bersama dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menunggu hidangan makanan. Di restoran yang lain, biasanya pelayan akan menghidangkan makanan pada masa yang berlainan walaupun membuat pesanan dalam semeja. Jadi, biasanya di restoran lain kami perlu mengambil masa yang amat lama dalam menunggu hidangan makanannya supaya boleh makan pada masa yang sama. 

 

Semua makanan yang kami pesan amat enak dan sedap-sedap belaka mendorong kami bercadang membuat pesanan lagi bagi merasa hidangan makanan yang lain. Selepas kami menikmati hidangan makanan yang enak, kami mengambil kesempatan menyambut Hari Jadi salah seorang kawan yang mana Hari Jadinya terjatuh pada hari ketiga selepas Hari Natal pada suasana yang selesa ini. Tanpa jangkaan awal, penukaran muzik krismas yang sedang dipasang kepada lagu Hari Jadi selepas kami membuka kotak kek tersebut. Kemudian, pelayan restoran termasuk juga seorang chef utama restoran mengelilingi meja kami dan menyanyikan lagu Hari Jadi bersama-sama dengan kami. Kami juga mendapati terdapat pelanggan di restoran melihat ke arah meja kami dan menyanyikan lagu Hari Jadi bersama-sama.

Pada akhirnya, pelayan restoran juga membantu kami mengisikan kek kami di atas pinggan kecil yang disediakan dan mengucapkan hari jadi kepada kawan saya. Perkhidmatan yang diberikan oleh restoran ini amat memuaskan hati dan baik sejak kami melangkah masuk dalam restoran sehingga kami melangkah keluar darinya. Kami semua pasti akan mengunjungi restoran ini pada masa akan datang.



Nama ahli kumpulan Quality Assurance:


CHONG GUAN CHOI                       A116555

KHOR CHEE HAU                           A116835

ANG CHOON TENG                        A117123

HOO SIAU WEI                             A117399

ONG GUANG YONG                        A117418

No comments:

Post a Comment