Thursday, February 24, 2011

Kumpulan Nice- Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK)Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kampus Kesihatan USM

Kumpulan Nice

Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK)Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kampus Kesihatan USM

Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap usaha-usaha memperkenalkan inovasi dan membuat penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Ia bertujuan untuk menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada anggota Perkhidmatan Awam untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri. Program ini dinamakan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).

Keahlian KIK tidak hanya terhad di kalangan anggota kumpulan sokongan dalam satu bahagian sahaja tetapi ia meliputi semua peringkat anggota dan boleh merentasi pelbagai bahagian dalam organisasi berkenaan. Program KIK bukan sahaja menyediakan teknik-teknik untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi, tetapi juga merangkumi kaedah untuk membolehkan ahli-ahli KIK bertindak secara kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk yang baru melalui kemahiran imaginasi yang membawa kepada peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

KIK merupakan mekanisme pengurusan yang berkesan untuk membina modal insan dalam Perkhidmatan Awam yang berketerampilan tinggi bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan agensi-agensi Kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Di samping itu, KIK juga mempunyai prinsip asas yang mengiktiraf pekerja sebagai sumber paling bernilai dalam organisasi dan menyediakan forum kepada mereka untuk melibatkan diri dalam proses membuat keputusan dan seterusnya melaksanakan tindakan yang diputuskan secara berpasukan.

 

Objektif KIK adalah seperti berikut: :

  • Perkongsian ilmu dan penyelesaian masalah serta memperkenalkan amalan terbaik dalam aspek pengurusan tempat kerja.
  • Membuka minda setiap pekerja bahawa kreativiti dan inovasi merupakan teras kejayaan dalam pekerjaan dan menggalakkan para pekerja agar dapat berfikir di luar kotak.
  • Memberi kesedaran dan perangsang kepada kumpulan yang bertanding dan rakan-rakan lain bahawa semangat kekitaan, bekerjasama dan muafakat dalam pekerjaan dapat meringankan beban dan menyelesaikan masalah yang timbul.
  • Memberi pengiktirafan dan sokongan kepada kumpulan-kumpulan KIK yang telah berjaya dalam melaksanakan projek masing-masing.
  • Memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan KIK PPSK bagi mewakili USM di Konvensyen-konvensyen KIK peringkat Zon, IPTA, Kebangsaan dan Antarabangsa.

Antara faedah KIK kepada organisasi seperti PPSK adalah :

  • Memperkenalkan sistem dan cara kerja baru
  • Menjana kecemerlangan organisasi melalui pendekatan kreativiti, inovasi dan penciptaan nilai (value creation)
  • Memperbaiki sistem, proses dan cara kerja
  • Mengeratkan perhubungan di antara pekerja dengan pihak pengurusan
  • Memupuk kerjasama di kalangan warga organisasi
  • Meningkatkan daya saing organisasi
  • Membolehkan organisasi menghasilkan satu sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan menepati kehendak pelanggan

Antara faedah KIK kepada perkhidmatan adalah:

  • Memupuk kerjasama antara agensi melalui penyeragaman inovasi atau penambahbaikan yang dihasilkan
  • Menjimatkan kos dan masa keseluruhan operasi perkhidmatan
  • Meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan
  • Meningkatkan kepuasan pelanggan dan stakeholders
  • Meningkatkan imej Perkhidmatan Awam

 

STRUKTUR KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PPSK

1. Jawatankuasa Pemandu Kualiti PPSK

  • Menyediakan peruntukan kewangan untuk aktiviti latihan termasuk kaedah pemikiran kreatif, pelaksanaan projek, persembahan projek, promosi, penyertaan dalam konvensyen, lawatan, penghargaan dan pengiktirafan
  • Menentukan objektif dan hala tuju KIK
  • Menentu dan melantik fasilitator
  • Mendaftar kumpulan dan keahliannya
  • Menilai dan memantau keberkesanan Program KIK
  • Menyelaras penyeragaman cadangan penyelesaian daripada Program KIK ke dalam Perkhidmatan Awam
  • Mengenal pasti output yang berpotensi untuk tujuan pendaftaran hak cipta dan pengkomersilan

2. Fasilitator

  • Berhubung dengan semua peringkat pengurusan serta mendapat sokongan dan bantuan mereka
  • Memberi latihan kepada ketua-ketua kumpulan dan membantu melatih ahli-ahli kumpulan apabila diperlukan
  • Mengekalkan suasana yang terbuka dan menyokong
  • Memastikan kumpulan menumpukan aktiviti-aktiviti mereka terhadap projek yang berkaitan dengan kerja mereka
  • Sebagai perantara dalam mengekalkan keharmonian kumpulan
  • Sebagai pakar rujuk kepada kumpulan
  • Mengesan dan memastikan kemajuan kumpulan

3. Ketua Kumpulan

  • Melatih ahli-ahli mengenai teknik penyelesaian masalah/ penambahbaikan/penciptaan baru dengan bantuan fasilitator di mana perlu
  • Bertanggungjawab terhadap kelancaran aktiviti -aktiviti kumpulan dan memupuk semangat kerjasama dan harmoni
  • Membantu kumpulan menyimpan rekod dan membuat persediaan bagi persembahan pengurusan
  • Mengelola dan mempengerusi mesyuarat dengan teratur dan berkesan
  • Menunjukkan minat dan sokongan kepada kumpulan
  • Menggalakkan pekerja-pekerja lain menjadi ahli
  • Membantu menyelesaikan masalah-masalah ahli
  • Menguatkuasakan disiplin bekerja secara berkumpulan

4. Ahli Kumpulan

  • Menghadiri mesyuarat secara tetap dan tepat pada waktunya
  • Menumpukan usaha menyempurnakan projek kumpulan
  • Mengenal pasti projek, menyumbangkan idea, menjalankan kajian, melaksanakan cadangan-cadangan penyelesaian dan penambahbaikan serta memantau keberkesanan pelaksanaan projek
  • Mengambil bahagian semasa persembahan pengurusan berdasarkan pembahagian tugas yang telah ditetapkan

Nama Kumpulan

Arapaima Gigas

Fasilitator

Dr. Maliki Hapani

Ketua Kumpulan

En. Saiful Haizad Ahamad Junaid

Ahli Kumpulan

1. Dr. Hasmah Abdullah
2. Dr. Rohasliney Hashim
3. En. Nareeman Shah Che Muhamad
4. En. Zakaria Kassim
5. En. Muhammad Ismail
6. En. Wan Mohd Sahnusi Wan Alias
7. Cik Nik Asiah Nik Lah
8. Pn. Suhaila Che Dir
9. Pn. Zamilah Hussin
10. En. Muhammad Azwan Hassan

Tajuk Projek:

Kaedah Penyediaan Waktu Kuliah PPSK

Abstrak ringkas projek

Penyediaan jadual waktu kuliah yang tidak sistematik di PPSK telah mengakibatkan pertindihan jadual waktu dan pertindihan bilik kuliah. Masalah ini berterusan sehingga ke minggu ke 3 perkuliahan. Keadaan seperti ini sudah pasti mengganggu proses pembelajaran pelajar. Masalah ini kerap berlaku dan perkara ini perlu ditangani agar pembelajaran pelajar di PPSK tidak terganggu di masa akan datang.

Penyelarasan penjadualan untuk semua program yang ditawarkan amat penting dalam melaksanakan visi dan misi organisasi memandangkan pertambahan kapasiti program dan tenaga manusia di PPSK. Untuk menangani masalah penjadualan waktu di PPSK satu sistem penjadualan waktu kuliah yang sistematik telah dirangka dan akan digunapakai di masa akan datang. Di samping itu, cadangan pembinaan bilik kuliah juga turut dilakukan untuk menampung bilik yang sedia ada.

Penggunaan sistem penjadualan waktu kuliah yang sistematik banyak memberi kemudahan kepada PPSK amnya dan Kampus Kesihatan umumnya. Pertindihan jadual perkuliahan juga akan dapat ditangani apabila sistem tersebut berfungsi dan digunapakai. Selain itu, penggunaan sistem penjadualan waktu kuliah juga akan mengurangkan beban tugas mereka yang terlibat dan juga menjimatkan masa penyediaan jadual waktu kuliah.

 

Pencapaian: Penyertaan dan Hadiah Saguhati di Konvensyen KIK Kampus Kesihatan 2007

 

 

 

 

 

Nama Kumpulan: Refleksi

Tahun ditubuhkan: 2008

Fasilitator:  En Nurul Azuar Hamzah

Ketua Kumpulan : Dr. Nik Fakhuruddin Nik Hassan

 

Ahli Kumpulan

1.

Pn Nor Haslina Mohammad

2.

Cik Nur Firdausi Alias

3.

Cik Nik Naziah Nik Soh

4.

Pn. Mazra Othman

5.

En. Mohd Fahmi Mohd Yusoff

6.

En. Nik Helmi Nik Ahmad

7.

En. Reduan Abdullah

8.

En. Muhamad Zamri Ismail

Tajuk Projek: Produk REFLEXOFIX

 

Abstrak ringkas projek

Ketidakselesaan/sakit belakang semasa duduk bekerja di pejabat adalah masalah yang selalu terjadi di kalangan staf yang terpaksa duduk selama 3 hingga 6 jam sehari sepanjang waktu bekerja. Keadaan yang turut dipengaruhi oleh pengamalan postur yang tidak betul dan ketiadaan aktiviti regangan akan menganggu proses pelaksanaan kerja jika tidak ditangani dengan betul. Kebanyakan staf mungkin melihat situasi ini sebagai kebiasaan, namun lama kelamaan ia sebenarnya boleh mengundang kepada komplikasi penyakit lain.
Produk ergonomik yang dicipta merupakan sejenis pelapik belakang yang diletakkan pada kerusi pejabat. Ia berfungsi bagi memberi sokongan kepada struktur tulang belakang (atas dan bawah) dan mempunyai ciri urutan bagi mengurangkan ketidakselesaan/kesakitan yang dialami seseorang individu.
Melalui konsep ringkas, murah dan efektif, produk ini adalah mesra pengguna dan dapat diaplikasikan untuk kegunaan dalam pejabat dan sebagainya. Produk ini dapat membantu memberi keselesaan kepada pengguna yang duduk bekerja dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti dan mutu kerja seseorang staf

Pencapaian: Tempat ke 3 Kategori Teknikal di Konvensyen KIK Kampus Kesihatan 2008

 

Nama Kumpulan: Tualang

Tahun Ditubuhkan:2008

Fasilitator:Dr Rohaliney Hashim

Ketua Kumpulan:Puan Hafizah Harun

 

Ahli Kumpulan

1.

Dr. Tee Get Bee @ Yvonne

2.

Dr. Hamid Jan bin Jan Mohamed

3.

Pn. Halimatun Saadiah Mohd Rawee

4.

Pn. Jauwiah Mamat

5.

Pn. Juskasmini Jusoh

6.

Pn. Norma Abd Ghani

7.

En. Mohd Nazri Mat Husin

Tajuk Projek: Supporting Staff Reward System (SSRS)

 

Abstrak ringkas projek

Perkhidmatan staf sokongan merupakan faktor utama yang menentukan pembangunan dan perkembangan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK). Memandangkan bidang tugas jabatan PPSK adalah berorientasikan perkhidmatan, maka prestasi perkhidmatan staf sokongan perlu diambilberatkan bagi menjaga imej Jabatan dengan signifikan. Berikutan itu, kumpulan kami telah mengambil keputusan untuk memilih Sistem Ganjaran Staf Sokongan sebagai projek kumpulan ICC kami. Bagi tujuan itu, kumpulan Tualang menghasilkan satu inovasi sistem ganjaran staf sokongan (Supporting Staff Reward System, SSRS) yang cekap dan telus. Matlamat utamanya ialah untuk menurunkan peratus ketidakpuasan hati responden terhadap prestasi perkhidmatan staf sokongan sebanyak 20%.

PERINGKAT KEBANGSAAN

  1. Penyertaan Kategori Pengurusan di Konvensyen IPTA kali ke 6 2010

PERINGKAT NEGERI/ZON

  1. Tempat Ketiga Pertandingan Aplikasi (Kategori IPTA) Program Pembangunan Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2009

PERINGKAT UNIVERSITI

  1. Naib Johan Kategori Pengurusan di Konvensyen KIK Kampus Kesihatan 2008

 

RUJUKAN: http://www.ppsk.usm.my/ppsk/icc.nsf/intro

No comments:

Post a Comment