Tuesday, March 8, 2011

Kumpulan TQM - Penganugerahan Persijilan MS ISO 9001 kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada 28 Ogos 2009


Penganugerahan Persijilan MS ISO 9001 kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada 28 Ogos 2009

Kumpulan kami telah memilih Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebagai contoh organisasi yang mendapat pengiktirafan persijilan ISO 9001:2000. AIM merupakan sebuah badan Amanah Persendirian yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM. Ia didaftarkan di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258). AIM menyediakan perkhidmatan seperti Pembiayaan Modal, Simpanan Wajib dan Tabung Kebajikan dan Keselamatan Sahabat kepada isirumah miskin dan usahawan-usahawan Ikhtiar. Objektif penubuhan AIM adalah bertujuan untuk:

  1. Mengurangkan kemiskinan di kalangan isirumah miskin di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang boleh meningkatkan pendapatan.
  2. Menyediakan kemudahan kewangan berterusan kepada usahawan-usahawan Ikhtiar.
  3. Menyediakan bimbingan dan latihan berterusan kepada isirumah miskin, dan usahawan-usahawan Ikhtiar.

Pada bulan Januari 2006, AIM telah bermula membangunkan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) mengikut standard ISO 9001 dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan menangani kesan perubahan sistem pengurusan semasa yang lebih dinamik dan berdaya saing. Skop pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti AIM adalah meliputi keseluruhan proses utama dan sokongan dalam Pengurusan Pembiayaan Mikro Kredit. Proses utama yang terdapat dalam Pengurusan Pembiayaan Mikro Kredit ini adalah terdiri daripada:

    • Kajian Potensi dan Jangkauan Sahabat (Pelanggan).
    • Pengeluaran Pembiayaan.
    • Pengurusan Tabungan.
    • Kutipan Bayaran.
    • Pengawasan Projek.
    • Pemantauan dan Penilaian.

Selain itu, skop pensijilan ini juga merangkumi aktiviti-aktiviti dalam proses sokongan yang dilaksanakan di unit-unit Ibu Pejabat, Pusat Latihan dan Pejabat Wilayah.

Penyataan Dasar Kualiti AIM adalah seperti berikut: "Kami bertekad untuk memastikan AIM menjadi sebuah Institusi Kewangan Mikro Terunggul dengan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan melalui penambahbaikan berterusan. Untuk mencapai hasrat ini, kami beriltizam menjadi satu pasukan profesional dan berwibawa." Selain itu, objektif Kualiti AIM adalah untuk:

  • Menyediakan perkhidmatan yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai melalui konsep mesra pelanggan.
  • Berterusan membangun sumber manusia yang berketrampilan dan menyediakan persekitaran kerja yang kondusif.
  • Membentuk polisi pengurusan yang kos-efektif.
  • Penambahbaikan tatacara dan Sistem Pengurusan Kualiti melalui penambahbaikan proses, sistem automasi, pembaharuan dan pembangunan teknologi terkini.

Atas usaha segala staf dalam AIM, AIM berjaya mendapatkan pengiktirafan melalui sijil MS ISO 9001:2000 oleh SIRIM QAS International pada 28 Ogos 2009. Pengiktirafan tersebut merupakan kemuncak kepada AIM dalam usaha melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti. Pengiktirafan tersebut juga membuktikan bahawa AIM:

a.         Mempunyai sistem kerja yang terancang berasaskan keperluan piawaian antarabangsa

b.        Mempunyai sistem kerja yang terancang dengan proses-proses yang didokumen, dilaksana dan dikawal.

c.         Mempunyai proses untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang konsisten kualitinya dengan inisatif penambahbaikan yang berterusan.

Dalam sijil pengiktirafan ISO 9001:2000 yang diperoleh oleh AIM, alamat AIM bersama dengan nama organisasi dicetak selepas logo SIRIM QAS International. Terdapat tandatangan daripada Pengarah Urusan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. iaitu Dato'Mariani Mohammad dan juga Pengerusi SIRIM QAS International Sdn. Bhd. iaitu Ir. Hj. Yahaya Ahmad untuk mengesahkan bahawa AIM telah melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti yang menepati dengan ISO 9001:2000. Skop pensijilan AIM iaitu secara Pengurusan Pembiayaan Mikro Kredit juga terkandung dalam sijil ISO 9001:2000. Di hujung sijil ini, ia menyatakan dengan jelasnya bahawa penganugurahan sijil ini tertakluk kepada peraturan-peraturan dan syarat-syarat seperti ternyata dalam Perjanjian Persijilan. Sijil ini juga mengandungi nombor pensijilan AIM iaitu AR 4977. Selain daripada itu, dalam sijil ISO 9001:2000, maklumat-maklumat seperti tarikh mula pensijilan, tarikh sijil dikeluarkan serta tarikh luput sijil turut terkandung dalam sijil tersebut. Tarikh mula pensijilan AIM adalah jatuh kepada 28 Ogos 2009. Sijil ISO 9001:2000 yang dianugerah kepada AIM dikeluarkan pada 1 September 2009 dan sijil ini hanya akan sah sehingga 14 November 2010.  


Daripada Laman Web Rasmi Amanah Ikhtiar Malaysia

Rujukan:

No comments:

Post a Comment