Monday, March 7, 2011

Kumpulan Hakuna Matata - Carta Aliran Pertikaian Perusahaan -

Carta aliran di atas menunjukkan proses yang terlibat untuk menyelesaikan suatu pertikaian perusahaan. Perwakilan dalam prosiding rundingan damai terdiri daripada majikan dan kesatuan sekerja bagi pekerja. Perwakilan yang dilarang dalam perunding damai adalah peguam, penasihat, konsultan atau sesiapa jua pun melainkan mereka yang dibenarkan mengikut Seksyen 19(B), Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Pertikaian perusahaan (trade dispute) adalah ditakrifkan di bawah Akta Perhubungan  Perusahaan, 1967 sebagai apa-apa pertikaian di antara majikan dengan pekerja-pekerjanya yang berhubungan pekerjaan atau bukan pekerjaan (non-employment) atau syarat-syarat pekerjaan atau peraturan-peraturan kerja.

Proses ini bermula apabla Kesatuan Sekerja atau majikan menghantar surat laporan pertikaian kepada Ketua Pengarah. Walau bagaimanapun, biasanya surat tersebut akan diserahkan kepada Pengarah Negeri untuk diambil tindakan selanjutnya.  Seterusnya, proses rundingan damai bermula apabila JPPM memanggil kedua-dua belah pihak yang bertikai untuk menghadiri prosiding rundingan damai yang akan dikendalikan oleh Pegawai Pendamai JPPM. Kedua-dua belah pihak yang hadir pada tarikh yang telah ditetapkan dengan mandate sepenuhnya supaya keputusan boleh dicapai semasa rundingan damai. Prinsip dan pendekatan yang harmoni hendaklah diamalkan semasa rundingan damai. Kedua-dua pihak hendaklah bersedia dengan maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang berkaitan agar prosiding rundingan damai dapat berjalan dengan lancar dan licin. Proses runding damai merupakan kaedah paling berkesan untuk menyelesaikan pertikaian. Proses runding damai melibatkan beberapa mesyuarat di antara majikan, pekerja dan kesatuan pekerja tersebut. Mesyuarat-mesyuarat ini biasanya diadakan sama ada secara bersama (joint meeting) di antara pihak-pihak berkenaan ataupun berasingan. Secara umumnya, konsep self-government in industry dititikberatkan dalam peringkat pertama ini, dimana kedua-dua pihak digalakkan supaya menyelesaikan pertikaian-pertikaian di antara mereka melalui perundingan berdasarkan semangat musyawarah dan tolak ansur untuk mencapai keputusan yang memuaskan hati kedua-dua pihak. Sekiranya kedua-dua pihak yang bertikai dapat mencapai suatu persetujuan, maka kes ini akan ditutup.

Sekiranya tiada persetujuan dicapai, Ibu pejabat Bahagian Pengiktirafan dan Pertikaian Perusahaan akan masuk campur dalam hal ini. Walau bagaimanapun, sebelum kes ini dibawa ke peringkat yang lebih tinggi, satu proses perundingan damai yang melibatkan perbincangan di antara kesatuan dan majikan di peringkat syarikat mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan di dalam perjanjian kolektif atau mengikut prosedur yang sedia ada di dalam syarikat, jika syarikat berkenaan belum mempunyai perjanjian kolektif. Mana-mana pihak boleh melaporkan kepada JPPM untuk mendapatkan campur tangan Jabatan bagi menyelesaikan pertikaian tersebut melalaui proses rundingan damai. Proses penyelesaian melalui rundingan damai adalah secara sukarela dan tanpa paksaan.

Namun, sekiranya penyelesaian tidak dapat dicapai juga, melalui maka tindakan yang berikut boleh diambil., KPPPM akan memaklumkan kepada Menteri Sumber Manusia untuk membuat keputusan. Setelah meneliti segala fakta mengenai pertikaian berkenaan, Y.B. Menteri , melalui kuasa budi bicaranya (discretionary power), akan memutuskan sama ada wajar atau tidak pertikaian iti dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan. Keputusan Y.B. Menteri adalah muktamad. Proses arbitrasi di Mahkamah Perusahaan adalah seperti berikut:

-          Mendengar keterangan kedua-dua belah pihak;

-          Memutuskan dan menurunkan keputusan (award) berkaitan pertikaian berkenaan;

-          Keputusan Mahkamah Perusahaan akan mengikat pihak-pihak yang terlibat dan adalah muktamad.

Simbol-simbol yang digunakan dalam carta aliran ditunjukkan seperti yang berikutnya:

 

Tindakan/Langkah dalam proses kerja

 

Aliran tindakan/urutan tindakan

 

Pilihan/Keputusan (decision making)

 

Penyambung

 

Mula/Tamat

 Mahkamah Perusahaan seterusnya akan membuat keputusan yang dikenali sebagai "Award" kepada majikan dan kesatuan sekerja. 

No comments:

Post a Comment