Wednesday, February 2, 2011

Group Quality Assurance - Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Group Quality Assurance:

Ahli Kumpulan:

A116555 CHONG GUAN CHOI

A116835 KHOR CHEE HAU

A117123 ANG CHOON TENG

A117399 HOO SIAU WEI

A117418 ONG GUANG YONG

 

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Institut Tadbiran Awam Negara atau lebih dikenali sebagai INTAN yang merupakan sebuah institusi latihan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia yang diberi mandat dan tanggungjawab untuk melatih kakitangan awam yang berkhidmat di agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan. INTAN bermisi untuk membangunkan potensi sumber manusia perkhidmatan awam melalui latihan yang berkualiti. Objektif utama INTAN adalah untuk membangunkan potensi sumber manusia sektor awam ke arah kecemerlangan melalui latihan.

Sejarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) bermula di sebuah bangunan kecil di Port Dickson pada bulan September 1959 dan pada ketika itu dikenali sebagai Pusat Latihan Kakitangan. Fungsi pusat tersebut adalah untuk memberikan kursus kepada pegawai-pegawai berkaitan dengan pentadbiran tanah, pentadbiran kewangan, pengurusan pejabat dan pentadbiran kerajaan tempatan. Pada bulan Jun 1972, pusat latihan telah di naik taraf sebagai Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Jalan Elmu, Kuala Lumpur yang berhasrat untuk menyediakan latihan yang lebih formal kepada pegawai-pegawai. Perkembangan yang pesat oleh INTAN dalam tahun 1980-an telah menubuhkan beberapa kampus cawangan pada tahun 1983. Ini termasuklah Kampus Wilayah Utara (INTURA) di Sungai Petani, Kedah, Kampus Wilayah Timur (INTIM) di Kemaman, Terengganu dan Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) di Kluang, Johor. Perkembangan INTAN yang pesat seterusnya telah menubuhkan kampus Utama INTAN yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada tahun 1984. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Perdan Menteri Malaysia yang keempat pada masa itu telah merasmikan penubuhan kampus Utama di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Pada tahun 1998, INTAN di Jalan Elmu kemudian telah dijadikan sebagai Kampus Wilayah Tengah (INTENGAH). Permintaan terhadap program latihan INTAN yang semakin bertambah yang kemudiannya telah mewujudkan penubuhan dua lagi kampus cawangan di negeri Sabah dan Sarawak. Kampus Sarawak di Kuching telah diwujudkan pada tahun 1999 manakala Kampus Sabah dibuka pada tahun 2001.

Secara ringkasan, tujuan utama pembentukan INTAN adalah untuk membangunkan potensi sumber manusia di sektor awam. Untuk mencapai matlamat tersebut, INTAN telah menyediakan latihan dan khusus kepada pekerja sektor awam dari masa ke semasa bagi tujuan meningkatkan tahap kualiti, pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif di kalangan pekerja awam. Tambahan pula, INTAN jugan menjalankan penyelidikan, penerbitan, dan memberi khitmat nasihat bagi menyemai budaya dan nilai korporat dalam sektor awam serta menjalinkan hubungan denga agensi dan institusi tempatan dan antarabangsa.

Untuk menepati keperluan pelanggan, INTAN telah merancang dan melaksanakan kursus yang berkualiti dengan cara memaklumkan pelanggan tentang sesuatu kursus yang akan dijalankan sekurang-kurangnya satu bulan sebelum kursus bermula. Selain itu, INTAN akan menjalankan sekurang-kurangnya 85% daripada kursus yang telah dirancang bagi setiap tahun. Tambahan pula, INTAN akan menjalankan sekurang-kurangnya sepuluh 10 penyelidikan termasuk pembangunan sistem dan menghasilkan sekurang-kurangnya 10 penerbitan setahun. INTAN juga akan memastikan prasarana latihan dan semua keperluan serta peralatan latihan berfungsi dengan baik dan dalam keadaan siap sedia untuk digunakan dalam tempoh satu hari sebelum kursus bermula. Bukan setakat itu sahaja, INTAN memberi maklum balas terhadap setiap aduan dan pertanyaan dalam tempoh tidak lewat dari dua hari bekerja.

 

Bagi memastikan matlamat INTAN tercapai, INTAN telah mewujudkan sembilan Program yang akan mengendalikan kursus dan latihan mengikut bidang masing-masing. Program-program tersebut termasuklah Program Kepimpinan, Program Pengurusan Teknologi (IMATEC), Program Pembangunan Profesional, Program Penyelidikan dan Pembangunan, Program Pengurusan Kewangan, Program Pengurusan Kerajaan Tempatan dan Daerah, Program Komunikasi dan Pembangunan Latihan, Pembangunan Pengurusan, Program Pembangunan Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan.

Sebagai kesimpulan, segala usaha yang dijalankan oleh INTAN adalah untuk membangunkan potensi sumber manusia perkhidmatan awam melalui latihan dan memastikan kehendak pelanggan INTAN dipenuhi melalui perlaksanaan penambahbaikan yang berterusan berasaskan MS ISO 9001:2000.

 

 

 

Rujukan:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Institut_Tadbiran_Awam_Negara

http://www.jpa.gov.my/v3/maklumat-korporat/bahagian/intan/

http://www.intanbk.intan.my/i-portal/ms/mengenai-intan.html

http://www.intanbk.intan.my/i-  portal/Laporan%20Tahunan%20I/Laporan%20Tahunan%201981/Chapter%2002.pdf

 

No comments:

Post a Comment