Sunday, February 27, 2011

KUMPULAN ELSYA : KUMPULAN KIK/KMK-UiTM PAHANG

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

Agensi-agensi Kerajaan boleh memohon kepada MAMPU untuk mendapatkan taklimat mengenai pelaksanaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di agensi masing-masing.

Institusi terpilih : UiTM Pahang.

 

Sejarah Penubuhan Kumpulan

KMK atau Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja telah mula ditubuhkan pada pertengahan tahun 1995 bagi menyahut seruan pihak pengurusan ITM Pahang pada masa itu agar setiap bahagian menubuhkan kumpulan KMK. Konvesyen KMK peringkat ITM Pahang telah diadakan di Dewan Kuliah 1 dimana Kumpulan Ikhlas Pejabat Bendahari telah berjaya mendapat tempat pertama dalam Konvesyen ini.

Dengan kemenangan ini, Kumpulan Ikhlas telah melayakkan diri untuk bertanding di Konvesyen QCC Wilayah Pantai Timur 1996 di MS Garden Hotel, Kuantan dan berjaya mendapat anugerah EMAS. Kumpulan Ikhlas sekali lagi diberi peluang untuk bertanding di Konvensyen QCC peringkat kebangsaan di Pulau Pinang, tetapi ada sebab-sebab tersendiri, maka Kumpulan Ikhlas tidak mencalonkan penyertaan ke konvesyen tersebut.

Kumpulan Ikhlas ini terdiri daripada En. Mohd Hanifah Hashim (Ketua Kumpulan), En. Mohammed Affendy Mansor, En. Mohammad Zahir Din, En. Yusaini Osman dan En. Shaari Ismail. Pn. Hanisa Hasan (PKA) bertindak sebagai Fasilitator kumpulan. Nama KMK kemudiannya di tukarkan kepada Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) sehinggalah ke hari ini.

 

Jawatankuasa Induk KIK

PENAUNG

Pengarah Kampus UiTM Pahang


PENASIHAT

Timbalan Bendahari


PENGERUSI

Cik Ma Bazla Binti Mior Amran


SETIAUSAHA

Puan Farahaslinda Binti Abd. Ghani


AHLI JAWATANKUASA

Encik Abu Hasan Bin Ahad

Encik Mohd Azman Bin Husin

 

Anggota KIK

Anggota Kumpulan Ikhlas KIK Pejabat Bendahari UiTM Pahang terdiri daripada:-

·         

     Encik Abu Hasan bin Ahad (Ketua Kumpulan)

·         Puan Farahaslinda bt. Abd. Ghani

·         Cik Yusazila bt. Md Yusuf

·         Encik Mohd Noordin bin Mohd Razali

·         Encik Mohd Azman bin Hussain

·         Encik Mohd Fauzi bin Harun

Fasilitator KIK : Cik Ma Bazla bt. Mior Amran

 

Senarai Pengerusi Jk. KIK


Bil .

Nama fasilitator/pengerusi

Tarikh mula

Tarikh tamat

1.

Puan Hanisa Binti Hassan (F)

1996

1997

2.

Puan Rozina Binti Zainal Abidin

2007

31/12/2008

3.

Cik Ma Bazla Binti Mior Amran

1/1/2009

 

 

Projek KIK

Projek-projek KMK/KIK yang telah dijalankan:-


1.      Pemulangan cagaran pelajar - Tahun 1996

2.      Ruang penyimpanan baucer terhad - Tahun 2008

3.      Masalah memindahkan dokumen ke stor dokumen - Tahun 2009

 

Konvensyen QCC Wilayah Pantai Timur

Konvensyen QCC Wilayah Pantai Timur 1996 telah di adakan pada 10 - 11 Ogos 1996 di MS Garden Hotel, Kuantan, Pahang telah dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Dato' Seri Mohd Khalil bin Yaakob, Menteri Besar Pahang. Kumpulan KMK Ikhlas yang mewakili Institut Teknologi MARA Cawangan Pahang (ITM) ke konvensyen tersebut telah berjaya memenangi anugerah EMAS dengan projek bertajuk " Pemulangan Cagaran Pelajar". Kejayaan ini telah melayakkan kumpulan KMK Ikhlas untuk bertanding di konvensyen QCC peringkat kebangsaan di Pulau Pinang. Konvensyen ini adalah anjuran NPC.


NAMA AHLI KUMPULAN : 

ELENA ROZELLA JARID

FATIN SYAHIRAH BINTI HASAN RIJAL


No comments:

Post a Comment