Wednesday, February 16, 2011

TQM - Pemenang Anugerah Kualiti Perdana Menteri bagi Kategori Sektor Swasta


Pemenang  Anugerah Kualiti Perdana Menteri bagi Kategori Sektor Swasta


Anugerah Kualiti Perdana Menteri bagi kategori sektor swasta telah dinamakan sebagai Anugerah Perdana Menteri dalam Kecemerlangan Industri sejak tahun 2000. Anugerah ini merupakan usaha kerajaan dalam mengiktiraf syarikat tempatan yang telah mencapai kecermelangan dalam organisasi, inovasi dan tanggungjawab sosial korporat. Prestasi syarikat-syarikat yang terlibat dalam pertandingan ini dinilai berdasarkan lapan kriteria utama yang mana ia terdiri daripada kepimpinan pengurusan utama dan kualiti pengurusan, penggunaan data dan maklumat yang berkualiti, pengurusan sumber manusia, fokus pelanggan, jaminan kualiti pembekal luaran, pengurusan proses, kualiti dan keputusan perniagaan, tanggungjawab sosial korporat.

 

Dengan itu, pemenang bagi Anugerah Perdana Menteri dalam Kecemerlangan Industri bagi tahun 2009 adalah Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Anugerah ini merupakan pengiktirafan ke atas usaha-usaha yang telah dilakukan oleh UNITEN dalam mencapai kecemerlangan dan tahap kualiti yang tinggi dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan bagi negara.

 

UNITEN ialah salah sebuah universiti swasta di Malaysia dan ianya dimilik penuh oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB),  iaitu salah sebuah syarikat utiliti di Asia Tenggara. UNITEN adalah satu institusi yang unik di mana ia bukan sahaja menyediakan program akademik malah latihan bagi kemahiran teknologi kejuruteraan turut disediakan oleh kampus tersebut. Universiti ini menyediakan program-program akademik dalam bidang kejuruteraan, teknologi maklumat, pengurusan perniagaan dan bidang yang berkaitan.

 

Walaupun ia masih merupakan sebuah universiti yang baru, namun ia telah melangkah ke arah untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan. Sokongan dan komitmen yang diterima daripada syarikat induknya, TNB, telah membantu untuk mempercepatkan pembangunan infrastruktur kampus. Jumlah program yang menawarkan akan meningkat sesuai, selaras dengan komitmen untuk memenuhi keperluan pelajar tempatan dan antarabangsa dalam pendidikan tinggi. UNITEN bukan sahaja menghasilkan graduan-graduan yang berilmu dan profesional, ia juga membangunkan mereka sebagai individu yang berintelektual.

 

Kesemua faktor-faktor yang dinyatakan di atas ini telah membuktikan bahawa UNITEN merupakan sebuah institusi pendidikan swasta yang berkualiti yang telah membawanya untuk memenangi Anugerah Perdana Menteri dalam Kecemerlangan Industri. 


Rujukan:

http://www.uniten.edu.my/newhome/content_list.asp?contentid=4062

http://www.interactiveagency.com.my/tag/industry-excellence-awards-2009/

No comments:

Post a Comment