Tuesday, February 22, 2011

Kumpulan TQM-Kumpulan KIK di USIM


Kumpulan KIK di USIM

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21. Pada tahun 2003, USIM telah mengamalkan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) dan kini telah ditukar nama menjadi Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK). KIK yang diwujudkan dalam USIM telah membuktikan kemampuannya untuk menghasilkan penyelesaian masalah kerja dan inovasi sistem kerja.

Mengikut maklumat yang didapatkan dalam laman web Qusim. KIK bagi USIM telah diterima sebagai salah satu alat pengurusan yang mudah difahami dan dilaksanakan oleh semua peringkat staf. Berbanding dengan KMK, tumpuan KIK tidak hanya untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berspesifikasi tetapi ia akan fokus kepada punca utama masalah dan menyediakan penyelesaian masalah. Selain itu, KIK juga membuat penambahbaikan kepada proses yang sedia ada atau membangunkan proses produk atau perkhidmatan yang baru. Tambahan pula, KIK juga adalah bersifat untuk megembangkan  ekonomi yang berdasarkan pengetahuan (knowledge-based economy) dan juga untuk mempertahankan daya bersaing ke arah merealisasi model innovative entrepreneurial research university (IERU) serta iltizam USIM menjadi sebuah universiti bertaraf dunia menjelang 2020.

Objektif aktiviti KIK di USIM adalah untuk:

·         Meningkatkan kompetensi diri staf;

·         Membudaya pengurusan secara penyertaan (participative management);

·         Melaksanakan penambahbaikan berterusan dan menambah nilai penyampaian perkhidmatan secara kreatif dan inovatif; dan

·         Menjamin dan kepastian kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan

Jawatankuasa Pemandu KIK USIM adalah berperanan untuk menentu halatuju, menyelaras dan mengurus aktiviti-aktiviti KIK di USIM. Ahli-ahli Jawatankuasa adalah terdiri daripada keanggotaan berikut:

Penaung                      :           Naib Canselor

Penasihat                     :           Pengarah Pusat Perancangan Korporat & Pengurusan Kualiti

Pengerusi                     :           Pendaftar

Timbalan Pengerusi     :              

Bendahari                    :              

Setiausaha                   :         Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Kualiti

                                               Pusat Perancangan Korporat & Pengurusan Kualiti

Ahli                             :              

Sekretariat                   :           Bahagian Pengurusan Kualiti, Pusat Perancangan Korporat

                                                & Pengurusan Kualiti

Terdapat lapan Kumpulan KIK yang wujud dalam USIM. Antaranya adalah:-

·         Jabatan Perpustakaan

·         Jabatan Bendahari

·          Jabatan Pendaftar

·          Jabatan Canselori

·         Fakulti Pergigian

·          Fakulti Pengajian Quran & Sunnah

·         Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan

·          Pusat Teknologi Maklumat

Maka, setiap kumpulan KIK adalah terdiri daripada sekumpulan pekerja yang tidak melebihi 10 orang. Maka, mereka akan menetapkan mesyuarat mengikut tarikh tetap. Dalam mesyuarat tersebut, kumpulan KIK akan mengenalpasti masalah kerja atau projek penambahbaikan dan memilih masalah atau projek yang perlu membuat penambahbaikan. Seterusnya, mereka akan mengemukakan cadangan penyelesaian atau stretegi penambahbaikan. Cadangan /strategi tersebut akan dipertimbangkan oleh semua ahli kumpulan dan keputusan akhir akan dibuat selepas pertimbangan dibuat. Pada langkah yang terakhir, cadangan/strategi akan dilaksanakan dan penilaian keputusan yang dibuat.

Matlamat KIK adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti kerja melalui:- 

·         Kebolehan menyelesaikan masalah dikalangan pekerja

·         Semangat bekerja secara berkumpulan

·         Penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja yang positif

·         Penglibatan dan minat terhadap kerja

·         Dorongan kerja yang tinggi

·         Kesedaran terhadap diri sendiri, kumpulan, jabatan/pejabat dan Negara

Hasil projek KIK adalah milik mutlak kumpulan yang menghasilkannya (pencipta). Hasil projek ini hendaklah diaplikasikan dalam pengurusan jabatan sebagai Amalan Pengurusan Terbaik.

Selain daripada itu, pencipta adalah digalakkan untuk menyeragamkan hasil projek ke seluruh system USIM. Jika didapati sesuai, Urusetia KIK USIM akan mencadangkan pelaksanaan ini dan membantu pencipta untuk berbuat demikian setelah berpuashati bahawa pelaksanaan hasil projek di tempat kerja asal didapati telah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam penyampaian perkhidmatan PTJ berkenaan.


Apabila didapati bahawa hasil projek KIK itu mempunyai nilai komersil, Urusetia KIK USIM akan membantu pencipta untuk mendaftarkan hasil tersebut ke Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat (JI&M) sebagai harta intelek USIM termasuk mempatenkan hasil projek sebelum dikomersilkan.

Walau bagaimanapun, apabila didapati sesuatu hasil projek KIk itu berpotensi untuk dikomersilkan tetapi memerlukan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pencipta boleh memohon geran penyelidikan kepada urusetia KIK USIM bagi tujuan tersebut.

Dalam apajua keadaan, pencipta adalah tidak berhak untuk menyeragamkan atau memasarkan hasil projek kepada pihak selain daripada USIM sebelum pendaftaran harta intelek USIM dibuat oleh JI&M USIM.

Disebabkan tiada pendedahan tajuk ataupun pengenalan teliti bagi kumpulan KIK yang ada dalam USIM, maka saya pun memetik salah satu pencapaian daripada salah satu kumpulan KIK (Kumpulan Vitalize) dari Jabatan Perpustakaan.  Kumpulan ini telah mendapat tempat pertama di dalam Konvensyen KIK 2010 peringkat Universiti yang diadakan pada 30 Disember 2010. Kumpulan ini turut mengungguli kategori Persembahan Terbaik dan Fasilitator Terbaik yang turut dipertandingkan di dalam konvensyen tersebut. Gambah yang ditunjuk di atas adalah penyampaian juara kepada Kumpulan Vitalize. Kemenangan ini dianggap sebagai penutup tirai terbaik bagi Jabatan Perpustakaan untuk tahun 2010.



Rujukan:

  1. http://www.usim.edu.my/qusim/index.php?option=com_content&view=article&id=33&Itemid=35
  2. http://usim-lib.blogspot.com/search/label/Berita%20Perpustakaan

 

1 comment:

  1. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan

    Bermain Poker Online di www , SmsQQ ,

    com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player -

    Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika

    Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan

    Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara

    lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun -

    AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi

    Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com


    bosku minat daftar langsung aja bosku^^

    ReplyDelete