Thursday, February 24, 2011

ISO-Kumpulan KIK Klik di PTSL

KIK KLIK

Nama Kumpulan: KLIK

Tarikh Penubuhan: 10 Julai 2007

Organisasi: Perpustakaan UKM

Bahagian: Perkhidmatan Penyelidikan dan Perkhidmatan Maklumat

Etika:   -Sentiasa mengutamakan pelanggan

            -Meningkatkan kualiti perkhidmatan

            -Ikhlas menjalankan tugas

Objektif: Memberi perkhidmatan yang efektif, cekap dan tepat melalui kemudahan                                             

                ICT

Moto: Satu Klik Sejuta Maklumat

 

 

1) Sistem yang telah dibangunkan oleh KIK KLIK:

 

a) Sistem e-Klik

e-Klik merupakan sistem permohonan dalam talian bagi Borang Soalan Rujukan LanjutanBorang Permohonan Sistem Pembekalan Penerbitan danBorang Permohonan Bahan yang disediakan untuk kemudahan Pelanggan berdaftar Perpustakaan UKM. Sistem ini dibangunkan oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) KLIK, Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL).

 

b) Sistem JetP

JetP (Jurnal elektronik Teks Penuh Perpustakaan) merupakan sebuah pangkalan data yang mengandungi senarai koleksi jurnal elektronik langganan Perpustakaan UKM. Ia telah dibangunkan oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) KLIK, Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM pada Disember 2009. Terdapat 13 buah pangkalan data jurnal elektronik di dalam JetP seperti ScienceDirect, EBSCOHost, Wiley Blackwell, ProQuest Education Journal, Oxford Journal.Antara kategori carian jurnal yang disediakan ialah Judul Jurnal, ISSN, Subjek dan Judul Pangkaln Data.

 

 

 

                                                                                                                                                              ;                                                                                                                                 

2) Penganalisisan Masalah

Setelah penetapan sasaran dibuat, ahli-ahli KIK KLIK perlu menganalisa masalah dari segi punca yang membawa kepada masalah tersebut. Ahli-ahli KIK KLIK perlu menghuraikan masalah dengan terperinci dengan menggunakan teknik 5W 1H.  Proses kerja boleh dibuat dalam bentuk Carta Aliran Kerja.  Seterusnya KIK menganalisis sebab-sebab kepada masalah menggunakan teknik:

·         Rajah Sebab Akibat

·         Rajah Hubungkait, Peta Minda, Rajah Affinity dan percambahan fikiran.

Cadangan Penyelesaian

Setelah analisa masalah tercapai, ahli kumpulan KIK KLIK akan memerlukan cadangan/alternatif yang dihasilkan daripada perbincangan bersama. Cadangan penyelesaian atau penambahbaikan diperolehi dari setiap ahli kumpulan melalui sesi percambahan fikiran.  Kekuatan dan kelemahan cadangan dihuraikan satu persatu.  Ahli-ahli KIK KLIK perlu memilih cadangan yang terbaik yang dilakukan melalui teknik-teknik:

·         Analisis Pro dan Kontra

·         Analisis SWOT

·         Analisis SMART

·         Analisis Rajah Pokok

Persembahan

Setelah alternatif cadangan penyelesaian telah dikumpulkan dan dianalisakan, langkah seterusnya adalah mempersembahkan idea-idea tersebut dalam bentuk yang bermakna dan mudah difahami untuk mempermudahkan kerja ahli-ahli KIK KLIK.

 

Pertimbangan dan Keputusan

Semasa membuat pertimbangan untuk memilih alternative penyelesaian yang terbaik, adalah perlu untuk mengkaji kekuatan dan kelemahan setiap satunya. Namun yang paling penting sekali adalah memperolehi persetujuan bersama daripada semua pihak yang terlibat. Isu ini adalah pertimbagan yang kritikal kerana tanpa persetujuan daripada semua pihak, adalah sukar bagi menjayakan program KIK KLIK.

 

Perlaksanaan

Setelah persetujuan bersama telah diperolehi dalam memilih alternatif terbaik, maka idea ini perlulah dilaksanakan. Alatan KIK yang digunakan dalam pelaksanaan projek PTSL ialah

·         Kertas Semak

·         Gambah Rajah Pareto

·         Histogram

·         Graf

·         Carta Sebaran

Penyemakan

Salah satu objektif utama dalam aspek penyemakan adalah memastikan hasil kerjanya adalah selaras dengan objektif yang telah ditetapkan. Ia juga akam memastikan kualiti hasil keputusan selalu terjamin baiknya.Antara alat-alatan yang terlibat dalam penyemakan adalah Carta Grant, Carta PERT/CPM.

Carta Grant ialah carta berbentuk bar yang menunjukkan susunan langkah-langkah/aktiviti di dalam suatu projek dan masa yang diperuntukkan bagi menyelesaikan setiap langkah/aktiviti tersebut.

Carta PERT ialah Rajah yang menggunakan garisan bagi mewakili turutan aktiviti-aktiviti dan masa yang diperuntukkan di dalam menyiapkan sesuatu projek di mana melaluinya masa terpanjang (laluan genting) projek dapat disiapkan boleh diketahui.

 

Tindakan

Tindakan dalam konteks ini merujuk kepada tindakan pembetulan yang perlu diambil sekiranya mendapati masalah wujud semasa perlaksanaan atau pelaksanaannya adalah tidak selaras dengan objektif yang telah ditetapkan. Tindakan pembetulan memerlukan kemahiran memerhati yang teliti dan haruslah diambil tindakan dengan segera tanpa sebarang keraguan untuk meminimakan masalah-masalah yang tidak diingini.

 

Pencapaian

Selepas 39 tahun ditubuhkan, PTSL menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan, antaranya:

1. Johan Konvensyen KMK Peringkat Negeri Selangor (2003)

2. Anugerah Kualiti Naib Canselor UKM (2004)

3. Anugerah Kualiti Setiausaha Negeri Selangor (2004)

4. Anugerah Khas Juri (Kategori Perpustakaan Besar), Pertandingan Perpustakaan   

    Cemerlang, Persatuan Pustakawan Malaysia (2008)

5. Naib Johan Konvensyen KIK Perpustakaan se-Malaysia pertama (2008)

6. Naib Johan Konvensyen KIK Perpustakaan seMalaysia kedua – 2009

7. Johan Perarakan Maulidur Rasul UKM 1431H (2010M)

 

 

 

 

Sasaran Kualiti Masa Depan

 

Sasaran Kualiti Masa Depan Kumpulan Klik ini ialah menaiktarafkan perkhidmatan sedia ada dengan memanfaatkan kemudahan ICT ke arah memperkasakan sistem penyampaian awam untuk warga UKM

 

Konvensyen KIK pentas kakitangan pamer kreativiti dan inovasi

Disember 26, 2007 oleh webmasterptsl

Perpustakaan UKM telah menganjurkan Konvensyen KIK yang melibatkan 13 kumpulan KIK perpustakaan. Konvensyen yang diadakan pada 17 Disember di Ruang Serbaguna Perpustakaan Tun Seri Lanang menjadi pencetus bagi meneruskan kecemerlangan Perpustakaan dalam melahirkan pasukan KIK (dulunya KMK) yang terbaik. Persembahan pasukan telah diadili oleh Ketua Pustakawan, Encik Abu Bakar Maidin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Puan Hafsah Mohd. serta Ketua Perpustakaan Hospital UKM, Puan Maimuan Kadir.

Berikut adalah keputusan Konvensyen tersebut;

Johan :
Pasukan KIK KLIK
(Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan)
Nama Projek : " Mengenalpasti Permohonan Pelanggan di Meja Penasihat Pembaca".

Naib Johan :
Pasukan KIK ProTag
(Bahagian Katalog )
Nama Projek : " Memantapkan Pengurusan Rekod Pemeriksaan Bahan dan Pengesahan Penerimaan (PTSL/OLEH-B4)".

Ketiga :
Pasukan KIK SMART
(Bahagian Pentadbiran & Kualiti dan Bahagian Sistem & Teknologi Maklumat)
Nama Projek : Mengesan Lokasi Perkakasan Komputer di Perpustakaan Tidak Efisyen"


Rujukan:

1) http://www.ukm.my/library/inspirasi6.pdf

2) http://ptsl.wordpress.com/2007/12/26/konvensyen-kik-pentas-kakitangan-pamer-kreativiti-dan-inovasi/

 

 


1 comment:

  1. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan

    Bermain Poker Online di www , SmsQQ ,

    com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player -

    Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika

    Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan

    Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara

    lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun -

    AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi

    Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com


    bosku minat daftar langsung aja bosku^^

    ReplyDelete