Wednesday, February 23, 2011

Kumpulan Violet - KMK Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM)

Pengenalan

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca sebelum ini. Seksyen Kualiti secara rasminya diwujudkan mulai tarikh 1 Januari 2004 setelah berlakunya penyusunan semula Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM). Bahagian ini telah diletakkan di bawah pengurusan Program Sumber Manusia dan Kualiti.

 

Perkhidmatan KMK

1)      Menyediakan piawai dan mensasarkan penanda aras tahap kualiti produktiviti yang perlu dipatuhi oleh Jabatan.

2)      Menyediakan garis panduan pelaksanaan peningkatan kualiti Jabatan supaya sentiasa selaras dengan kehendak Jabatan.

3)      Menyelaras dan melaksanakan program-program kualiti seperti berikut:-
- Membentuk Manual Prosedur Kerja Jabatan.
- Hari Bertemu Pelanggan Jabatan.
- Hari Bertemu Pelanggan Kementerian.
- Pertandingan Piagam Pelanggan Jabatan.
- Pertandingan Piagam Pelanggan Kementerian.
- Pertandingan KMK Jabatan.
- Pertandingan KMK Kementerian.
- Pertandingan Stesen Kajicuaca Terindah.
- Pertandingan Pejabat Kajicuaca Terbaik.
- Pertandingan Kualiti Perkhidmatan Telefon Terbaik.
- Pertandingan Kaunter Terbaik Kementerian.
- Pertandingan Inovasi. 

 

Pencapaian

Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca dipilih sebagai pemenang Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM) 2003 bagi sector awam dengan menewaskan 20 agensi lain yang turut dicalonkan bagi anugerah kategori itu. Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca menerima sebuah piala Anugerah Kualiti Perdana Menteri, wang tunai RM30,000, sijil penghargaan serta kebenaran untuk menggunakan logo dan perkataan "Pemenang Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2003" selama tempoh 3 tahun.

 

Aktiviti yang dilaksanakan

Kerajaan telah mengisytiharkan tahun ini sebagai tahun Malaysia Inovatif 2010 (MI2010). Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah dilantik sebagai penyelaras utama program ini dengan penyertaan bersepadu semua pihak termasuk sektor awam dan swasta termasuk semua lapisan masyarakat.

 

Sehubungan dengan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) tidak ketinggalan telah mengadakan beberapa program dan aktiviti sempena Hari Inovasi 2010 di peringkat jabatan dengan tema "Pekerja Inovatif Pemacu Transformasi". Sambutan Hari Inovasi peringkat jabatan ini telah diadakan pada Isnin, 13 Disember 2010 di Dewan Auditorium, Ibu Pejabat JMM.

 

Sempena sambutan Hari Inovasi bagi tahun 2010, JMM telah mengadakan beberapa pertandingan berkaitan inovasi seperti Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Pertandingan Stesen Terbaik dan Terindah, Pertandingan Kulit Laporan Tahunan Terbaik, Pertandingan Forecaster Terbaik, Pertandingan Observer Terbaik dan Pertandingan Penulisan Kertas Penyelidikan Terbaik.

 

Sambutan Hari Inovasi JMM 2010 ini mencerminkan kepentingan budaya inovasi dalam mendukung agenda transformasi sektor awam secara menyeluruh bagi mencapai mutu dan kualiti perkhidmatan yang lebih baik. Ia bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga perkhidmatan awam yang mengambil inisiatif secara berterusan untuk melaksanakan inovasi dalam organisasi masing-masing. Bagi menyokong usaha ini, kerajaan telah memperuntukkan ganjaran lumayan di peringkat kementerian dan agensi iaitu sebanyak RM 1 juta kepada kementerian dan agensi yang berjaya mengungguli anugerah inovasi perdana menteri. Anugerah ini diberikan kepada agensi yang menunjukkan kecemerlangan dalam penghasilan inovasi yang benar-benar signifikan dan berimpak tinggi. Pada tahun lalu, jabatan hasil dalam negeri telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah tersebut.

 

Kumpulan inovatif dan kreatif (kik) merupakan penambahbaikan daripada pelaksanaan kumpulan meningkat mutu kerja (kmk). Demi memastikan perkhidmatan kelas pertama dapat disampaikan kepada rakyat. Ia dapat menjadi pemangkin dan galakan kepada setiap anggota JMM untuk berkongsi idea-idea kreatif dan bernas bagi memudahkan tugasan seharian agar memberikan impak yang tinggi kepada perkhidmatan kerajaan.

 

Berikut ialah senarai pemenang bagi pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan sempena Hari Inovasi JMM 2010.

 

(i) Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

Tempat Pertama : Pusat Ramalan Cuaca

Tempat Kedua : Bahagian Geofizik dan Tsunami

Tempat Ketiga : Pejabat Metorologi Butterworth

 

(ii) Pertandingan Stesen Terbaik (Inovasi) dan Terindah

Tempat Pertama : Stesen Meteorologi Kuching dan Stesen Udara Atas Kuching, Sarawak

Tempat Kedua : Stesen Meteorologi Muadzam Shah, Pahang

Tempat Ketiga : Stesen Meteorologi Batu Pahat, Johor

 

(iii) Pertandingan Pematuhan Piagam Pelanggan Terbaik

Tiada pemenang.

 

(iv) Pertandingan Kulit Laporan Tahunan (Elemen Inovasi Terbaik)

Tempat Pertama : En. Mohd Yusof Bin Sa‟ari

Stesen Meteorologi Cameron Highlands

Tempat Kedua : En. Ong Kim Cheng

Seksyen Kualiti,

Ibu Pejabat JMM.

 

(v) Pertandingan Forecaster Terbaik

En. Kaliappan a/l Vediapan

Pn. Fadila Jasmin Fakarudin

 

(vi) Pertandingan Observer Terbaik

En. Tan Kok Chong

En. Bon Chin Shiw

En. Liew Siew Khoon

Pn Rosnah Bt. Sahari

Pn. Saifeena Abdullah@ Dorothy Tunyah

En. Dinis Noeid

En. Muhamad Tafmimie Jaidi

En. Mohamad Fazli Taufek

Pn. Rosliza Rosli

Pn. Adeline Singaii

 

(vii) Pertandingan Penulisan Kertas Penyelidikan Terbaik

a) Extreme Climate Change Scenarios Over Malaysia for 2001-2009

b) Tsunami Database for the National Tsunami Early Warning Centre of Malaysia : Toward The Implementation Plan of Regional Tsunami Watch Providers (RTWP)

c) Relationship Between Maximum SustainedWind Speed and Central Pressure of tropical Cyclones

 

Rujukan

1)      http://www.met.gov.my/images/pdf/akpm.pdf

2)      http://www.met.gov.my/images/pdf/newsEvent/hari_inovasi_2010_bm.pdf

3)      http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=900&Itemid=1000&limit=1&limitstart=0

 

Kumpulan Violet:

Tee Pei Pei                              A117059

Lee Li Ying                             A117181

Chew Fong Yee                      A117314

Soo Pei Yin                             A117327

No comments:

Post a Comment