Sunday, February 20, 2011

KUMPULAN NICE-Pemenang AKPM Sektor Awam

KUMPULAN NICE-Pemenang AKPM Sektor Awam

            Juara Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM) terkini ialah UiTM. Terdapat 6 faktor utama yang membolehkan UiTM memenangi anugerah ini. Kepimpinan yang komited kepada pemberian perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan tahap kualiti sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa. Penglibatan semua warga UiTM dalam merealisasikan visi, misi serta objektif kualiti yang telah dikenalpasti oleh Pengurusan Atasan UiTM. Pengenalpastian dan pengurusan proses-proses utama secara cekap dan berkesan. Selain itu, UiTM juga sentiasa memastikan sistem pengurusan dipantau secara berkesan bagi menghasilkan penambahbaikan berterusan. Pengamalan pengumpulan data dan fakta bagi tujuan mengenalpasti ruang-ruang bagi tindakan bersesuaian untuk mencegah kegagalan ke arah pencapaian objektif kualiti yang disasarkan. Akhir sekali, UiTM juga menjalin hubungan baik dengan pihak berkepentingan seperti Kementerian Pendidikan Tinggi, Kolej-kolej bersekutu, bakal majikan, Universiti-universiti di dalam dan luar negara.

            Untuk mendapat anugerah ini, Uitm mempunyai beberapa kekuatan yang unik dan tidak ada dalam jabatan atau industri lain. Kekuatan-kekuatan tersebut meliputi majoriti staf yang komited, berdedikasi dan bekerja keras melebihi keperluan demi mempertingkatkan dan memartabatkan pendidikan dan kelulusan anak bumiputera,  usaha dinamik untuk menghasilkan penambahbaikan di semua peringkat secara berterusan melalui kerjasama dan sokongan tidak berbelah bagi dari staf akademik dan pentadbiran berpandukan Tema Tahunan ke arah peningkatan kualiti berlandaskan ISO 9001:2000, usaha memberi penghargaan dan pengiktirafan yang sewajarnya kepada individu dan juga pusat tanggungjawab melalui anugerah tahunan seperti Anugerah Khidmat Cemerlang dan Anugerah Kualiti Naib Canselor ( AKNC ), bilangan program yang banyak dan meliputi bidang-bidang khusus yang tidak ada di IPTA lain, serta sistem pengurusan yang mengambilkira keperluan keanjalan perancangan bagi menampung dan mencapai hasrat RMN dan KPT yang kadangkala terpaksa dihadapi secara mendadak seperti meningkatkan kemasukan pelajar ke 2000000.

            Memenangi anugerah sebagai juara tidaklah sehebat mengekalkan prestasi sebagai juara. Oleh itu, UiTM telah mengambil pelbagai pelan tindakan dalam mengekalkan standard pengurusan yang cemerlang ini. Usaha-usaha yang diambil adalah seperti usaha penilaian kendiri yang menepati keperluan AKPM akan diteruskan seperti biasa, mengenalpasti jurang-jurang penambahbaikan yang masih ada, memantapkan Pelan Perancangan Tindakan Kualti 2009-2014, memantapkan dan memperkasakan lagi usaha "internal benchmarking" melalui Konvensyen Amalan Terbaik, serta memperluaskan usaha "external benchmarking".

            Untuk mendapat anugerah ini, UiTM telah melalui pelbagai kepayahan dan pelbagai tindakan telah diambil untuk menyelesaikannya. Kekangan di mana terdapat sebahagian dari aktiviti dalam proses utama kami yang di luar kawalan dan tertakluk kepada keputusan kabinet - paling sukar dan mencabar. UiTM ialah Mega Universiti yang memastikan semua Pusat Tanggungjawab mendapatkan pensijilan dan mengamalkan ISO 9001:2000, memantau sistem Pengurusan Kualiti di peringkat pusat melalui pensijilan peringkat korporat, serta pengstrukturan semula. Bagi UiTM, kemenangan ini merupakan penilaian yang bebas dan pengiktirafan kepada usaha-usaha penambahbaikan yang telah bermula sejak tahun 1994 lagi, dan juga merupakan satu cabaran bagi UiTM supaya berusaha dengan lebih gigih lagi ke arah mendapatkan pengiktirafan di peringkat global.

            Langkah susulan UiTM untuk menjamin kualiti cemerlang bagi tempoh seterusnya pada 2011 ialah membudayakan 8 prinsip pengurusan berkualiti, melipatgandakan usaha ke arah peningkatan kualiti pengajaran dan pendidikan, melipatgandakan usaha pengajaran, penyelidikan dan pengkomersialan ilmu berpandukan tema "Pendidikan Sepanjang Hayat", serta meningkatkan usaha penandaarasan dan berkongsi pengalaman dengan IPTA dan IPTS lain bagi merapatkan jurang perbezaan.

1 comment:

  1. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan

    Bermain Poker Online di www , SmsQQ ,

    com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player -

    Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika

    Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan

    Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara

    lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun -

    AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi

    Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com


    bosku minat daftar langsung aja bosku^^

    ReplyDelete