Monday, February 21, 2011

Kumpulan Zero Defects - Kumpulan Inovatif dan Kreatif Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (KIK, PPUKM)

Kumpulan Inovatif dan Kreatif Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (KIK, PPUKM)


PENGENALAN

Pembentukan Jawatankuasa KIK PPUKM

Mesyuarat pembentukan Jawatankuasa KIK PPUKM telah diadakan pada 19 Mei 2010. Struktur Jawatankuasa adalah seperti berikut:


Penasihat : Dato' Dr Noorimi Hj Murad (Ketua Pegawai Operasi)

Pengerusi : En Mohd Faizor Hj. Hassan

Setiausaha : Pn. Habsah Aziz

 

Ahli Jawatankuasa:

1. Pn. Foziah Hanon

2. En. Norhishah Elias

3. En. Mohamad Norman Mohd Nordin

4. Unit Latihan PPUKM (Urusetia Latihan KIK)


Terma rujukan jawatankuasa KIK PPUKM

Terma rujukan bagi Jawatankuasa KIK PPUKM adalah seperti berikut:

  1. Menyediakan peruntukan kewangan untuk aktiviti latihan termasuk kaedah pemikiran kreatif, pelaksanaan projek, persembahan projek, promosi, penyertaan dalam konvensyen, lawatan, penghargaan dan pengiktirafan
  2. Menentukan objektif dan hala tuju KIK
  3. Menentu dan melantik fasilitator
  4. Mendaftar kumpulan dan keahliannya
  5. Menilai dan memantau keberkesanan Program KIK
  6. Menyelaras penyeragaman cadangan penyelesaian daripada Program
  7. Mengenal pasti output yang berpotensi untuk tujuan pendaftaran hak cipta dan pengkomersilan

(Terma rujukan ini adalah berpandukan Pekeliling Jabatan Perdana Menteri bertarikh 1 November 2009: Panduan Mengenai Kumpulan Inovatif dan Kreatif)

 

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Persembahan Pengurusan KIK PPUKM 2010

Persembahan pengurusan KIK 2010 telah diadakan pada 1 September 2010 (Rabu) di Dewan Kuliah 1, Pusat Perubatan UKM. Tujuan persembahan pengurusan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada semua kumpulan yang akan menyertai Konvensyen KIK peringkat UKM yang akan diadakan pada Oktober nanti mempersembahkan projek yang telah dijalankan oleh kumpulan masing-masing. Terdapat 11 kumpulan yang telah menyertai persembahan pengurusan tersebut. Kumpulan-kumpulan tersebut adalah:

 

KUMPULAN MEDICOM, Jabatan Kesihatan Masyarakat, PPUKM (Pengurusan)

KUMPULAN FRONTLINE, Jabatan Perubatan Kecemasan, PPUKM (Teknikal)

KUMPULAN INFOTECH, Jabatan Teknologi Maklumat, PPUKM (Pengurusan)

KUMPULAN TEN, Jabatan Ortorinolaringologi, PPUKM (Teknikal)

KUMPULAN MEDIPRIMA, Jabatan Maklumat Kesihatan, PPUKM (Pengurusan)

KUMPULAN ONE TOUCH, Jabatan Kewangan, PPUKM (Pengurusan)

KUMPULAN IMPAQ, Jabatan Kualiti, PPUKM (Pengurusan)

KUMPULAN IRIS, Jabatan Radioterapi dan Onkologi, PPUKM (Teknikal)

KUMPULAN SINARAN, Jabatan Radiologi, PPUKM (Teknikal)

KUMPULAN BRAVE, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan (Teknikal)

KUMPULAN SIBER, Perpustakaan, PPUKM (Pengurusan)

 

PENCAPAIAN TERKINI

Konvensyen KIK Peringkat Negeri Selangor 2010

Kumpulan Farsis dari Jabatan Farmasi PPUKM telah mewakili UKM di dalam Konvensyen KIK Peringkat Negeri Selangor bagi Kategori Pengurusan. Pertandingan Konvensyen KIK yang Ke 23 Peringkat Negeri Selangor Darul Ehsan bagi Sektor Awam Tahun 2010 tersebut telah diadakan pada 27–28 Julai 2010 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam.

 

Berikut adalah ringkasan keputusan kumpulan KIK yang menyertai konvensyen tersebut:

- KUMPULAN CHARGE, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM (Naib Johan Kategori Teknikal)

- KUMPULAN FARSIS, Jabatan Farmasi, PPUKM (Hadiah Saguhati Kategori Pengurusan)


Konvensyen KIK Peringkat MPC Wilayah Timur 2010

Konvensyen KIK Peringkat MPC Wilayah Timur 2010 telah diwakili oleh 2 kumpulan dari PPUKM. Kumpulan tersebut adalah:

 

- KUMPULAN BENUA CIPTA, Jabatan Radiologi, PPUKM

- KUMPULAN FARSIS, Jabatan Farmasi, PPUKM

 

Konvensyen yang telah diadakan pada 26-27 Julai 2010 di Hotel Renaissance Kota Bharu, Kelantan itu juga telah disertai oleh pelbagai institusi awam dan swasta.

 

Syabas dan tahniah kepada kedua-dua kumpulan yang terlibat kerana telah berjaya memenangi anugerah emas bagi Konvensyen KIK Peringkat MPC Wilayah Pantai Timur.

 

Konvensyen KIK Peringkat MPC Wilayah Tengah 2010

Syabas dan tahniah kepada semua peserta KIK Peringkat MPC Wilayah Tengah yang telah diadakan pada 19-20 Julai 2010 di Grand Dorsett Hotel, Subang Jaya, Selangor. UKM telah diwakili oleh 3 kumpulan iaitu:

 

- KUMPULAN CHARGE, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM

- KUMPULAN IMPAQ, Jabatan Kualiti, PPUKM

- KUMPULAN PRO-REHAB, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, PPUKM

 

Ketiga-tiga kumpulan KIK yang menyertai konvensyen tersebut telah memenangi anugerah emas.

 

Konvensyen KIK Peringkat IPTA 2010

Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat IPTA kali ke-6 telah diadakan pada 18-20 Febuari 2010 di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.

 

UKM telah diwakili oleh 4 kumpulan:

Kategori Pengurusan

1. KUMPULAN FARSIS, Jabatan Farmasi, PPUKM.

2. KUMPULAN PROTAG, Perpustakaan Tun Seri Lanang.

 

Kategori Teknikal

1. KUMPULAN CHARGE, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM.

2. KUMPULAN BENUA CIPTA, Jabatan Radiologi, PPUKM.

 

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah memenangi JOHAN KESELURUHAN sempena Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat IPTA Kali ke-6 ini dengan mengalahkan sepuluh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain. Antara anugerah lain yang diterima oleh UKM adalah seperti berikut :

 

Johan Keseluruhan dan Johan Kategori Teknikal

Kumpulan CHARGE dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,UKM

 

Naib Johan Kategori Teknikal

Kumpulan BENUA CIPTA dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi, PPUKM

 

Anugerah Fasilitator Terbaik

Puan Farizah Ansarudin (Kumpulan Charge)


Sumber:

http://kikppukm.blogspot.com/

 

Nama Ahli Kumpulan Zero Defects

1. Lee Chin Foo         A122133

2, Too Seng Choon    A122681

3. Khor Shu Wen       A122798

4. Teo Pi Fang          A125859

5. Vivian Soon Li Hui A125921

 

No comments:

Post a Comment