Thursday, February 24, 2011

Kumpulan Nice

Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK)Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kampus Kesihatan USM


Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap usaha-usaha memperkenalkan inovasi dan membuat penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Ia bertujuan untuk menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada anggota Perkhidmatan Awam untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri. Program ini dinamakan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).

Keahlian KIK tidak hanya terhad di kalangan anggota kumpulan sokongan dalam satu bahagian sahaja tetapi ia meliputi semua peringkat anggota dan boleh merentasi pelbagai bahagian dalam organisasi berkenaan. Program KIK bukan sahaja menyediakan teknik-teknik untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi, tetapi juga merangkumi kaedah untuk membolehkan ahli-ahli KIK bertindak secara kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk yang baru melalui kemahiran imaginasi yang membawa kepada peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

KIK merupakan mekanisme pengurusan yang berkesan untuk membina modal insan dalam Perkhidmatan Awam yang berketerampilan tinggi bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan agensi-agensi Kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Di samping itu, KIK juga mempunyai prinsip asas yang mengiktiraf pekerja sebagai sumber paling bernilai dalam organisasi dan menyediakan forum kepada mereka untuk melibatkan diri dalam proses membuat keputusan dan seterusnya melaksanakan tindakan yang diputuskan secara berpasukan.

 

Objektif KIK adalah seperti berikut: :

  • Perkongsian ilmu dan penyelesaian masalah serta memperkenalkan amalan terbaik dalam aspek pengurusan tempat kerja.
  • Membuka minda setiap pekerja bahawa kreativiti dan inovasi merupakan teras kejayaan dalam pekerjaan dan menggalakkan para pekerja agar dapat berfikir di luar kotak.
  • Memberi kesedaran dan perangsang kepada kumpulan yang bertanding dan rakan-rakan lain bahawa semangat kekitaan, bekerjasama dan muafakat dalam pekerjaan dapat meringankan beban dan menyelesaikan masalah yang timbul.
  • Memberi pengiktirafan dan sokongan kepada kumpulan-kumpulan KIK yang telah berjaya dalam melaksanakan projek masing-masing.
  • Memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan KIK PPSK bagi mewakili USM di Konvensyen-konvensyen KIK peringkat Zon, IPTA, Kebangsaan dan Antarabangsa.

Antara faedah KIK kepada organisasi seperti PPSK adalah :

  • Memperkenalkan sistem dan cara kerja baru
  • Menjana kecemerlangan organisasi melalui pendekatan kreativiti, inovasi dan penciptaan nilai (value creation)
  • Memperbaiki sistem, proses dan cara kerja
  • Mengeratkan perhubungan di antara pekerja dengan pihak pengurusan
  • Memupuk kerjasama di kalangan warga organisasi
  • Meningkatkan daya saing organisasi
  • Membolehkan organisasi menghasilkan satu sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan menepati kehendak pelanggan

Antara faedah KIK kepada perkhidmatan adalah:

  • Memupuk kerjasama antara agensi melalui penyeragaman inovasi atau penambahbaikan yang dihasilkan
  • Menjimatkan kos dan masa keseluruhan operasi perkhidmatan
  • Meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan
  • Meningkatkan kepuasan pelanggan dan stakeholders
  • Meningkatkan imej Perkhidmatan Awam

STRUKTUR KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PPSK

1. Jawatankuasa Pemandu Kualiti PPSK

  • Menyediakan peruntukan kewangan untuk aktiviti latihan termasuk kaedah pemikiran kreatif, pelaksanaan projek, persembahan projek, promosi, penyertaan dalam konvensyen, lawatan, penghargaan dan pengiktirafan
  • Menentukan objektif dan hala tuju KIK
  • Menentu dan melantik fasilitator
  • Mendaftar kumpulan dan keahliannya
  • Menilai dan memantau keberkesanan Program KIK
  • Menyelaras penyeragaman cadangan penyelesaian daripada Program KIK ke dalam Perkhidmatan Awam
  • Mengenal pasti output yang berpotensi untuk tujuan pendaftaran hak cipta dan pengkomersilan

2. Fasilitator

  • Berhubung dengan semua peringkat pengurusan serta mendapat sokongan dan bantuan mereka
  • Memberi latihan kepada ketua-ketua kumpulan dan membantu melatih ahli-ahli kumpulan apabila diperlukan
  • Mengekalkan suasana yang terbuka dan menyokong
  • Memastikan kumpulan menumpukan aktiviti-aktiviti mereka terhadap projek yang berkaitan dengan kerja mereka
  • Sebagai perantara dalam mengekalkan keharmonian kumpulan
  • Sebagai pakar rujuk kepada kumpulan
  • Mengesan dan memastikan kemajuan kumpulan

3. Ketua Kumpulan

  • Melatih ahli-ahli mengenai teknik penyelesaian masalah/ penambahbaikan/penciptaan baru dengan bantuan fasilitator di mana perlu
  • Bertanggungjawab terhadap kelancaran aktiviti -aktiviti kumpulan dan memupuk semangat kerjasama dan harmoni
  • Membantu kumpulan menyimpan rekod dan membuat persediaan bagi persembahan pengurusan
  • Mengelola dan mempengerusi mesyuarat dengan teratur dan berkesan
  • Menunjukkan minat dan sokongan kepada kumpulan
  • Menggalakkan pekerja-pekerja lain menjadi ahli
  • Membantu menyelesaikan masalah-masalah ahli
  • Menguatkuasakan disiplin bekerja secara berkumpulan

4. Ahli Kumpulan

  • Menghadiri mesyuarat secara tetap dan tepat pada waktunya
  • Menumpukan usaha menyempurnakan projek kumpulan
  • Mengenal pasti projek, menyumbangkan idea, menjalankan kajian, melaksanakan cadangan-cadangan penyelesaian dan penambahbaikan serta memantau keberkesanan pelaksanaan projek
  • Mengambil bahagian semasa persembahan pengurusan berdasarkan pembahagian tugas yang telah ditetapkan

 

Nama Kumpulan: LESTARI

Logo:

         

Tahun Ditubuhkan 2009

Fasilitator
Dr. Mohamed Saat Ismail

Ketua Kumpulan
En. Mohd Asri AriffinEn Mohd Rahim Abd Wahid

Ahli Kumpulan

1.

Pn. Masliza Yazid

2.

Cik Mardhiah Mohamed

3.

En. Mohd Rahim Abd Wahid

4.

En. Mohd Hariri Hashim

5.

En. Nik Fakuruddin Nik Ali

6.

En. Mohd Kamarul Zaman b. Ibrahim

7.

Nor Haslina Mohd

8.

Pn. Suzana Hassan


Tajuk Projek:
"FLEXMOD"

 

Abstrak ringkas projek

Hasil daripada penempatan klinikal yang dijalani oleh staf pemulihan di Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), didapati ramai pesakit strok kronik yang terlantar sukar untuk mengubah posisi. Tinjauan di Rumah Sri Kenangan (RSK) Pengkalan Chepa juga mendapati ramai penghuni RSK menderita kerana strok kronik dan menghadapi kesukaran yang sama untuk bergerak. Menurut Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM) pada tahun 2007, strok adalah penyebab ketiga kematian di Malaysia. Strok juga merupakan penyumbang utama kepada masalah kurang upaya. Masalah utama pesakit strok kronik adalah untuk mengubah posisi dari baring ke duduk. Mereka memerlukan bantuan setiap kali ingin mengubah posisi. Keadaan ini mendorong kepada komplikasi seperti masalah respiratori dan kudis tekanan. Ini menyukarkan proses pemulihan ke atas pesakit dan menyebabkan keadaan pesakit semakin serius. Menyedari betapa pentingnya pergerakan dan perubahan posisi pada pesakit strok kronik, maka kumpulan kami telah memperkenalkan satu alat yang dinamakan FlexMod (Flexible Modality). Ia adalah hasil inovasi dari pengubahsuaian kusyen kereta yang terpakai dan dijadikan alat untuk membantu pengubahan posisi pesakit tanpa bantuan pihak lain. Faedah yang diperolehi daripada projek ini ia dapat mengurangkan kos operasi sebanyak RM 2300.00 per unit jika membeli alatan baru. Kos rawatan juga dapat dijimatkan sebanyak RM 270.00 sebulan yang digunakan untuk merawat komplikasi strok. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan kualiti hidup pesakit strok kronik. Faedah-faedah lain yang boleh dapati dari projek ini ialah ia dapat merapatkan hubungan antara staf dari pelbagai unit di PPSK, dan juga meningkatkan daya kreativiti di kalangan staf PPSK. Dan yang paling penting ia dapat merealisasikan misi PPSK untuk menghasilkan inovasi yang dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

PERINGKAT KEBANGSAAN

1. Anugerah Emas 3 Bintang di Konvensyen Kebangsaan KIK 2010

PERINGKAT NEGERI/ZON

1. Anugerah Emas di Konvensyen KIK 2010 Zon Wilayah Pantai Timur

2. Anugerah Perak di Konvensyen KIK 2009 Zon Wilayah Pantai Timur

PERINGKAT UNIVERSITI

1. Saguhati Kategori Teknikal di Konvensyen KIK Kampus Kesihatan 2010

2. Tempat ke 3 Kategori Teknikal di Konvensyen KIK Kampus Kesihatan 2009

 

 

Nama Kumpulan: Tualang

Tahun Ditubuhkan:2008

Fasilitator:Dr Rohaliney Hashim

Ketua Kumpulan:Puan Hafizah Harun

 

Ahli Kumpulan

1.

Dr. Tee Get Bee @ Yvonne

2.

Dr. Hamid Jan bin Jan Mohamed

3.

Pn. Halimatun Saadiah Mohd Rawee

4.

Pn. Jauwiah Mamat

5.

Pn. Juskasmini Jusoh

6.

Pn. Norma Abd Ghani

7.

En. Mohd Nazri Mat Husin

Tajuk Projek: Supporting Staff Reward System (SSRS)

 

Abstrak ringkas projek

Perkhidmatan staf sokongan merupakan faktor utama yang menentukan pembangunan dan perkembangan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK). Memandangkan bidang tugas jabatan PPSK adalah berorientasikan perkhidmatan, maka prestasi perkhidmatan staf sokongan perlu diambilberatkan bagi menjaga imej Jabatan dengan signifikan. Berikutan itu, kumpulan kami telah mengambil keputusan untuk memilih Sistem Ganjaran Staf Sokongan sebagai projek kumpulan ICC kami. Bagi tujuan itu, kumpulan Tualang menghasilkan satu inovasi sistem ganjaran staf sokongan (Supporting Staff Reward System, SSRS) yang cekap dan telus. Matlamat utamanya ialah untuk menurunkan peratus ketidakpuasan hati responden terhadap prestasi perkhidmatan staf sokongan sebanyak 20%.

PERINGKAT KEBANGSAAN

  1. Penyertaan Kategori Pengurusan di Konvensyen IPTA kali ke 6 2010

PERINGKAT NEGERI/ZON

  1. Tempat Ketiga Pertandingan Aplikasi (Kategori IPTA) Program Pembangunan Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2009

PERINGKAT UNIVERSITI

  1. Naib Johan Kategori Pengurusan di Konvensyen KIK Kampus Kesihatan 2008

 

RUJUKAN: http://www.ppsk.usm.my/ppsk/icc.nsf/intro

No comments:

Post a Comment