Friday, February 18, 2011

Kumpulan Violet - Maklumat Terkini Tentang Anugerah Kualiti Kebangsaan Malcom Baldrige

ANUGERAH KUALITI KEBANGSAAN MALCOM BALGRIGE

Anugerah Kualiti Kebangsaan Malcom Balgrige diperkenalkan pada tahun 1987. Anugerah ini diuruskan oleh Baldrige Performance Exellence Program, Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan (United States National Institute of Standard & Technology). Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan (NIST) merupakan satu agen bagi Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat.     

Baldrige National Quality Program dan anugerah yang berkaitan telah ditubuhkan oleh Malcolm Baldrige National Quality Improvement Act of 1987 (Public Law 100–107). Pada masa itu, program dan anugerah dinamakan sebagai Malcolm Baldrige di mana beliau merupakan seorang pegawai yang menjawat jawatan sebagai Menteri Perdagangan Amerika Syarikat semasa pemerintahan Reagan. Penamaan ini bermula pada tahun 1981 sehingga peninggalan Malcolm Baldrige dalam satu kemalangan rodeo pada tahun 1987.

Namun begitu, pada tahun 2010, nama program telah ditukarkan kepada Baldrige Performance Excellence Program. Hal ini adalah bertujuan untuk mencerminkan evolusi bidang kualiti dari penekanan terhadap produk, perkhidmatan, dan kualiti pelanggan kepada penekanan yang lebih luas, lebih strategi terhadap kualiti organisasi secara keseluruhannya yang dinamakan sebagai keunggulan prestasi.      

Antara tujuan anugerah ini adalah seperti berikut:

a)      Menyebar keperluan dan mengiktiraf kecemerlangan kualiti

b)      Meningkatkan kesedaran kualiti

c)      Menyebar kejayaan secara besar-besaran tentang strategi kualiti yang diperlukan oleh organisasi di Amerika Syarikat

d)     Meningkatkan kesedaran tentang keunggulan prestasi sebagai elemen yang semakin penting dalam persaingan

e)      Mempromosikan perkongsian strategik bagi prestasi strategik yang berjaya dan kebaikan yang diperoleh dari penggunaan strategik tersebut 

Tawaran anugerah ini dibuka kepada enam kategori organisasi, iaitu:

a)      Pembuatan

b)      Perkhidmatan

c)      Perniagaan kecil

d)     Penjagaan kesihatan

e)      Pendidikan

f)       Sektor bermotif bukan keuntungan

Terdapat 18 anugerah akan diberikan setiap tahun kepada enam kategori yang berkelayakan seperti yang dinyatakan di atas. Selain itu, terdapat 91 buah organisasi yang telah menerima anugerah ini sehingga tahun 2010.      

Kriteria penganugerahan adalah berdasarkan kepada: 

a)      Kepimpinan

b)      Maklumat dan analisis

c)      Perancangan kualiti strategik

d)     Penggunaan sumber manusia

e)      Jaminan kualiti hasil dan perkhidmatan

f)       Hasil kualiti

g)      Kepuasan pelanggan

Anugerah ini adalah pengakuan formal terhadap keunggulan prestasi bagi kedua-dua organisasi awam dan organisasi swasta. Tambahan pula, anugerah ini diberikan oleh Presiden Amerika Syarikat. Selain daripada itu,

 

 

Kesan dari Program

a)      Menurut Building on Baldrige: American Quality for the 21st Century by the private Council on Competitiveness, " Lebih dari sebarang program lain, Baldrige Quality Award adalah bertanggungjawab untuk membolehkan kualiti sebagai keutamaan nasional dan menyebarkan amalan-amalan yang terbaik di seluruh Amerika Syarikat. 

b)      Manfaat bersih swasta Baldrige Program terhadap ekonomi secara keseluruhannya dijangka mencapai $ 24.65 bilion. Apabila dibandingkan dengan kos sosial program yang berjumlah $ 119 milion, nisbah faedah sosial kepada kos adalah 207 kepada 1. 

c)      Pada tahun 2007, 2008, 2009 dan 2010, majalah Leadership Excellence meletakkan Baldrige Program dalam 10 terbaik untuk kerajaan / program kepimpinan tentera di Amerika Syarikat berdasarkan tujuh kriteria seperti berikut:

                                             i.            Visi / misi

                                           ii.            Penglibatan / penyertaan

                                         iii.            Akauntabiliti / pengukuran

                                         iv.            Isi / kurikulum

                                           v.            Presenter / persembahan

                                         vi.            Take-home value / hasil untuk pelanggan

                                       vii.             Liputan dari program dan produk

d)     Sejak program ini bermula pada tahun 1987, terdapat lebih daripada 2 milion salinan versi bagi Kriteria untuk Prestasi Keunggulan bagi perniagaan / bukan keuntungan, pendidkan dan  penjagaan kesihatan telah diedarkan kepada individu dan organisasi dalam Amerika Syarikat. Pada tahun 2010, terdapat lebih daripada 2.1 milion salinan bagi Kriteria untuk Prestasi Keunggulan boleh dimuat turun dari laman web Baldrige.

 

Persekutuan Awam-Swasta

Anugerah Baldrige telah disokong oleh persekutuan awam-swasta. Organisasi yang memainkan peranan adalah seperti berikut:

a)       Foundation for the Malcolm Baldrige National Quality Award

-       Mendapatkan dana untuk meneruskan program penganugerahan secara berterusan.

b)       National Institute of Standards and Technology (NIST),

-       Merupakan satu agen bagi Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat yang menguruskan Baldrige Program.

c)       American Society for Quality (ASQ)

-       Membantu dalam pengurusan program penganugerahan di bawah kontrak dengan NIST

d)       Board of Overseers 

-       Memberi nasihat kepada Jabatan Perdagangan tentang Baldrige Program.

e)       Ahli kepada Board of Examiners

-       Terdiri daripada ahli dari organisasi perniagaan, bukan keuntungan, pendidikan dan penjagaan kesihatan di Amerika Syarikat yang secara sukarela untuk membuat penilaian terhadap permohonan anugerah dan menyediakan laporan maklum balas kepada organisasi pemohon.

-       Ahli juga berkongsi maklumat tentang program dalam profesional, perdagangan, masyarakat dan organisasi Negara mereka. Selain itu, kehakiman yang merupakan sebahagian daripada pihak penguji akan membuat cadangan kepada pengarah NIST.    

f)        Rangkaian antara Negara, serantau dan program penganugerahan yang berasakan Baldrige tempatan dikenali sebagai Alliance for Performance Excellence menyediakan pemohon anugerah dan penguji yang berpotensi, mempromosikan penggunaan Kriteria dan menyebarkan maklumat tentang proses penganugerahan dan konsep.

g)       Penerima anugerah berkongsi maklumat tentang prestasi mereka yang berjaya dan strategik yang berkualiti dengan organisasi di Amerika Syarikat yang lain. 

 

Perbezaan antara Baldrige Award dengan ISO 9000

Tujuan, kandungan dan penekanan Baldrige Award adalah berbeza dengan ISO 9000. Baldrige Award dibentuk oleh  Kongres pada tahun 1987 untuk meningkatkan daya saing Amerika Syarikat. Program penganugerahan mempromosikan kesedaran kualiti, mengiktiraf pencapaian kualiti bagi organisasi Amerika Syarikat. Kriteria anugerah Baldrige menekankan kepada hasil dan pembaikan yang berterusan. Ia menyediakan satu rangka kerja untuk mereka bentuk, melaksanakan, dan menjalankan satu proses untuk menguruskan segala operasi perniagaan.

 

Manakala ISO 9000 ialah satu siri yang mengandungi lima standard antarabangsa yang dikeluarkan pada tahun 1987 oleh International Organization for Standardization (ISO), Geneva, Switzerland. Organisasi boleh menggunkan standard tersebut untuk membantu menentukan apa yang diperlukan untuk mempertahankan sistem kualiti yang sesuai dan cekap.

Secara keseluruhannya, pendaftaran ISO 9000 merangkumi kurang daripada 10 peratus berbanding dengan kriteria anugerah Baldrige.

 

 

 

 

 

 

Penerima Anugerah Baldrige

Tahun

Penerima Anugerah

Sektor

2010

MEDRAD, Warrendale, PA

manufacturing

Nestlé Purina PetCare Co., St. Louis, MO

manufacturing

Freese and Nichols Inc., Fort Worth, TX

small business

K&N Management, Austin, TX

small business

Studer Group, Gulf Breeze, FL

small business

Advocate Good Samaritan Hospital, Downers Grove, IL

health care

Montgomery County Public Schools, Rockville, MD

education

2009

Honeywell Federal Manufacturing & Technologies, Kansas City, MO

manufacturing

MidwayUSA, Columbia, MO

small business

AtlantiCare, Egg Harbor Township, NJ

health care

Heartland Health, St. Joseph, MO

health care

VA Cooperative Studies Program Clinical Research Pharmacy Coordinating Center, Albuquerque, NM

nonprofit

2008

Cargill Corn Milling North America, Wayzata, MN

manufacturing

Poudre Valley Health System, Fort Collins, CO

health care

Iredell-Statesville Schools, Statesville, NC

education

2007

PRO-TEC Coating Co., Leipsic, OH

small business

Mercy Health System, Janesville, WI

health care

Sharp Healthcare, San Diego, CA

health care

City of Coral Springs, Coral Springs, FL

nonprofit

U.S. Army Armament Research, Development and Engineering Center (ARDEC), Picatinny Arsenal, NJ

nonprofit

2006

MESA Products, Inc., Tulsa, OK

small business

Premier Inc., San Diego, CA

service

North Mississippi Medical Center, Tupelo, MS

health care

2005

Sunny Fresh Foods, Inc., Monticello, MN

manufacturing

DynMcDermott Petroleum Operations, New Orleans, LA

service

Park Place Lexus, Plano, TX

small business

Richland College, Dallas, TX

education

Jenks Public Schools, Jenks, OK

education

Bronson Methodist Hospital, Kalamazoo, MI

health care

2004

The Bama Companies, Tulsa, OK

manufacturing

Texas Nameplate Company, Inc., Dallas, TX

small business

Kenneth W. Monfort College of Business, Greeley, CO

education

Robert Wood Johnson University Hospital Hamilton, Hamilton, NJ

health care

2003

Medrad, Inc., Indianola, PA

manufacturing

Boeing Aerospace Support, St. Louis, MO

service

Caterpillar Financial Services Corp., Nashville, TN

service

Stoner Inc., Quarryville, PA

small business

Community Consolidated School District 15, Palatine, IL

education

Baptist Hospital, Inc., Pensacola, FL

health care

Saint Luke's Hospital of Kansas City, Kansas City, MO

health care

2002

Motorola Inc. Commercial, Government and Industrial Solutions Sector, Schaumburg, IL

manufacturing

Branch-Smith Printing Division, Fort Worth, TX

small business

SSM Health Care, St. Louis, MO

health care

2001

Clarke American Checks, Incorporated, San Antonio, TX

manufacturing

Pal's Sudden Service, Kingsport, TN

small business

Chugach School District, Anchorage, AK

education

Pearl River School District, Pearl River, NY

education

University of Wisconsin–Stout, Menomonie, WI

education

2000

Dana Corp.-Spicer Driveshaft Division, Toledo, OH

manufacturing

KARLEE Company, Inc., Garland, TX

manufacturing

Operations Management International, Inc., Greenwood Village, CO

service

Los Alamos National Bank, Los Alamos, NM

small business

1999

STMicroelectronics, Inc.-Region Americas, Carrollton, TX

manufacturing

BI Performance Services, Minneapolis, MN

service

The Ritz-Carlton Hotel Company, L.L.C., Atlanta, GA

service

Sunny Fresh Foods, Monticello, MN

small business

1998

Boeing Airlift and Tanker Programs, Long Beach, CA

manufacturing

Solar Turbines Inc., San Diego, CA

manufacturing

Texas Nameplate Company, Inc., Dallas, TX

small business

1997

3M Dental Products Division, St. Paul, MN

manufacturing

Solectron Corp., Milpitas, CA

manufacturing

Merrill Lynch Credit Corp., Jacksonville, FL

service

Xerox Business Services, Rochester, NY

service

1996

ADAC Laboratories, Milpitas, CA

manufacturing

Dana Commercial Credit Corp., Toledo, OH

service

Custom Research Inc., Minneapolis, MN

small business

Trident Precision Manufacturing Inc., Webster, NY

small business

1995

Armstrong World Industries' Building Products Operation, Lancaster, PA

manufacturing

Corning Telecommunications Products Division, Corning, NY

manufacturing

1994

AT&T Consumer Communications Services, Basking Ridge, NJ

service

GTE Directories Corp., Dallas/Ft. Worth, TX

service

Wainwright Industries Inc., St. Peters, MO

small business

1993

Eastman Chemical Co., Kingsport, TN

manufacturing

Ames Rubber Corp., Hamburg, NJ

small business

1992

AT&T Network Systems Group/Transmission Systems Business Unit, Morristown, NJ

manufacturing

Texas Instruments Inc. Defense Systems & Electronics Group, Dallas, TX

manufacturing

AT&T Universal Card Services, Jacksonville, FL

service

The Ritz-Carlton Hotel Co., Atlanta, GA

service

Granite Rock Co., Watsonville, CA

small business

1991

Solectron Corp., Milpitas, CA

manufacturing

Zytec Corp., Eden Prairie, MN

manufacturing

Marlow Industries, Dallas, TX

small business

1990

Cadillac Motor Car Division, Detroit, MI

manufacturing

IBM Rochester, Rochester, MN

manufacturing

Federal Express Corp., Memphis, TN

service

Wallace Co. Inc., Houston, TX

small business

1989

Milliken & Co., Spartanburg, SC

manufacturing

Xerox Corp. Business Products and Systems, Rochester, NY

manufacturing

1988

Motorola Inc., Schaumburg, IL

manufacturing

Commercial Nuclear Fuel Division of Westinghouse Electric Corp., Pittsburgh, PA

manufacturing

Globe Metallurgical Inc., Beverly, OH

small business

 

Rujukan

1)      http://en.wikipedia.org/wiki/Malcolm_Baldrige_National_Quality_Award

2)      http://www.baldrigepe.org/foundation/

3)      http://www.uwstout.edu/mba/faq.cfm




Kumpulan Violet:

Tee Pei Pei A117059

Lee Li Ying A117181

Chew Fong Yee A117314

Soo Pei Yin A117327

1 comment:

  1. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan

    Bermain Poker Online di www , SmsQQ ,

    com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player -

    Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika

    Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan

    Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara

    lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun -

    AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi

    Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com


    bosku minat daftar langsung aja bosku^^

    ReplyDelete