Friday, February 25, 2011

Kumpulan Hakuna Matata- Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat IPTA ke-6 USM

Kumpulan Hakuna Matata

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat IPTA ke-6 USM


Pengenalan:

Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap usaha-usaha memperkenalkan inovasi dan membuat penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Sesuai dengan keperluan semasa dan perubahan di dalam dan luar negara, kerajaan telah mengkaji semula peranan dan kaedah yang digunakan oleh Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dalam penyelesaian masalah organisasi. Ia bertujuan untuk menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada anggota Perkhidmatan Awam untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri. Ikutan daripada itu, KMK telah ditukar nama kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).


Program KIK bukan sahaja menyediakan teknik-teknik untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi, tetapi juga merangkumi kaedah untuk membolehkan ahli-ahli KIK bertindak secara kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk yang baru melalui kemahiran imaginasi yang membawa kepada peningkatan sistem penyampaian perhidmatan kepada pelanggan.


Konsep ini juga telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Latihan Universiti (JALUMA) pada tahun 2004 sebagai satu mekanisme pengurusan untuk menyuburkan budaya kerja berkualiti di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.  Beberapa siri Konvensyen telah dianjurkan di peringkat IPTA seperti di bawah:


Bil.

IPTA

Tahun

Kali ke-1

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

2004

Kali ke-2

Universiti Pengurusan Sultan Idris (UPSI)

2005

Kali ke-3

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

2006

Kali ke-4

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

2007

Kali ke-5

Universiti Malaysia Sabah (UMS)

2009

Kali ke-6

Universiti Sains Malaysia (USM)

2010


Objektif:

Objektif utama Konvensyen KIK ini adalah seperti berikut :-

a. Memberi penghargaan dan pengktirafan kepada staf-staf yang terlibat dalam KIK dengan memberi peluang kumpulan KIK membuat persembahan dan seterusnya secara langsung memberi kebaikan dan menaikkan imej Pusat Tanggungjawab;


b.Membuka minda staf bahawa kreativiti dan inovasi adalah teras kejayaan dalam pekerjaan dan menggalakkan staf berfikir di luar kotak yang merupakan teras utama dalam pembangunan modal insan minda kelas pertama;


c.Membuktikan dan memberi keyakinan kepada Perkhidmatan Awam bahawa KIK boleh dilaksanakan dalam sektor awam, khususnya dalam Institusi Pengajian Tinggi Awam;


d.Menyakinkan bahawa KIK dapat membantu Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi Awam menyelesaikan masalah berkaitan dengan kerja dan seterusnya membuat penambahbaikan secara berterusan; dan


e.Mendapatkan maklumbalas mengenai masalah-masalah yang dihadapi dalam melaksanakan KIK dalam sektor awam bagi tujuan untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan program KIK.

 

Tarikh Dan Tempat Penganjuran Konvensyen:

Tarikh penganjuran Konvensyen KIK ini telah ditetapkan oleh pihak Urusetia pada 18 hingga 20 Februari 2010 yang bertempat di Dewan Utama dan Dewan Kuliah 6, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.

 

Kategori Pertandingan Projek:

Terdapat dua kategori projek yang akan dipertandingkan, iaitu Kategori Pengurusan dan Kategori Teknikal.

  • KATEGORI PENGURUSAN

Kategori Pengurusan ialah projek yang berkaitan dengan hal-hal pentadbiran atau sistem prosedur kerja. Contohnya projek pengurusan ialah penggabungan borang permohonan, lesen komposit, pengenalan borang baru, pelaksanaan prosedur kerja baru, pengenalan sistem kerja baru atau pengubahsuaian sistem lama kepada sistem baru yang boleh menjimatkan masa, meningkatkan kepuasan hati pelanggan serta faedah lain.


  • KATEGORI TEKNIKAL

Kategori teknikal ialah projek yang menggunakan bidang pengetahuan yang tertentu seperti kejuruteraan, seni perusahaan (industrial arts) dan sains gunaan (applied science). Masalah projek yang dikenalpasti dan telah diselesaikan oleh kumpulan adalah berhubung kait dengan bidang tertentu ini. Cadangan yang dikemukakan dan dilaksanakan juga adalah dalam bidang yang sama. Contoh projek teknikal ialah penciptaan peralatan baru, pembangunan sistem komputer atau perisian komputer, perubahan dalam penggunaan bahan atau komponen kimia dan perwujudan kaedah teknikal baru.

 

Senarai Pemenang Konvensyen KIK IPTA:

Konvensyen KIK IPTA ke-6 pada 18-20 Februri 2010, bertempat di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia.


Bil.

Kategori Anugerah

Nama Kumpulan

IPTA

1.

Johan Keseluruhan

CHARGE

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

2.

Inovasi Harapan

SYNERGY

Universiti Malaysia Pahang (UMP)

3.

Fasilitator Terbaik

CHARGE

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


Kategori Pengurusan:


Bil.

Kategori Anugerah

Nama Kumpulan

IPTA

1.

Johan

TRANSFORMASI

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

2.

Naib Johan

V-TIME

Universiti Sains Malaysia (USM)

3.

Tempat Ketiga

PINNACLE

Universiti Teknologi Mara (UiTM)

4.

Inovasi Terbaik

V-TIME

Universiti Sains Malaysia (USM)

5.

Persembahan Terbaik

HCD SOLUTION

Universiti Teknologi Mara (UiTM)


Kategori Teknikal:


Bil.

Kategori Anugerah

Nama Kumpulan

IPTA

1.

Johan

CHARGE

Universiti Kebangsaan  Malayasia (UKM)

2.

Naib Johan

BENUA CIPTA

Universiti Kebangsaan  Malayasia (UKM)

3.

Tempat Ketiga

BELIAN

Universiti Teknologi Mara (UiTM)

4.

Inovasi Terbaik

SOLVE

Universiti Teknologi Mara (UiTM)

5.

Persembahan Terbaik

eLIB

Universiti  Malaysia Pahang (UMP)


Sumber:

1.       http://www.reg.upm.edu.my/kik_ipta/

2.       http://www.reg.upm.edu.my/kik_ipta/?view=sen_menang_ke6

3.      http://ulatihan.usm.my/v2/Default.asp?menu=berita&id=977



1 comment:

  1. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan

    Bermain Poker Online di www , SmsQQ ,

    com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player -

    Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika

    Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan

    Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara

    lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun -

    AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi

    Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com


    bosku minat daftar langsung aja bosku^^

    ReplyDelete