Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sesi kuliah dan tutorial online ini diadakan untuk menggantikan sesi kuliah face to face yang sepatutnya pada 7 Februari 2011. Sesi ini dibuat kerana pada 7 Februari saya masih bercuti dan masih ramai pelajar yang belum pulang ke kampus. Kuliah dan tutorial ini boleh dijalankan bila-bila masa sebelum 13 Februari iaitu kuliah pada minggu seterusnya. Untuk melayakkan anda dikira sebagai HADIR dalam kuliah ini, sila tuliskan ringkasan atau refleksi anda kepada soalan yg ditanyakan. Untuk tulis ringkasan, copy dan paste daripada nota kuliah dan modul tidak dibenarkan, anda hendaklah menggunakan ayat sendiri. Jika anda tulis refleksi, anda hanya ulas satu daripada point penting drp slaid-slaid tersebut dan kaitkan dengan pengalaman peribadi.
Anda akan dianggap hadir jika:
1. Anda mengisi jawapan yang berbentuk ringakan atau refleksi.
2. Jawapan anda berlainan dengan nota ppt dan modul dan jawapan pelajar lain.
3. Markah kuiz anda adalah sekurang-kurangnya 7 daripada 10 soalan yg ditanya.
Apa yang anda perlu lakukan? Buka slaid di bawah, baca dan fahamkan, baca modul dan taipkan ringkasan. Sekiranya tak faham anda boleh mainkan slaid sehingga anda faham. Setelah mengisi jawapan anda, sila refresh blog ini dan check samada jawapan anda sudah direkodkan atau belum
Pengenalan TQM
Selepas itu sila isi ringkasan atau refleksi anda di bawah (sekiranya borang di bawah tidak muncul, sila tekan link ini https://spreadsheets.google.com/viewform?hl=en&formkey=dDVTbDF3TFg4emJzZExoOGtPdU8wUmc6MQ#gid=0):
Slaid dibawah ini anda perlu baca juga kerana pada minggu depan kuiz akan diadakan.
Prinsip-prinsip TQM
No comments:
Post a Comment