Tuesday, February 22, 2011





Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) di Universiti Teknologi Mara (UiTM)

A.        Latar Belakang

            Sebelum itu, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dikenali sebagai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK). KMK ini telah diamalkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sejak tahun 1985 dan membuktikan kemampuannya untuk menghasilkan penyelesaian masalah kerja dan inovasi sistem kerja. 

            Di UiTM, mulai tahun 2006 KIK telah diterima sebagai salah satu alat pengurusan yang mudah difahami dan dilaksanakan oleh semua peringkat pengurusan pekerja.  Berbanding dengan KMK, KIK tidak hanya tertumpu untuk menyelesaikan suatu masalah yang khusus, tetapi ia akan menumpu terhadap faktor-faktor yang mengakibatkan masalah-masalah terjadi dan penyelesaian bagi masalah-masalah tersebut, malah ia juga untuk menyiasat penambahbaikan dalam proses semasa atau untuk melaksanakan suatu proses, produk atau perkhidmatan yang baru.

            KIK berpatuhi dengan strategi yang membangunkan sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan (knowledge-based economy) dan untuk mempertahankan daya saing ke arah untuk merealisasikan model innovative entrepreneurial research university (IERU) serta beriltizam untuk menjadikan UiTM sebagai sebuah university yang bertaraf dunia menjelang tahun 2020.

B.        Struktur KIK

Struktur Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibahagi kepada beberapa peringkat iaitu pada peringkat teratas, pengerusi jawatankuasa pemandu KIK, dibantu oleh fasilitator, diikuti Ketua KIK dan terdapat ahli KIK di bawah ketua masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa pemandu KIK yang merangka dasar pelaksanaan KIK dan memberi pertimbangan serta keputusan kepada cadangan-cadangan penyelesaian masalah yang dikemukakan oleh KIK. Urusetia KIK UiTM adalah Bahagian Pengurusan Kualiti, Pejabat Pendaftar, UiTM Shah Alam. Manakala, fasilitator adalah terdiri dari ketua-ketua bahagian atau pekerja- pekerja yang dipilih oleh pihak pengurusan. Fasilitator ini adalah bertanggungjawab untuk satu KIK atau lebih. Bagi Ketua Kumpulan pula adalah yang terdiri dari ketua-ketua Unit atau pekerja-pekerja yang dipilih.

C.        Logo KIK di UiTM

            Logo ini mendorongkan prinsip bahawa KIK merupakan salah satu mekanisme pengurusan yang penting bagi menyemarak penambahan nilai (value creation) untuk menjana kegemilangan UiTM. Logo ini dinamika dengan gabungan huruf KIK menyerlah watak kakitangan universiti (dengan penggunaan warna kuning, biru dan unggu) yang menjunjung dan menjulang kegemilangan melalui penghayatan dan amalan 5 E, iaitu Efficient, Effective, Ethic, Economic, dan Esprit de corps.

D.        Objektif dan Strategi

            Objektif-objektif KIK di UiTM adalah untuk meningkatkan kompetensi diri kakitangan, mewujudkan suatu pengurusan secara penglibatan/ penyertaan, melaksanakan penambaikan yang berterusan dan menambah nilai pemberian perkhidmatan secara kreatif dan inovatif serta akhir sekali adalah untuk menjamin dan mepastikan pemberian perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.

            Strategi adalah penting dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti KIK dan untuk mencapai objektif-objektif yang ditetapkan. Strategi pelaksanaan KIK yang dijalankan dalam UiTM dikenali sebagai The One Page Strategy. Strategi ini merupakan asas-asas pelaksanaan dan pembangunan KIK di UiTM supaya aktiviti-aktiviti KIK boleh dilaksanakan demi mencapai objektif-objektifnya untuk merealisasikan model innovative entrepreneurial research university (IERU) dan juga menjadikan UiTM sebagai universiti yang bertaraf dunia menjelang tahun 2020. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan termasuklah menyelaras penyertaan KIK UiTM ke Konvensyen Antarabangsa QCC (ICQCC), menyelaras penyertaan KIK UiTM ke Konvensyen KMK Kebangsaan MAMPU, Konvensyen KIK di UiTM dan sebagainya.

E.        Kumpulan KIK- MySMART

            Kumpulan My-SMART merupakan salah satu kumpulan KIK dari Perpustakaan Tun Abdul Razak di UiTM. Kumpulan ini adalah sebuah kumpulan baru yang ditubuhkan, di mana ia diketuai oleh Encik Khairul Izwan. Sungguhpun kumpulan tersebut merupakan kumpulan baru yang ditubuhkan, tetapi pencapian mereka amat dikagumkan dan dibanggai oleh UiTM. Ahli-ahli lain terdiri daripada Encik Ariffin yang sebagai fasilitator, ahli-ahli biasa seperti Encik Fahizan Hamid, Encik Katmidi Meto, Encik Fauzi, Encik Farizul Naba, Encik Shahrul Hairy Shaharudin, Puan Sakmah Sarif dan Puan Adznur.

            Pada tahun 2007, kumpulan My-SMART telah memenangi pinggan emas dalam Konvensyen ICC Wilayah Tengah Anjuran NPC dan pinggan emas 10 terbaik dalam Konvensyen ICC Kebangsaan. Pada tahun yang seterusnya, kumpulan ini telah memenangi tempat ketiga di dalam Konvensyen KIK Peringkat UiTM Kali Ke-13 dan pinggan emas dimenangi juga di International of Inventions, New Techniques and Products 2008, Geneva, Switzerland. Pencapaian yang lebih tinggi telah dinikmati oleh kumpulan My-SMART pada tahun 2009, di mana mereka telah memenangi johan keseluruhan dan johan (teknikal) di dalam Konvensyen KIK IPTA Kali Ke-5 dan pada tahun yang sama mereka juga memenangi tempat perak di dalam pertandingan Malaysia Technology Expo (MTE 2009). 

            Tajuk projek kumpulan My-SMART dalam Konvensyen KIK IPTA Kali Ke-5 dikenali sebagai "Memaksimakan Ruang Penyimpanan Beg Pelanggan". Usaha mereka dalam projek tersebut juga membawa fasilitator kumpulan mereka memenangi anugerah fasilitator yang terbaik dalam konvensyen tersebut.

            Masalah-masalah yang dihadapi oleh My-SMART dari Perpustakaan Tun Abdul Razak adalah seperti vandalisma, iaitu termasuk kerosakan loker penyimpanan beg, loker penyimpanan beg pelanggan tidak mencukupi, ruang penyimpanan beg pelanggan tidak cukup besar, kes kecurian yang berlaku dalam penyimpanan beg dan kehilangan kunci loker penyimpanan beg dan sebagainya.

            Di sini, kami akan memberi tumpuan terhadap penyelesaian masalah vandalisma ke atas loker penyimpanan beg. Untuk menyelesaikan atau menambahbaikan loker penyimpanan tersebut, kami mencadangkan bahawa pemasangan sistem CCTV adalah diperlukan. Di mana dengan adanya sistem pemantauan, segala tindakan buruk pelajar-pelajar dapat diperhati dan tindakan boleh diambil terhadap pelajar-pelajar yang bersikap negatif. Selain itu, sistem pemantauan dapat mengurangkan atau mengelakkan pelajar-pelajar daripada bertindak buruk kerana mereka mengetahui bahawa tingkah-laku mereka sentiasa dimantau.

            Sebagai kesimpulannya, hasil projek KIK adalah milik mutlak kumpulan yang menghasilkannya. Hasil ini perlu diaplikasikan dalam pengurusan jabatan sebagai Amalan Pengurusan Terbaik. Kumpulan KIK adalah penting dalam sesebuah organisasi untuk meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan-jabatan.

F.         Sumber-sumber

http://www.ums.edu.my/kik5/Keputusan_Pemenang_Konvensyen_KIK_Ke-5.pdf

http://pendaftar.uitm.edu.my/kualiti/kik.html

http://kik.uitm.edu.my/pencapaian-kik-uitm/2009.html



 

No comments:

Post a Comment