Sunday, February 20, 2011

Kumpulan Hakuna Matata - Pemenang-pemenang Europe Quality Award (EQA) Pada Tahun 2010

Pemenang-pemenang Europe Quality Award (EQA) Pada Tahun 2010

Anugerah Kualiti Europe yang juga dikenali sebagai Anugerah EFQM Cemerlang (EFQM Excellence Award) disampaikan oleh European Foundation for Quality Management (EFQM) setiap tahun kepada syarikat-syarikat di Eropah yang cekap dalam melaksanakan amalan pengurusan kualiti secara menyeluruh. EFQM adalah sebuah yayasan tidak bermotifkan keuntungan yang ditubuhkan oleh empat belas orang pemimpin syarikat Europe di Brussels. Yayasan ini bermatlamat untuk meningkatkan kelebihan bersaingan syarikat Eropah di pasaran dunia.

Pada tahun 2010, Vamed-KMB telah memperoleh anugerah kualiti terbaik (EFQM Excellence Award 2010) daripada EFQM. Vamed-KMB adalah syarikat terbesar di Eropah yang menyediakan perkhidmatan pengurusan dari segi teknikal, pentadbiran dan insfrakstruktur. Faktor-faktor Vamed-KMB memenangi anugerah "Succeeding Through People" adalah strategi-strategi yang dilaksanakan untuk meningkatkan motivasi  pekerja dan  wujudnya budaya kerja yang mesra. Syarikat ini juga menggunakan dua platform utama untuk menyampaikan maklumat seperti strategi untuk mencapai objektif syarikat kepada para pekerjanya, iaitu Platform berorientasikan pekerja dan Platform kepimpinan. Vamed-KMB sangat mementingkan pretasi pekerja dan menyediakan latihan kepada pekerja untuk meningkatkan kemahiran mereka. Syarikat ini mengamalkan budaya kerja terbuka, iaitu menggalakkan pekerja bawahan terlibat dalam membuat keputusan dan menawarkan insentif berdasarkan kepada prestasi syarikat dan pekerjanya.

Kedua, Bradstow School telah memenangi "Prize Winner in Leading with Vision, Inspiration & Integrity" dan "Prize Winner in Succeeding through People". Bradstow School merupakan sebuah sekolah khas di United Kingdom untuk pelajar yang mempunyai masalah pendengaran dan pembelajaran seperti Autistic Spectrum Disorders atau Severe Learning Difficulties. Antara faktor yang menjadikannya sebuah model yang mempunyai visi, inspirasi dan integriti adalah gaya kepimpinan pengetua sekolah tersebut serta kepercayaan untuk memaksimakan peluang hidup semua pelajar dalam sekolah itu. Faktor Bradstow School memenangi kategori "Succeeding through People" ialah budaya sekolah yang bersikap terbuka dan penglibatan tenaga kerja dan pelajarnya.

Eskisehir Maternity and Child Illness Hospital, sebuah hospital khas untuk ibu dan kanak-kanak juga merupakan salah seorang pemenang bagi kategori "Leading with Vision, Inspiration & Integrity". Kini, hospital ini mempunyai sistem pentadbiran yang bijak menyeimbangkan keperluan organisasi dan pemegang berkepentingan melalui "Business Excellence" dalam pengurusan hariannya. Berdasarkan penilaian yang dibuat oleh pihak EFQM, keputusan menunjukkan bahawa kepercayaan dua hala wujud antara pihak pentadbiran atasan dengan pekerja bawahan. Selain itu, budaya kebebasan bersuara dan kebebasan penyampaian idea dalam organisasi ini telah membenarkan brainstorming  berterusan dijalankan oleh tenaga kerja dari pelbagai peringkat.  Hospital ini juga telah menjadi model organisasi kepada kerajaan tempatan di Eropah dan National Public Health Authorities.

Stavropol State Agrarian University (SSAU) merupakan pemenang bagi kategori "Nurturing Creativity & Innovation" dan "Leading with Vision, Inspiration & Integrity". SSAU merupakan sebuah institusi pendidikan kerajaan persekutuan yang terletak di bandar Stravapol, Russia. SSAU merupakan sebuah institusi pendidikan saintifik-inovatif dan pusat sosio-budaya yang mempunyai pelbagai cawangan. SSAU menggunakan model perniagaan bersepadu yang memfokus kepada keperluan pihak berkepentingan dan juga sentiasa meningkatkan nilai elemen-elemen saintifik dan inovatif dalam pendidikan secara berterusan. Program mobiliti dan sokongan untuk para pendidik diadakan bagi menggalakkan peningkatan tahap pendidikan secara berterusan. Pengurusan SSAU menggunakan prinsip Model EFQM  dalam melaksanakan pelan dan polisi dan ini telah meningkatkan motivasi mereka serta mewujudkan budaya organisasi yang efisien. 

Olabide Ikastola Sociedad Cooperativa merupakan sebuah sekolah Basque, satu budaya dan bahasa unik di Spain, yang ditadbir sebagai koperasi keluarga.  Sekolah ini merupakan  sekolah persendirian bukan bermotifkan keuntungan. Sekolah ini telah mendapat "Prize Winner in Adding Value for Customers" dan "Prize Winner in Succeeding through People". Olabide mengekalkan hubungan erat dengan pelajar dan ibubapa dengan melibatkan mereka dalam kumpulan pembaikan dan keperluan dan kehendak mereka juga sentiasa dipenuhi. Olabide juga mengamalkan budaya keterbukaan dan kepercayaan dalam pelbagai aspek bagi meningkatkan kualiti sekolah ini. 


Rujukan:

1. http://www.efqm.org/en/Home/theEFQMnetwork/Awardwinners/EFQMExcellenceAward2010/tabid/224/Default.aspx

2. http://en.wikipedia.org/wiki/European_Quality_Award

3. http://en.wikipedia.org/wiki/EFQM

1 comment:

  1. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan

    Bermain Poker Online di www , SmsQQ ,

    com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player -

    Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika

    Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan

    Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara

    lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun -

    AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi

    Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com


    bosku minat daftar langsung aja bosku^^

    ReplyDelete