Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ditubuhkan sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada 25 Julai 2001. Penubuhan UniMAP bertujuan untuk melahirkan jurutera berkemahiran tinggi bagi memenuhi dan menyokong Pelan Perindustian Negara, selain memberi alternatif bagi pelajar yang cenderung kepada pembelajaran secara praktis memandangkan pendekatannya yang mengintegrasikan gunaan dan kemahiran.
Setiap pelajar UniMAP wajib mengambil Projek Tahun Akhir (PTA) untuk memenuhi salah satu daripada kriteria / syarat untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan. Maka prosedur kualiti pengurusan PTA diperkenalkan untuk memastikan pengurusan dan pemantauan projek tahun akhir dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancar mengikut tugas yang dipertanggungjawabkan.
Carta alir prosedur pengurusan projek tahun akhir (PTA) di atas menunjukkan bahawa pengurusan PTA dimulakan dengan membentukkan Jawatankuasa Projek Tahun Akhir (JKPTA) pusat pengajian seminggu sebelum semester pertama bermula. Selepas itu, pensyarah atau penyelia akan menyediakan topik-topik PTA and kemukakan topik kepada JKPTA untuk pretimbangan dan kelulusan seminggu sebelum semester pertama bermula.
Penyelaras PTA akan menyediakan jadual implementasi PTA dan mengadakan mesyuarat JKPTA untuk menimbang dan megesahkan topik-topik untuk PTA. Kemudian penyelaras PTA akan memuat naikkan topik-topik projek tahun akhir yang telah diluluskan oleh JKPTA ke portal UniMAP pada minggu pertama semester. Selepas itu, penyelaras PTA akan mengadakan sesi penerangan PTA untuk pelajar tahun akhir tentang pemilihan dan pertukaran topik PTA, pengurusan projek, dan sistem penilaian projek.
Pensyarah pula akan mengadakan perbincangan dengan pelajar tentang topik PTA yang dipilih atau topik PTA yang dicadangkan oleh pelajar. Seterusnya, pensyarah akan melengkapkan borang penyelian PTA pelajar dan kemukakan borang kepada penyelaras PTA untuk direkodkan. PTA akan diseliakan berdasarkan garispanduan yang terkandung dalam Panduan Projek Tahun Akhir UniMAP. Pensyarah akan mengadakan sekurang-kurangnya 6 penemuan dengan pelajar yang diselia dan komen akan direkodkan dalam buku log PTA pelajar. Pengurusan atau kemajuan PTA akan dinilai berdasarkan garispanduan yang terkandung dalam Panduan Projek Tahun Akhir pada akhir semester pertama dan semester kedua.
Selepas itu, penyelaras akan menimbang permohonan pertukaran topik PTA atau penyelia yang dikemukan oleh pelajar dalam masa seminggu selepas permohonan dikemukakan oleh pelajar. Jawatankuasa pembentangan PTA akan dibentuk dan pemeriksa dalaman akan dilantik untuk menilai laporan dan pembentangan PTA pelajar.
Pensyarah dan pemeriksa dalaman akan menilai laporan PTA pelajar berdasarkan garispanduan yang terkandung dalam Panduan Projek Tahun Akhir. Kemudian penyelaras JKPTA akan memberi maklumbalas kepada pelajar tentang laporan PTA dalam bentuk tulisan selepas penilaian.
Pemeriksa dalaman akan menilai pembentangan PTA berdasarkan garispanduan yang terkandung dalam Panduan Projek Tahun Akhir dan pensyarah pula akan mengemukakan laporan akhir PTA yang telah dikemaskinakn oleh pelajar kepada pusat pengajaian untuk kelulusan.
Akhirnya, penyelaras Projek Tahun Akhir akan menyelaraskan skor-skor yang dikemukan oleh penyelia dan pemeriksa dalaman untuk kelulusan pusat pengajian. Keputusan PTA akan dikemukan kepada pelajar selepas skor-skor yang diselaraskan itu diluluskan oleh pusat pengajian.
No comments:
Post a Comment