Persijilan MS ISO 14001:2004
Jabatan Pengairan dan Saliran yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Parit dan Tali Air ditubuhkan pada 1 Januari 1932 bagi mengambil alih tugas berkaitan berkaitan pengairan dan saliran yang sebelumnya dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya. Jabatan Pengairan dan Saliran memikul tanggungjawab bagi sistem pengairan, saliran, pengurusan sungai, pengurusan pantai dan hidrologi. Jabatan ini mempunyai objektif untuk menyumbang ke arah pembangunan sosio-ekonomi masyarakat melalui penambahan pendapatan, produktiviti dan taraf hidup rakyat. Jabatan ini mempunyai misi untuk menerajui dan meyediakan perkhidmatan bertaraf dunia dalam pengurusan sumber air khususnya dalam pengurusan banjir, sungai dan zon pantai bagi meningkatkan kualiti hidup dengan memastikan sekuriti air dan kelestarian alam sekitar. Visinya pula ialah untuk menjadi antara organisasi sektor awam yang terunggul di dunia.
Objektif JPS Perlis adalah untuk meningkatkan Indeks Kualiti Air Sungai Perlis dan mempertingkatkan perkhidmatan pengurusan Sungai Perlis ke arah kawasan riadah dan rekreasi yang mesra alam. Malah, terdapat dua sasaran yang hendak dicapai oleh JPS Perlis, iaitu mencapai Indeks Kualiti Air Kelas II pada tahun 2010. Di samping itu, JPS Perlis juga berharap dapat menyediakan kemudahan riadah dan rekreasi di koridor Sungai Perlis sepanjang 11 kilometer menjelang tahun 2015 dan mengurangkan masalah kerosakan harta benda awam, flora, fauna serta mengawal kemusnahan alam sekitar ke satu tahap yang dibenarkan.
JPS Perlis telah mendapat pengiktirafan ISO 14001: 2004 pada 19 November 2005 dalam Pengurusan Sungai Perlis. Ia merupakan jabatan awam yang pertama mendapat pengiktirafan ISO dalam pengurusan sungai di Malaysia. Sijil ISO 14001: 2004 tersebut dikeluarkan pada 30 November 2005 dan tarikh luputnya adalah 30 November 2011. ISO 14001: 2004 merupakan piawaian antarabangsa yang membantu organisasi mencapai tujuan ekonomi yang menekankan kepentingan melindungi alam sekitar dan ia merupakan versi 2004. Kebaikan menerapkan sistem menjamin lingkungan ISO 14001: 2004 adalah perlindungan lingkungan, meningkatkan reputasi perusahaan dengan menjalankan tanggungjawab sosial dan akhirnya dapat meningkatkan kepercayaan dan kepuasan pelanggan.
Untuk mematuhi polisi alam sekitar yang ditetapkan, Bahagian Kejuruteraan Sungai dan Pantai Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis harus komited ke arah menyediakan perkhidmatan pengurusan Sungai Perlis yang berkesan dengan mematuhi semua kehendak perundangan yang berkaitan dengan alam sekitar serta berusaha untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan melalui beberapa aktiviti utama. Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah mengawal aktiviti penyelenggaraan dan pembangunan Sungai Perlis supaya tidak berlakunya banjir dan hakisan tebing yang akan mencemarkan alam sekitar, mewujudkan zon rekreasi dan kesihatan yang selamat, mesra penguna dan juga mesra alam. Aktiviti yang dijalankan akhir-akhir ini adalah memantau sisa buangan yang dilepaskan ke dalam sungai oleh pengkilang dan memeriksa parameter-parameter air untuk memastikan ia mengikuti Indeks Kualiti Air (WQI) di lokasi yang ditetapkan.
Bagi Pemantauan dan Pelaksanaan Polisi, pengurusan Sungai Perlis menyediakan program-program alam sekitar seperti Kempen Cintailah Sungai Kita kepada penduduk di sekitar Perlis. Seterusnya, pihak pengurusan juga perlu mendokumentasikan sistem pengurusan alam sekitar seperti pemantauan kualiti air mengikut jadual yang ditetapkan. Pengurusan Sungai Perlis juga bertanggungjawab untuk memastikan semua anggota, orang awam dan pihak-pihak berkepentingan mudah mendapat maklumat mengenai polisi alam sekitar.
This album has 1 photo and will be available on SkyDrive until 06/09/2011. |
No comments:
Post a Comment