Saturday, March 12, 2011

Kumpulan Nice-Persijilan ISO- Lasifa International

       

   Lasifa International adalah sebuah forum dengan integrity, kredibiliti, rangkaian pengenalan yang luas, serta tatacara ujian dan prosedur pemilihan sendiri(Trade Tests) yang dapat menawarkan calon yang tepat pad waktu yang tepat dengan kos yang tepat.

            Pejabat Pusat untuk Lasifa International terletak di Rawalpindi/Islamabad. Selain itu, Lasifa International juga mempunyai satu Test and Selection Center di Rawalpindi yang berhampiran dengan lokasi Pejabat Pusat. Pejabat-pejabat tersebut adalah sangat luas dan terletak di pusat Bandar komersial Rawalpindi/Islamabad. Pejabat-pejabat ini dilengkapi dengan 'state-of-the-art equipments' dan mempunyai kakitangan yang professional dan berpengalaman supaya mereka dapat mengoperasi dengan standard dan teknik pengurusan yang paling sesuai.

Lasifa International mempunyai satu 'data bank' yang diurus secara computer dan dikemaskini dengan baik. Data bank ini mempunyai lebih 10000 CV yang merangkumi pelbagai bidang iaitu Oil & Gas, Water & Power, Construction, Operations & Maintenance, Engineering Industries, Medical, Hospitality and Information Technology. Sehingga sekarang, syarikat telah mengambil dan menawar  ribuan personel yang dari pelbagai bidang kepada pelanggan yang berbeza di seluruh dunia dan Lasifa telah memenuhi kehendak pelanggan tersebut.

 

Objektik utama Lasifa International ialah melaksanakan dan mengimplementasikan Manual Kualiti yang berorientasi menawarkan sistem pengurusan kualiti yang efektif dan efisien dengan berpandukan keperluan ISO 9001:2000 quality standards. Manual tersebut adalah diaplikasikan terhadap semua aktiviti dalam system pengurusan kualiti di Lasifa International.

Lasifa International mengarahkan dan mengendalikan proses perniagaan syarikat secara sistematik dan telus. Hal ini bergantung kepada pelanggan dan pemehaman mereka tentang keperluan mereka pada masa sekarang dan masa depan, Lasifa berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan untuk berjaya di pasaran relevan. Untuk memahami keperluan pelanggan-pelanggan dan untuk memenuhi mereka, Lasifa Internatinal telah menubuh, membangun, melaksana, dan memelihara satu pengurusan kualiti Lasifa International yang berniat untuk melakssanakan prinsip-prinsip supaya dapat membawa organisasi ke arah prestasi yang lebih baik. Prinsip- prinsip tersebut ialah focus terhadap pelanggan,kepimpinan, Penglibatan pekerja secara menyeluruh, pengurusan yang sistematik, penambahbaikan konsisten.

Lasifa International telah mendapat pengiktirafan ISO 9001:2008 pada 'original issue date' September 12, 2008, 'issue date' pada September 15,2009. Pengiktirafan ini telah dinyatakan di sijil tersebut bahawanya akan berakhir pada tarikh August 27,2011. Di atas sijil ini telah menyatakan sijil ini ialah satu sijil 'Certificate of Registration'. Selepas itu, terrdapat satu logo daripada Moody International. Moody International Group merupakan sebuah organisasi perkhidmatan teknikal di seluruh dunia yang didedikasikan untuk mengurangkan risiko bagi pelanggan dengan memberikan perkhidmatan pemeriksaan teknikal, perkhidmatan kakitangan teknikal, perundingan dan latihan. Selepas itu, sijil ini telah menyatakan adalah memberi kepada system pengurusan kualiti Lasifa International dan alamat organisasi tersebut. Lasifa International terletak di Pakistan. Sijil ini seterusnya telah menyatakan Lasifa International adalah mematuhi keperluan ISO 9001:2008. Skop untuk sijil ini ialah 'Overseas Employment Promoters'. Untuk sijil ini, terdapat satu no. sijil 04-A-08-QMS 0125. Ia juga menyatakan tarikh isu original, tarikh isu, dan tarikh berakhir(expire date). Selepas itu, terdapat satu tandatangan daripada Moody Internatinal Certification Ltd. yang member bukti bahawa sijil ini dikeluarkan oleh mereka. Selain itu, juga terdapat satu cop Moody International di tepi tandatangan.

 

No comments:

Post a Comment