Tuesday, March 8, 2011

Group Quality Assurance - PENGANUGERAHAN PERSIJILAN MS ISO 9000 KEPADA JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PADA 9 OGOS 2001




Penganugerahan Persijilan MS ISO 9000 kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada 9 ogos 2001

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah diwujudkan dengan pewujudan jawatan Akauntan Negara di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.  Kini, JANM telah berpusat di Putrajaya dengan terdiri daripada 8 bahagian setelah Bahagian Kumpulan Wang Amanah Pencen telah diperbadankan sebagai badan berkanun di bawah Akta Wang Kumpulan Persaraan 2007 (Akta 662) berkuatkuasa pada 1 Mac 2007. Selaras dengan objektif JANM yang mengutamakan penyampaian perkhidmatan yang efisien dan efektif kepada pelanggan, JANM kini telah berkembang kepada 25 buah cawangan di seluruh Malaysia.

Visi JANM ialah untuk menjadi sebuah organisasi yang terbilang dalam perkhidmatan perakaunan dan kewangan sektor awam. Misi JANM pula terdiri daripada empat iaitu:

  • Memberi khidmat nasihat dan meluluskan sistem perakaunan dan kewangan selaras dengan amalan terbaik.
  • Menasihati pembuat keputusan berkaitan perakaunan dan kewangan.
  • Memajukan kerjaya dan mempertingkatkan kompetensi sumber manusia dalam perkhidmatan perakaunan.
  • Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut 1965

 

 

Pelaksanaan ISO 9000 telah dilaksanakan di sektor perkhidmatan awam mulai tahun 1996. Pelaksanaan telah menjadi satu panduan kepada sektor perkhidmatan awam bagi mewujudkan sistem pengurusan kualiti yang berkesan dan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan. Dalam Rancangan Malaysia Ke-9 pelaksanaan standard MS ISO 9000 ini telah diberi penekanan semula bagi meningkatkan lagi keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidrnatan jentera pentadbiran Kerajaan. 

 

Bagi memastikan maltamat ISO 9000 tercapai, terdapat dua pendekatan telah diamalkan, iaitu pendekatan kawalan kualiti (Quality control) dan pendekatan kepastian kualiti (Quality assurance). Pendekatan kawalan kualiti merupakan teknik yang digunakan bagi memastikan output yang dihasilkan dapat memenuhi kehendak pelanggan. Manakala pendekatan kepastian kualiti adalah merujuk kepada memastikan proses pengeluaran output di setiap bahagian adalah memenuhi kehendak pelanggan. Oleh itu, pendekatan kepastian kualiti merupakan matlamat utama yang perlu dicapai oleh ISO 9000. Dengan wujudnya sistem MS ISO 9000 tersebut, kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan agensi akan dapat dipertingkatkan dan seterusnya akan menyumbang ke arah meningkatkan daya saing negara.

 

ISO 9000 mempunyai 20 elemen yang merangkumi semua aspek yang perlu diikuti oleh sesebuah agensi bagi memastikan ISO 9000 dapat dilaksanakan pada tahap yang maksimum.  Antaranya termasuklah:

1.      Tanggungjawab Pengurusan                             

2.      Sistem Kualiti

3.      Semakan Kontrak

4.      Kawalan rekabentuk

5.      Kawalan dokumen dan data

6.      Perolehan

7.      Kawalan produk yang dibekalkan oleh pelanggan

8.      Identifikasi dan kemudahkesanan produk

9.      Kawalan proses

10.  Pemeriksaan dan pengujian

11.  Kawalan peralatan pemeriksaan, pengukuran dan pengujian

12.  Status pemeriksaan dan pengujian

13.  Kawalan ke atas produk yang tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan

14.  Tindakan pembetulan dan pencegahan

15.  Pengendalian, penyimpanan, pembungkusan, pemeliharaan dan penghantaran

16.  Kawalan rekod-rekod kualiti

17.  Audit kualiti dalaman

18.  Latihan

19.  Khidmat susulan

20.  Teknik-teknik statistik

 

Bagi memastikan matlamat ISO 900 tercapai, maka audit kualiti dalaman akan dijalankan dengan mengikut kekerapan yang ditetapkan. Pengauditan yang dijalankan dapat memberi peluang kepada pihak pengurusan atasan mengenalpasti sama ada aktiviti sistem kualiti yang dijalankan adalah berkesan serta memenuhi kehendak ISO 9000. Sekiranya didapati terdapatnya kecacatan dalam aktiviti yang dijalankan, maka langkah pembetulan akan dilaksanakan dengan segera  bagi mengatasi masalah yang wujud. Selain audit kualiti dalaman, kerajaan telah menyediakan program latihan yang lengkap untuk semua agensi kerajaan, di mana INTAN dan MAMPU telah diberi tanggungjawab bagi mengendalikan program latihan ini. Bukan setakat itu sahaja, setiap sektor perkhidmatan awam perlu menilai sistem kualiti yang sedia ada bagi tujuan memastikan mereka mendapat gambaran yang jelas mengenai kedudukan sistem kualiti mereka berbanding dengan kehendak ISO 9000.

 

Dengan segala usaha yang dijalankan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah membolehkannya mendapat anugerah sijil MS ISO 9000 perkhidmatan awam pada 9 Ogos 2001. Majlis penyampaian sijil ISO 9000 telah diadakan pada 12 November 2001. Skop pensijilan MS ISO 9000 bagi Jabatan Akauntan Negara Malaysia adalah merangkumi tiga aktiviti utama. Yang pertama ialah pemprosesan tuntutan bayaran balik wang tidak dituntut di Ibu Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Yang kedua adalah berkaitan dengan baucer bayaran kecuali baucer bayaran gaji dan bayaran secara elektronik di Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Akhir sekali adalah berkaitan dengan penyediaan Akaun Awam Kerajaan Persekutuan di Ibu Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Pada tahun 2004, JANM seterusnya telah dianugerahkan Sijil MS ISO 9001:2000 buat kali kedua pada 15 Julai 2004 bagi menggantikan Sijil MS ISO 9000:1994 yang telah tamat tempoh pada 31 Disember 2003. 

 

 

Rujukan :

http://www.anm.gov.my/public_html/bm/default/korp13.php

No comments:

Post a Comment