Thursday, March 10, 2011

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)


KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP  bagi pihak pekerja mereka. KWSP mempunyai bilangan ahli yang banyak. Pekerja Sektor Swasta dan Pekerja Tidak Berpencen Sektor Awam. Sehingga 31 Disember 2009, KWSP mempunyai seramai 12.35 juta ahli. Bilangan ahli aktif dan masih mencarum adalah seramai 5.79 juta. Bilangan majikan aktif pula adalah seramai 453,716.  Caruman adalah wang yang dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP. Amaun tersebut terdiri daripada caruman pekerja dan caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja. Kadar caruman semasa adalah 23% daripada gaji pekerja dimana 11% adalah caruman pekerja yang dipotong daripada gaji bulanan pekerja manakala 12% adalah caruman oleh majikan. Caruman bulanan anda dilaburkan melalui beberapa instrumen kewangan yang diluluskan untuk menghasilkan pendapatan. Ini termasuklah Sekuriti Kerajaan Malaysia, Instrumen Pasaran Wang, Bon & Pinjaman, Ekuiti dan Hartanah. KWSP memastikan simpanan anda selamat dan mendapat dividen yang berpatutan. KWSP menjamindividen sebanyak 2.5 peratus setahun. Untuk memastikan bayaran dividen, KWSP melaburkan caruman anda melalui instrumen kewangan yang diluluskan bagi mendapatkan pulangan yang optimum. Dividen dimasukkan ke dalam akaun anda setiap tahun. Kadar dividen yang diisytiharkan oleh KWSP adalah tertakluk kepada pulangan pelaburan yang dibuat melalui instrumen-instrumen yang diluluskan. Dividen Tahunan dikira berdasaran baki pembukaan simpanan anda setakat 1hb Januari setiap tahun. Dividen Bulanan pula dikreditkan ke akaun anda berdasarkan jumlah caruman bulanan yang diterima.


.
KWSP Terima Sijil MS ISO 9000 Perkhidmatan Awam Malaysia

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperoleh pensijilan sistem kualiti MS ISO 9000 Perkhidmatan Awam daripada Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Pensijilan ini adalah pengiktirafan kepada KWSP kerana melaksanakan sistem kualiti yang menepati MS ISO 9002 : 1994 yang meliputi skop pendaftaran berikut:

1) Pendaftaran dan pembatalan akaun majikan
2) Pengurusan akaun-akaun majikan
3) Aktiviti penguatkuasaan yang dilaksanakan terhadap majikan yang tidak akur kepada Akta KWSP.

Pensijilan ini mencerminkan komitmen berterusan KWSP untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi memenuhi ekspektasi pelanggannya.


Organisasi yang memperolehi dan melaksanakan ISO 9000 akan menikmati faedah-faedah yang dijanjikan seperti peningkatan kualiti dan kepuasan pelanggan sekiranya motif memperolehi sijil ISO 9000 adalah semata-mata untuk mewujud dan mempraktiskan sistem jaminan kualiti bagi menghasilkan produk atau servis yang berkualiti. Namun sekiranya motif pensijilan adalah didorong oleh faktor promosi atau pengiklanan, maka sistem ISO yang dilaksanakan akan menemui kegagalan kerana ia bersifat jangka pendek . Secara mudah, analisis perbandingan boleh dilakukan  untuk melihat adakah sesuatu kesan yang dijangkakan itu berlaku atau tidak. Organisasi yang mempunyai sijil ISO 9000 dan organisasi yang tidak mempunyai sijil ISO 9000. Kami mendapati terdapatnya perbezaan prestasi yang signifikan antara dua jenis organisasi ini di mana organisasi yang mempunyai sijil ISO 9000 menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding organisasi yang tidak mempunyai sijil ISO 9000. Secara lebih khusus, antara kesan positif yang boleh dinikmati oleh syarikat yang melaksanakan ISO 9000 ialah membantu memperbaiki operasi dalaman syarikat, meningkatkan mutu komunikasi antara pihak luaran dan dalaman kerana adanya deskripsi kerja dan tanggungjawab yang jelas, menaikkan kesedaran terhadap isu kualiti, meningkatkan produktiviti, meningkatkan kepuasan pelanggan dan kepercayaan mereka terhadap produk syarikat pensijilan ISO 9000 ini berupaya untuk meningkatkan usaha dan semangat pekerja, meningkatkan tanggungjawab dan komitmen terhadap kualiti dan seterusnya menjadikan kualiti itu sebagai satu budaya. Selain dari faedah yang bersifat dalaman, syarikat juga memperolehi faedah luaran. Antara faedah luaran yang utama ialah yang dikaitkan dengan kelebihan dalam aspek pemasaran, iaitu meningkatkan kepuasan pelanggan, meneroka pasaran baru,mengurangkan ketidakpuasan dan bilangan aduan serta meningkatkan kadar pembelian semula oleh pelanggan. Faedah dari aspek prestasi kewangan juga dapat dilihat kesan daripada pelaksanaan sistem ISO 9000. Didapati terdapat peningkatan syer pasaran, pulangan pelaburan dan peningkatan hasil dan jualan pensijilan ini tidak boleh menjamin kecekapan organisasi kerana audit yang dilakukan adalah untuk menilai pematuhan kepada prosedur dan tidak melihat kepada kecekapan prosedur itu sendiri. Jadi keadaan seperti pematuhan kepada prosedur yang tidak cekap boleh berlaku walaupun ia tidak sepatutnya berlaku. Selain daripada itu, organisasi juga perlu menampung kos yang tinggi untuk melaksanakan sistem ISO 9000 ini bermula dari program kesedaran hinggalah kepada mempertahankan kestabilan amalan atau prosedur yang telah disijilkan. pihak pengurusan atasan syarikat memahami falsafah, konsep dan tujuan ISO dan mengkomunikasikannya dengan jelas kepada seluruh warga organisasi bagi mendapatkan komitmen secara menyeluruh dalam pelbagai peringkat organisasi. Hanya melalui fokus yang jelas dan komitmen yang tinggi dapat memastikan pensijilan ISO 9000 dapat membuahkan hasil dan memberikan kesan maksimum kepada pengurusan proses dan sistem kualiti dalam organisasi. Akhirnya, pengajaran yang dapat dicungkil daripada kajian-kajian lalu ialah pelaksanaan ISO 9000 mestilah dibuat atas dasar dan motif kualiti bagi menikmati kesan positif yang berganda dalam jangka panjang.

No comments:

Post a Comment