Permohonan Program Pengajian Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
|
Manual ini diterbitkan untuk memastikan para pemohon dapat memahami langkah-langkah yang harus dilakukan semasa memohon secara talian (online) untuk program siswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Panduan memohon secara talian (online)
Pemohon diwajibkan memohon secara atas talian (online). Pemohon dinasihatkan membuat permohonan di komputer yang mempunyai kemudahan mencetak. Hal ini bertujuan untuk memudahkan pemohon mencetak maklumat permohonan dan kemudiannya menghantar ke UKM. Sekiranya tiada kemudahan mencetak, cetakan boleh dilakukan kemudian melalui menu "cetak permohonan". Pemohon dikehendaki membaca syarat kemasukan sebelum membuat capaian pada borang permohonan. Pemohon perlulah memastikan maklumat yang dimasukkan adalah tepat dan lengkap sebelum menghantar borang tersebut.
Pemohon hanya dibenarkan membuat satu permohonan sahaja secara atas talian. Sekiranya pemohon ingin membuat lebih daripada satu permohonan, sila muat turun borang permohonan di http://www.ukm.my/pps.
Pemohon perlu berhati-hati ketika membuat permohonan atas talian (online) dan semua maklumat yang dimasukkan adalah tepat, benar dan sah, dan menyemak maklumat permohonan dengan lebih teliti sebelum menekan butang Hantar. Sila tekan butang KEMAS jika pemohon ingin menyimpan maklumat dan membuat pindaan dan tekan butang HANTAR setelah pemohon pasti dengan maklumat yang diisi. Sebarang pindaan tidak akan dibenarkan selepas pemohon menekan butang HANTAR.
Permohonan atas talian telah diterima dan direkodkan ke dalam sistem apabila terpapar mesej "Terima Kasih, permohonan anda telah direkodkan. Anda tidak dibenarkan membuat sebarang pindaan lagi selepas ini. Sila klik butang CETAK". Dengan itu, pemohon perlulah menghantar cetakan tersebut dengan salinan dokumen yang telah disahkan ke alamat seperti berikut:
Timbalan Pendaftar
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor.
Salinan-salinan dokumen(dalam saiz A4) yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Dua (2) salinan borang permohonan yang lengkap diisi serta dilekatkan gambar terbaru berukuran pasport pada setiap salinan borang;
- Dua (2) salinan Ijazah/diploma;
- Dua (2) salinan transkrip rasmi ijazah/diploma;
- Dua (2) salinan borang sokongan daripada dua (2) orang penyokong;
- Dua (2) salinan surat bantuan kewangan daripada penaja atau surat jaminan kewangan daripada dua orang penjamin;
- Dua (2) salinan cadangan penyelidikan bagi jenis pengajian tesis sahaja (Sarjana 1,000 - 1,500 perkataan, Doktor Falsafah 1,500 - 2,000 perkataan).
- Dua (2) salinan pasport (bagi pemohon luar negara sahaja).
- Dua (2) keping poskad yang ditulis nama, alamat sendiri dan dilekatkan setem 50 sen;
- Wang Proses Permohonan berjumlah RM20.00 (bagi pemohon Malaysia) dan USD 30.00 (bagi pemohon luar negara) berupa Kiriman Wang/Wang Pos atas nama Bendahari UKM atau melalui akaun Bumiputra Commerce Bank (BCB) UKM akaun No. 1218-0005004-05-8 (sertakan salinan Slip Wang Tunai Masuk)
No comments:
Post a Comment