Thursday, March 10, 2011
Wednesday, March 9, 2011
Kumpulan Violet - Penganugerahan Persijilan MS ISO 9001 kepada Dell pada 2 November 2010
Kumpulan kami telah memilih persijilan ISO 9001:2008 daripada syarikat komputer Dell.
Latar Belakang Dell
Dell diasaskan oleh Michael Dell pada tahun 1984. Ia merupakan satu syarikat antarabangsa yang mengeluarkan komputer dan komponen yang mana menjual kepada pengguna akhir secara langsung. Ia terkenal dengan komputer peribadi dan peranti penyimpanan data.
Pengasas Dell, Michael Dell telah memulakan penjualan produk Dell secara langsung iaitu melalui mail dan telefon. Dell merupakan syarikat pertama yang jadualkan website. Untung syarikat telah meningkat secara dramatik apabila Dell bermula menjual produknya melalui website.
Tujuan Dell adalah mencipta pelanggan yang setia melalui menyediakan pengalaman yang terbaik pada nilai yang baik. Mereka komited dalam perhubungan langsung, menyediakan produk terbaik berasaskan teknologi standard, mengalahkan persaingan dengan nilai dan pengalaman pelanggan yang unggul.
Visi Dell adalah:-
"Its the way we do business. It's the way we interact with the community. It's the way we interpret the world around us-- our customers needs, the future of technology, and the global business climate. Whatever changes the future may bring our vision -- Dell Vision -- will be our guiding force."
Misi Dell adalah:-
"Dell's mission is to be the most successful Computer Company in the world at delivering the best customer experience in markets we serve. In doing so, Dell will meet customer expectations of:
• Highest quality
• Leading technology
• Competitive pricing
• Individual and company accountability
• Best-in-class service and support
• Flexible customization capability
• Superior corporate citizenship
• Financial stability"
Dell merupakan syarikat yang terkenal dan besar dalam industri komputer. Syarikat Dell seperti syarikat lain, bermula dengan saiz syarikat yang kecil. Dell telah tumbuh dengan cepat dalam industri komputer.
Persijilan ISO
Dalam persijilan ISO 9001:2008, terdapat tandatangan Encik Kevin D. Mullaney, Chief Executive Officer dan Encik Alfred Au, Operations Manager yang mengesahkan perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Dell telah memenuhi keperluan ISO 9001:2008. Skop yang terlibat adalah analisis, rekabentuk, pembangunan, implementasi, dan penilaian Pengurusan Projek, Pengurusan Akaun dan Pembangunan Perniagaan berdasarkan kepada keperluan perniagaan Dell. Nombor pendaftaran adalah 19.5001. Tarikh persijilan dianugerahkan ialah 2 November 2010. Persijilan ISO bermula pada 2 November 2010 dan sah sehingga 1 November 2013.
Rujukan:
http://www.oppapers.com/essays/Dell-Vision-Mission-Statement/135464
Kumpulan Violet:
Tee Pei Pei A117059
Lee Li Ying A117181
Chew Fong Yee A117314
Soo Pei Yin A117327
Tuesday, March 8, 2011
Kumpulan TQM - Penganugerahan Persijilan MS ISO 9001 kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada 28 Ogos 2009
Penganugerahan Persijilan MS ISO 9001 kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada 28 Ogos 2009
Kumpulan kami telah memilih Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebagai contoh organisasi yang mendapat pengiktirafan persijilan ISO 9001:2000. AIM merupakan sebuah badan Amanah Persendirian yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM. Ia didaftarkan di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258). AIM menyediakan perkhidmatan seperti Pembiayaan Modal, Simpanan Wajib dan Tabung Kebajikan dan Keselamatan Sahabat kepada isirumah miskin dan usahawan-usahawan Ikhtiar. Objektif penubuhan AIM adalah bertujuan untuk:
- Mengurangkan kemiskinan di kalangan isirumah miskin di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang boleh meningkatkan pendapatan.
- Menyediakan kemudahan kewangan berterusan kepada usahawan-usahawan Ikhtiar.
- Menyediakan bimbingan dan latihan berterusan kepada isirumah miskin, dan usahawan-usahawan Ikhtiar.
Pada bulan Januari 2006, AIM telah bermula membangunkan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) mengikut standard ISO 9001 dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan menangani kesan perubahan sistem pengurusan semasa yang lebih dinamik dan berdaya saing. Skop pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti AIM adalah meliputi keseluruhan proses utama dan sokongan dalam Pengurusan Pembiayaan Mikro Kredit. Proses utama yang terdapat dalam Pengurusan Pembiayaan Mikro Kredit ini adalah terdiri daripada:
- Kajian Potensi dan Jangkauan Sahabat (Pelanggan).
- Pengeluaran Pembiayaan.
- Pengurusan Tabungan.
- Kutipan Bayaran.
- Pengawasan Projek.
- Pemantauan dan Penilaian.
Selain itu, skop pensijilan ini juga merangkumi aktiviti-aktiviti dalam proses sokongan yang dilaksanakan di unit-unit Ibu Pejabat, Pusat Latihan dan Pejabat Wilayah.
Penyataan Dasar Kualiti AIM adalah seperti berikut: "Kami bertekad untuk memastikan AIM menjadi sebuah Institusi Kewangan Mikro Terunggul dengan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan melalui penambahbaikan berterusan. Untuk mencapai hasrat ini, kami beriltizam menjadi satu pasukan profesional dan berwibawa." Selain itu, objektif Kualiti AIM adalah untuk:
- Menyediakan perkhidmatan yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai melalui konsep mesra pelanggan.
- Berterusan membangun sumber manusia yang berketrampilan dan menyediakan persekitaran kerja yang kondusif.
- Membentuk polisi pengurusan yang kos-efektif.
- Penambahbaikan tatacara dan Sistem Pengurusan Kualiti melalui penambahbaikan proses, sistem automasi, pembaharuan dan pembangunan teknologi terkini.
Atas usaha segala staf dalam AIM, AIM berjaya mendapatkan pengiktirafan melalui sijil MS ISO 9001:2000 oleh SIRIM QAS International pada 28 Ogos 2009. Pengiktirafan tersebut merupakan kemuncak kepada AIM dalam usaha melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti. Pengiktirafan tersebut juga membuktikan bahawa AIM:
a. Mempunyai sistem kerja yang terancang berasaskan keperluan piawaian antarabangsa
b. Mempunyai sistem kerja yang terancang dengan proses-proses yang didokumen, dilaksana dan dikawal.
c. Mempunyai proses untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang konsisten kualitinya dengan inisatif penambahbaikan yang berterusan.
Dalam sijil pengiktirafan ISO 9001:2000 yang diperoleh oleh AIM, alamat AIM bersama dengan nama organisasi dicetak selepas logo SIRIM QAS International. Terdapat tandatangan daripada Pengarah Urusan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. iaitu Dato'Mariani Mohammad dan juga Pengerusi SIRIM QAS International Sdn. Bhd. iaitu Ir. Hj. Yahaya Ahmad untuk mengesahkan bahawa AIM telah melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti yang menepati dengan ISO 9001:2000. Skop pensijilan AIM iaitu secara Pengurusan Pembiayaan Mikro Kredit juga terkandung dalam sijil ISO 9001:2000. Di hujung sijil ini, ia menyatakan dengan jelasnya bahawa penganugurahan sijil ini tertakluk kepada peraturan-peraturan dan syarat-syarat seperti ternyata dalam Perjanjian Persijilan. Sijil ini juga mengandungi nombor pensijilan AIM iaitu AR 4977. Selain daripada itu, dalam sijil ISO 9001:2000, maklumat-maklumat seperti tarikh mula pensijilan, tarikh sijil dikeluarkan serta tarikh luput sijil turut terkandung dalam sijil tersebut. Tarikh mula pensijilan AIM adalah jatuh kepada 28 Ogos 2009. Sijil ISO 9001:2000 yang dianugerah kepada AIM dikeluarkan pada 1 September 2009 dan sijil ini hanya akan sah sehingga 14 November 2010.
Daripada Laman Web Rasmi Amanah Ikhtiar Malaysia
Rujukan:
Group Quality Assurance - PENGANUGERAHAN PERSIJILAN MS ISO 9000 KEPADA JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PADA 9 OGOS 2001
Penganugerahan Persijilan MS ISO 9000 kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada 9 ogos 2001
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah diwujudkan dengan pewujudan jawatan Akauntan Negara di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Kini, JANM telah berpusat di Putrajaya dengan terdiri daripada 8 bahagian setelah Bahagian Kumpulan Wang Amanah Pencen telah diperbadankan sebagai badan berkanun di bawah Akta Wang Kumpulan Persaraan 2007 (Akta 662) berkuatkuasa pada 1 Mac 2007. Selaras dengan objektif JANM yang mengutamakan penyampaian perkhidmatan yang efisien dan efektif kepada pelanggan, JANM kini telah berkembang kepada 25 buah cawangan di seluruh Malaysia.
Visi JANM ialah untuk menjadi sebuah organisasi yang terbilang dalam perkhidmatan perakaunan dan kewangan sektor awam. Misi JANM pula terdiri daripada empat iaitu:
- Memberi khidmat nasihat dan meluluskan sistem perakaunan dan kewangan selaras dengan amalan terbaik.
- Menasihati pembuat keputusan berkaitan perakaunan dan kewangan.
- Memajukan kerjaya dan mempertingkatkan kompetensi sumber manusia dalam perkhidmatan perakaunan.
- Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut 1965
Pelaksanaan ISO 9000 telah dilaksanakan di sektor perkhidmatan awam mulai tahun 1996. Pelaksanaan telah menjadi satu panduan kepada sektor perkhidmatan awam bagi mewujudkan sistem pengurusan kualiti yang berkesan dan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan. Dalam Rancangan Malaysia Ke-9 pelaksanaan standard MS ISO 9000 ini telah diberi penekanan semula bagi meningkatkan lagi keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidrnatan jentera pentadbiran Kerajaan.
Bagi memastikan maltamat ISO 9000 tercapai, terdapat dua pendekatan telah diamalkan, iaitu pendekatan kawalan kualiti (Quality control) dan pendekatan kepastian kualiti (Quality assurance). Pendekatan kawalan kualiti merupakan teknik yang digunakan bagi memastikan output yang dihasilkan dapat memenuhi kehendak pelanggan. Manakala pendekatan kepastian kualiti adalah merujuk kepada memastikan proses pengeluaran output di setiap bahagian adalah memenuhi kehendak pelanggan. Oleh itu, pendekatan kepastian kualiti merupakan matlamat utama yang perlu dicapai oleh ISO 9000. Dengan wujudnya sistem MS ISO 9000 tersebut, kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan agensi akan dapat dipertingkatkan dan seterusnya akan menyumbang ke arah meningkatkan daya saing negara.
ISO 9000 mempunyai 20 elemen yang merangkumi semua aspek yang perlu diikuti oleh sesebuah agensi bagi memastikan ISO 9000 dapat dilaksanakan pada tahap yang maksimum. Antaranya termasuklah:
1. Tanggungjawab Pengurusan
2. Sistem Kualiti
3. Semakan Kontrak
4. Kawalan rekabentuk
5. Kawalan dokumen dan data
6. Perolehan
7. Kawalan produk yang dibekalkan oleh pelanggan
8. Identifikasi dan kemudahkesanan produk
9. Kawalan proses
10. Pemeriksaan dan pengujian
11. Kawalan peralatan pemeriksaan, pengukuran dan pengujian
12. Status pemeriksaan dan pengujian
13. Kawalan ke atas produk yang tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan
14. Tindakan pembetulan dan pencegahan
15. Pengendalian, penyimpanan, pembungkusan, pemeliharaan dan penghantaran
16. Kawalan rekod-rekod kualiti
17. Audit kualiti dalaman
18. Latihan
19. Khidmat susulan
20. Teknik-teknik statistik
Bagi memastikan matlamat ISO 900 tercapai, maka audit kualiti dalaman akan dijalankan dengan mengikut kekerapan yang ditetapkan. Pengauditan yang dijalankan dapat memberi peluang kepada pihak pengurusan atasan mengenalpasti sama ada aktiviti sistem kualiti yang dijalankan adalah berkesan serta memenuhi kehendak ISO 9000. Sekiranya didapati terdapatnya kecacatan dalam aktiviti yang dijalankan, maka langkah pembetulan akan dilaksanakan dengan segera bagi mengatasi masalah yang wujud. Selain audit kualiti dalaman, kerajaan telah menyediakan program latihan yang lengkap untuk semua agensi kerajaan, di mana INTAN dan MAMPU telah diberi tanggungjawab bagi mengendalikan program latihan ini. Bukan setakat itu sahaja, setiap sektor perkhidmatan awam perlu menilai sistem kualiti yang sedia ada bagi tujuan memastikan mereka mendapat gambaran yang jelas mengenai kedudukan sistem kualiti mereka berbanding dengan kehendak ISO 9000.
Dengan segala usaha yang dijalankan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah membolehkannya mendapat anugerah sijil MS ISO 9000 perkhidmatan awam pada 9 Ogos 2001. Majlis penyampaian sijil ISO 9000 telah diadakan pada 12 November 2001. Skop pensijilan MS ISO 9000 bagi Jabatan Akauntan Negara Malaysia adalah merangkumi tiga aktiviti utama. Yang pertama ialah pemprosesan tuntutan bayaran balik wang tidak dituntut di Ibu Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Yang kedua adalah berkaitan dengan baucer bayaran kecuali baucer bayaran gaji dan bayaran secara elektronik di Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Akhir sekali adalah berkaitan dengan penyediaan Akaun Awam Kerajaan Persekutuan di Ibu Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Pada tahun 2004, JANM seterusnya telah dianugerahkan Sijil MS ISO 9001:2000 buat kali kedua pada 15 Julai 2004 bagi menggantikan Sijil MS ISO 9000:1994 yang telah tamat tempoh pada 31 Disember 2003.
Rujukan :
Monday, March 7, 2011
Kumpulan Quality Assurance - PENGANUGERAHAN PERSIJILAN MS ISO 9000 KEPADA JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PADA 9 OGOS 2001
Penganugerahan Persijilan MS ISO 9000 kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada 9 ogos 2001
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah diwujudkan dengan pewujudan jawatan Akauntan Negara di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Kini, JANM telah berpusat di Putrajaya dengan terdiri daripada 8 bahagian setelah Bahagian Kumpulan Wang Amanah Pencen telah diperbadankan sebagai badan berkanun di bawah Akta Wang Kumpulan Persaraan 2007 (Akta 662) berkuatkuasa 1 Mac 2007. Selaras dengan objektif JANM yang mengutamakan penyampaian perkhidmatan yang efisien dan efektif kepada pelanggan, JANM kini telah berkembang kepada 25 buah cawangan di seluruh Malaysia.
Visi JANM ialah untuk menjadi sebuah organisasi terbilang dalam perkhidmatan perakaunan dan kewangan sektor awam. Misi JANM terdiri daripada empat iaitu:
- Memberi khidmat nasihat dan meluluskan sistem perakaunan dan kewangan selaras dengan amalan terbaik.
- Menasihati pembuat keputusan berkaitan perakaunan dan kewangan.
- Memajukan kerjaya dan mempertingkatkan kompetensi sumber manusia dalam perkhidmatan perakaunan.
- Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut 1965
Pelaksanaan ISO 9000 telah dilaksanakan di sektor perkhidmatan awam mulai tahun 1996. Pelaksanaan telah menjadi satu panduan kepada sektor perkhidmatan awam bagi mewujudkan sistem pengurusan kualiti yang berkesan. Bagi memastikan maltamat ISO 900 tercapai, terdapat dua pendekatan telah diamalkan iaitu pendekatan kawalan kualiti (Quality control) dan pendekatan kepastian kualiti (Quality assurance). Pendekatan kawalan kualiti adalah merupakan teknik yang digunakan bagi memastikan output yang dihasilkan dapat memenuhi kehendak pelanggan. Manakala pendekatan kepastian kualiti adalah merujuk kepada memastikan proses pengeluaran output di setiap bahagian telah memenuhi kehendak pelanggan. Oleh itu, pendekatan kepastian kualiti adalah merupakan matlamat utama yang hendak dicapai oleh ISO 9000.
ISO 9000 mempunyai 20 elemen yang merangkumi semua askpek yang perlu diikuti oleh sesebuah agensi bagi memastikan ISO 9000 dapat dilaksanakan pada tahap yang maksimum. Antaranya termasuklah:
1. Tanggungjawab Pengurusan
2. Sistem Kualiti
3. Semakan Kontrak
4. Kawalan rekabentuk
5. Kawalan dokumen dan data
6. Perolehan
7. Kawalan produk yang dibekalkan oleh pelanggan
8. Identifikasi dan kemudahkesanan produk
9. Kawalan proses
10. Pemeriksaan dan pengujian
11. Kawalan peralatan pemeriksaan, pengukuran dan pengujian
12. Status pemeriksaan dan pengujian
13. Kawalan ke atas produk yang tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan
14. Tindakan pembetulan dan pencegahan
15. Pengendalian, penyimpanan, pembungkusan, pemeliharaan dan penghantaran
16. Kawalan rekod-rekod kualiti
17. Audit kualiti dalaman
18. Latihan
19. Khidmat susulan
20. Teknik-teknik statistik
Bagi memastikan matlamat ISO 900 tercapai, maka audit kualiti dalaman akan dijalankan bagi mengikut kekerapan yang ditetapkan. Pengauditan yang dijalankan dapat memberi peluang kepada pihak pengurusan atasan mengenalpasti sama ada aktiviti sistem kualiti yang dijalankan adalah berkesan serta memenuhi kehendak ISO 9000. Sekiranya mendapati terdapatnya kecacatan dalam aktiviti yang dijalankan, maka langkah pembetulan dapat dilaksanakan dengan segera bagi mengatasi masalah yang wujud. Selain audi kualiti dalaman, kerajaan telah menyediakan program latihan yang lengkap untuk semua agensi-agensi kerajaan di mana INTAN dan MAMPU telah diberi tanggungjawab bagi mengendalikan program latihan ini. Bukan setakat itu sahaja, setiap sektor perkhidmatan awam perlu menilai sistem kualiti yang sedia ada bagi tujuan memastikan mereka mendapat gambaran yang jelas mengenai kedudukan sistem kualiti mereka berbanding dengan kehendak ISO 9000.
Dengan segala usaha yang dijalankan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah membolehkannya mendapat anugerah sijil MS ISO 9000 perkhidmatan awam pada 9 Ogos 2001. Majlis penyampaian sijil ISO 9000 telah diadakan pada 12 November 2001. Skop pensijilan MS ISO 9000 bagi Jabatan Akauntan Negara Malaysia adalah merangkumi tiga aktiviti utama. Yang pertama ialah pemprosesan tuntutan bayaran balik wang tidak dituntut di Ibu Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Yang kedua adalah berkaitan dengan baucer bayaran kecuali baucer bayaran gaji dan bayaran secara elektronik di Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Akhir sekali adalah berkaitan dengan penyediaan Akaun Awam Kerajaan Persekutuan di Ibu Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Disediakan oleh ahli kumpulan Quality Assurance:
CHONG GUAN CHOI A116555
KHOR CHEE HAU A116835
ANG CHOON TENG A117123
HOO SIAU WEI A117399
ONG GUANG YONG A117418

